4 Bandar yang terbersih di Dunia

Assalamualaikum w.b.t. Topik mengenai bandar ataupun negara bersih ni sebenarnya dah lama Mya nak share dengan semua. Manalah tahu kalau-kalau boleh jadi inspirasi kepada semua untuk persekitaran yang lebih bersih. Sedih jugalah kalau sampai ke dasar laut di kawasan snorkeling macam Taman Marin pun ada plastik bungkusan Apollo bersepah, walaupun baru-baru ini Georgetown mula disenaraikan sebagai bandar bersih. So, jom kita tengok senarai empat bandar terbersih di dunia yang dipilih hasil undian pelancong dunia sendiri.


Zurich, Switzerland

Bandar ni merupakan salah satu bandar yang memang Mya teringin sangat nak jejak dari dulu. Tapi haruslah bukan calang-calang orang nak sampai ke sini. Zurich ni biasanya menjadi tarikan golongan yang lebih atasan sebab kat sini jugak merupakan kawasan perbankan yang turut mengetengahkan sektor pelancongan. Tapi, kalau melihatkan pada kecantikan alam dan jugak sistem pengurusan sisa kat sini, memang adore and teringin jugalah nak bagi sampai sini one day, eventually.


Cape Town, South Africa

Jujur Mya katakan, Mya kenal bandar ni dari macam-macam movie yang Mya tonton. Unlikely the genre yang kebanyakannya action, bandar ni selalu dipaparkan as dull and somehow unattractive throughout all the movies. However, Cape Town ni sebenarnya salah satu bandar yang masih memiliki hutan simpan semulajadi yg sangat besar dan dianggap sebagai bandar paling mesra alam di Afrika. Yang buat Mya kagum dengan bandar ni ialah, ianya memiliki sistem yang menggunakan sumber semulajadi sebagai sumber kuasa.


Singapura

As much as I am ashamed to admit, bandar-bandar di Malaysia ni langsung tak boleh melawan bersihnya negara Singapura, even as a whole. Put aside sengketa antara negara atau apa jua konflik dalaman. We, Malaysians, have to admit yang Singapore memang bersih. Even dari kecil kita dah diberitahu yang chewing gum adalah antara barang larangan di sana. Dan, kalau kantoi buang sampah merata-rata, denda dia pun boleh tahan sakit jugak. Dari sini je pun dah jelas yang Singapura ada undang-undang yang agak ketat bagi memastikan negaranya kekal bersih.


Vancouver, Kanada

Ini satu lagi bandar yang Mya kenal dari filem-filem barat. Tapi, ada satu perkara yang Mya baru tahu mengenai bandar ini. Terkenal dengan sistem penguasaan hydro (can you imagine how clean the air there?), Vancouver sebenarnya memiliki 230 taman awam. Ini bukan taman awam yang anak kecil main jongkang-jongket tu ye. Ini taman awam yang macam Taman Negara Pahang ataupun Eko-Rimba Bukit Nanas tu tau. Immediately, Vancouver terus masuk dalam travel list Mya.


Harapnya, suatu hari nanti, Mya akan dapat pergi ke semua tempat yang Mya senaraikan ni dan banyak lagi tempat lain. Macam yang selalu Mya tulis di akhir kata, begitu juga kata pujangga lama, jauh berjalan, luas pemandangan, luas lagilah pengalaman yang diajarkan hidup kepada kita. Dan harapannya juga, rakyat Malaysia dapat belajar menjadi warga bumi yang lebih baik dan jaga kebersihan bersama-sama.

0 pendapat bernas .