Ipoh: Kota Kafe Hipster & Makanan

Assalamualaikum w.b.t. Semalam (13 Jan 2021) marks the first day of MCO 2.0. Rasa macam tahun 2020 berulang kembali, kan? Mya harap semua orang terus tabah dan dipermudahkan segala urusan. Anyway, bagi warga Perak yang kini berasa dalam fasa PKPB, kita masih lagi dibenarkan untuk keluar merentas daerah dan pergi bercuti, as long as kita mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan kerajaan. Ini jugalah masanya untuk kita bantu naikkan ekonomi rakyat setempat yang sebenarnya tengah struggle menghadapi isu PKPB ni. 

Ipoh sendiri dipenuhi dengan pelbagai jenis kafe dan restoran yang menampilkan seleksi makanan yang luas. Dari juadah tempatan, hinggalah ke hidangan fusion, semuanya ada di Ipoh. Berbalik kepada tajuk entry Mya kali ini, dalam kesempatan cuti panjang yang Mya ambil dari berblog selama hampir setahun, Mya sempat menjengah pelbagai restoran dan kedai makan yang berada di sekeliling Ipoh ni. Dari sarapan pagi, hinggalah ke makan malam, Ipoh sememangnya layak dipanggil syurga makanan seperti digelar oleh pengunjungnya yang datang dari segenap pelusuk negara. Dah panjang Mya punya intro kali ni, jom kita terus masuk dengan list makanan mengikut waktu makan.

Sarapan

Misi food hunting di Ipoh ni semestinya perlu bermula daripada sarapan hinggalah ke supper. Dan, kalau korang masih tertanya-tanya kat mana tempat sarapan yang syok habis kat Ipoh ni, Mya di sini adalah untuk membantu korang membuat pilihan.

1. Canning Dim Sum
Dim Sum ni bukan makanan cina ke? Kalau korang yang masih belum cuba dan ragu-ragu dengan kedai ni, you don’t have to be worry. Kedai ni menggunakan bahan dari sumber yang halal dan yang paling penting, telah pun mendapat pengesahan HALAL dari JAKIM. Walaupun menu utamanya terdiri dari pelbagai jenis dim sum, tapi, kalau korang adalah penggemar dessert, korang kena cuba carrot cake kat sini. Kopi ais kat sini pun sama naik padu dia. Memang cenggini (kalaulah korang boleh nampak muka Mya sekarang...)


Canning Dim Sum beroperasi seawal 7 pagi hingga 3.30 petang setiap hari, kecuali hari rabu. Nak cari kedai pun tak susah. Waze je ‘Canning Dim Sum’ dan kedai ni adalah rumah corner lot bersebelahan Restoran New Hollywood.

2. Ipoh Station Cafe
Kalau korang menginap di sekitar bandar Ipoh, korang perlu bergerak jauh sikit untuk tempat sarapan yang ini. Menunya lain sikit, bukan sekadar hidangan biasa seperti nasi lemak dan sebagainya. Cafe ini turut menghidangkan juadah seperti kacang pool, roti titab dan pasta untuk sarapan pagi, tau. Bosan dengan menu yang sama, korang boleh la cuba juadah lazim Johor di sini.


Untuk sampai ke cafe ni, macam biasalah. Korang boleh waze nama kedai yang terletak dalam barisan kedai. Ada Pasaraya Sakan dan juga Kamdar dalam kawasan ini. Kedai mereka dibuka pada jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari

3. Allongs Warong Ipoh Lontong
Orang Johor yang menetap di Ipoh, yang rindu bersarapan dengan lontong seperti selalunya, korang boleh cuba menjengah kedai ni. Jelas pada namanya, warong berdinding hijau ini, menawarkan lontong bersama sambal sotong dan paru goreng dengan harga hanyalah RM 6.00 full set. Hidangan lain seperti soto dan dan sup juga disediakan bagi  korang yang berminat. Kat sini juga ada dijual satay bagi yang nak cari kelainan waktu bersarapan. Dibuka pada jam 8 pagi hingga 1 petang, korang hanya perlu tulis nama kedai ni di waze dan kedai ni terletak tak terlalu jauh dari Canning Garden. 


