Perintah Sekatan Pergerakan vs Lockdown : Perbezaan dan Implementasi

Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya, walaupun selepas pengumuman rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin beberapa kali pun, Mya tahu ramai yang masih keliru perbezaan antara Perintah Sekatan Pergerakan (Restrict Movement Order/RMO) dengan Perintah Berkurung (Lockdown Order/LO). Ramai juga yang masih tertanya-tanya sama ada mereka boleh keluar selama RMO ini berkuatkuasa, iaitu mulai 18 Mac sehingga 31 Mac nanti. Jadi, dikesempatan ini, Mya nak bantu awak semua faham beza antara RMO dan LO, supaya dapat membantu mengurangkan keresahan awak semua yang berada di dalam dan di luar negara.


Sehingga jam 5 petang semalam, Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 1030 kes dengan 87 kes pulih dan 940 kes masih mendapatkan rawatan. Manakala, pada sudut lainnya, 9113 kes yang mendapatkan rawatan disahkan negatif dan 3773 kes masih menunggu keputusan. Dan, seperti yang ramai sedia maklum juga, kes jangkitan Covid-19 yang sedang bertambah di Malaysia hari ni, adalah selepas kegagalan rakyat sendiri untuk tidak mengadakan perhimpunan besar-besaran seperti disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Disebabkan itulah, kerajaan Malaysia mengeluarkan Perintah Sekatan Pergerakan demi mengelakkan lebih banyak penyebaran virus Covid-19 berlaku tanpa sedar.

Sebenarnya, untuk RMO ni, kita masih dibenarkan untuk keluar rumah. Agensi awam dan swasta yang terlibat dengan perana penting negara seperti bidang Oil & Gas, Kewangan dan Perubatan, masih dibenarkan dibuka dan jika orang awam ingin ke tempat-tempat berkaitan, masih juga dibenarkan. Cuma, agensi pengajian seperti sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT sahaja ditutup bagi mengelakkan masalah lebih besar kerana mengumpulkan warga yg ramai dalam satu kawasan. Lapangan terbang juga akan mengehadkan kemasukan ke dalam negara kepada penduduk tetap Malaysia yang sedang berada di luar negara sahaja. Tapi, boleh tak kalau Mya nak tanya apalah sebabnya yang korang masih nak keluar negara dalam keadaan global pandemik ni? Hmm, tak apalah. Cumanya, Mya minta, kepada yang dah keluar negara dalam masa sebulan ni, tolonglah dapatkan pemeriksaan. Befitu juga kepada yang terlibat dengan mass gathering, tak kisahlah majlis ijtima', konsert atau apa saja. Be a responsible citizen, okey?

Anyway, kita sebagai rakyat, kena pandai beza antara Perintah Sekatan Pergerakan dan Perintah Berkurung. Kalau lockdown, bermakna, kita langsung tak boleh keluar rumah. Semua agensi selain aspek kesihatan dan keselamatan, perlu menutup pintu. Tiada siapa boleh pergi bekerja selain insan-insan berjasa ini. Itu belum bab semua lapangan terbang akan ditutup dan langsung tak akan terima mana-mana atau apa-apa kemasukan, walaupun dalam airplane penuh dengan rakyat Malaysia sekalipun. None. Nada. Nehi. Nani?


Kecewanya apabila melihat sikap rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan hebahan berita yang tidak pasti dan terlibat terus dengan 'panic buying'. Mya sendiri sempat turun ke pasaraya untuk membeli beberapa barangan keperluan yang sememangnya sudah habis di rumah. Rak-rak barangan kering seperti mee segera, makanan dalam tin dan biskut, bersih dan kosong bagaikan pasaraya yang baru dibina. Rasanya, kalau Mya nak baring atas rak tu pun boleh, if not for the fact yang rak tu boleh roboh la. Tapi sedih rasanya bila ada golongan yang berpendapatan rendah, malahan makcik pakcik warga emas yang mengadu mereka tak sempat merebut barangan yang mereka perlukan kerana sudah licin. Not even for their daily basis. Kalau ye pun takut lockdown, takkan lah beli barang sampai tahap nak bukak mini market, kan? Jadinya, yang beli melebihi keperluan tu, sedekahlah sikit untuk jiran yang dalam kesusahan. Bukannya kita tak boleh keluar rumah langsung, sayang oi. Tapi, hadkan kepada keperluan, bukan kehendak. Okey?

1 pendapat bernas .