Belasungkawa buat Semua yang Telah Pergi

Assalamualaikum w.b.t. Dalam tidak sedar, sudah masuk kita ke hari 51 dalam tahun 2020. Dalam kegembiraan dan kesukaan kita, banyak juga berita duka yang kita dengar. Antaranya adalah kebakaran hutan di tanah besar Australia dan penularan wabak Covid-19 atau lebih dikenali sebagai Coronavirus. Berita-berita menggempar dunia dan membuatkan seluruh pelusuk dunia terkesan dengannya. Namun, dalam kekalutan ini, Malaysia sendiri digemparkan dengan pemergian insan-insan yang amat besar baktinya pada masyarakat.


Selepas berita kehilangan insan tersayang yang dilalui oleh kami sendiri, Malaysia digemparkan dengan pemergian pengarah muzik terkenal, Allahyarham Lok-U atau nama sebenarnya, Faizal Uzir yang sesak nafas selepas bersenam lebih kurang jam 10.15 pagi pada 22 Januari yang lalu. Allahyarham juga dikatakan seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat.


Belumpun sebulan berlalu, Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey dalam kalangan teman seindustri dan peminatnya pula pergi meninggalkan kita semua. Pemergian Allahyarham Abam di dalam tidurnya benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia yang cukup mengenali peribadi Allahyarham yang sangat mementingkan ibunya. Rata-rata peminat sebak apabila melihat Fad, Achey dan Ali Puteh, adiknya yang masih berkongsi gambar kenangan bersama Allahyarham.


Minggu ini, bumi Malaysia dan Indonesia bergenang air mata lagi apabila pelakon yang juga suami kepada selebriti Bunga Citra Lestari, iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham yang menetap di Indonesia, dikebumikan di salah sebuah tanah perkuburan di sana. Kehilangan beliau turut dirasai oleh rakan media di Malaysia.


Let's put aside nama-nama terkenal yang telah kembali kepada-Nya. Kenalan Mya sendiri ramai yang berkongsi berita sedih mengenai kehilangan ahli keluarga masing-masing di status media sosial. Buat  ahli keluarga mereka yang telah pergi meninggalkan kita di atas muka bumi yang fana ini, sama ada ayahanda, bonda mahupun anakanda atau pasangan atau siapa pun jua, kami di sini mengucapkan salam takziah dan mendoakan agar roh mereka yang berada di bawah rahmat-Nya dan bersama dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

1 pendapat bernas .

  1. Al-fatihah dengan bacaan untuk semua yg meninggalkan kita

    ReplyDelete