Makan Tengah Hari

Ekspedisi food hunting di Ipoh mesti diteruskan dengan makan tengah hari dan sebelum Mya mencadangkan kedai yang popular, Mya lebih suka mencadangkan gerai yang berkonsepkan lauk kampung sebagai hidangan utama. To be honest-lah kan, Mya ni sejenis yang kena makan nasi sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Sebab tu, untuk senarai makan tengah hari ni, Mya akan cadangkan kedai atau cafe yang ada menghidangkan nasi. Let’s go.

1. Arjuna Point
Gerai nombor 45 yang terletak di Medan Selera Dato Tahwil Azar atau lebih dikenali sebagai Taman Kanak-kanak oleh masyarakat setempat ni mengetengahkan konsep nasi talam. Terdapat tiga pakej utama  dengan ikan sebagai menu utama dulang. Korang boleh pilih kalau nak cuba menu pertama dengan harga RM 35 yang terdiri daripada bawal goreng, sambal udang petai dan ulam-ulaman, atau menu kedua, ikan kembung masak asam pedas dengan ulaman atau pun menu ketiga, ikan kembung masak lemak bersama ulaman. Untuk menu kedua dan ketiga, harga sedulang cuma RM 25 sahaja. Kesemua pakej menu ini datang dengan sebekas nasi dan sejug air sirap.

2. Little Ipoh Cafe
Cafe yang asalnya dibuka di Seri Iskandar kini ada di Ipoh. Untuk sampai ke sini , korang boleh waze nama kedai dan pilih alamat yang berada di Jalan Sultan Yusuf. Kalau korang masih tak jumpa kedainya, korang boleh cari BookXcess KongHeng Ipoh atau pun Plan B. Betul-betul terletak bersebelahan. Kat sini, tema dia ala-ala childhood memory sikit. korang boleh try main tikam sambil tunggu makanan sampai. Interior dia pulak betul-betul mengembalikan ingatan Mya ke waktu Mya tinggal kat kampung bertiga dengan arwah atuk dulu. Rinduuuu...


3. Restoran Ciku-Ciku
Untuk suggestion yang ini, korang perlu ke Meru Bestari yang terletak berhampiran Bulatan Amanjaya. Restoran ni sangat mudah nak cari sebab berhadapan dengan Zulyahya Steamboat & Grill. Restoran ni bukak dari pukul 12 tengah hari sampailah 10 malam dan macam Arjuna Point, mereka mengetengahkan konsep nasi talam. Antara pakej ditawarkan adalah Talam Lauk Kampung dan Talam Salai. Tak nak makan nasi talam? Jangan risau. Pihak kedai ada jual lauk secara berasingan dan disediakan mengikut order kita. Hidangan western pun ada di sini.


Makan Malam

Bagi yang membaca dari atas, kalau korang tak sempat untuk makan tengah hari di Ciku-ciku, korang boleh membawa program itu ke makan malam. Tapi, korang nak pilihan lain, jangan risau. Here it comes.

1. Konda Kondi Cafe
Antara nama yang sering disebut dalam mana-mana list foodie yang datang ke Ipoh. To be honest, Mya ada satu hidangan wajib yang Mya akan pilih setiap kali datang sini, iaitu Spaghetti Smoked Duck.  Terletak di tengah pekan Ipoh, kedudukannya agak sesuai bagi korang yang sedang menunggu masa mahu ke Gerbang Malam kemudiannya. 


2. De Bois Cafe
Kafe ni sebenarnya usaha sekeluarga yang kini semakin dikenali. Landmark terdekat dengan kafe ini ada KFC dan Pizza Hut Gunung Rapat yang terletak di seberang jalan. Makanan di sini berkonsep western & fusion. So, korang akan jumpa seleksi makanan yang lebih meluas. Kedai ni buka pada jam 4 petang sampai 12 malam. 

So, sampai di sini dulu cadangan Mya buat masa ni. InsyaAllah, di kesempatan lain Mya akan terus tambah sikit demi sikit restoran dan kafe yang lain jugak dalam list ni. So, harap korang akan stay dengan Mya di sini. Salam sayang buat semua. Roger and out.

1 pendapat bernas .

  1. Bagus entry ni. Boleh rujuk if jenjalan ke Ipoh nanti. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete