[LIRIK] Angkara - Siti Nordiana

Lirik Angkara - Siti Nordiana |  Penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana kini kembali dengan sebuah single terbaru bertajuk Angkara. Tapi, 'angkara' siapa semua ini? Lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya ini tampil dengan 4 episod drama pendek arahan Khairul Hazwan, yang mana segala teka teki bagi kesemua episod ini akan dijawab dengan lagu dalam episod ke-empat. Jadi, jom kita layan lagu baru ni sekarang.

Sumber: Media Hiburan

Lirik Angkara - Siti Nordiana

Aku bagaikan merpati di awan
Berkelana di langit tak pasti
Antara bulan
terlihat jelas rahsia hati

Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku
bahagia... begini

Biar...
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa
Angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku

Aku pencinta ditimbus prasangka
Cukup sudah segala kepalsuan
Sampai waktunya
ku harus teguh pertahan jiwa

Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku
bahagia... begini

Biar...
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa
Angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku

Ku bukan yang dulu
Terdiam dan kaku
Hanya berserah mengenang takdir
Kini...
Aku mampu berlari
Tiada yang menghalangi

Biar...
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa
Angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku

0 pendapat bernas .