4 'date-spot' menarik dan 'instagram-worthy' sekitar Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni Mya nak share dengan korang semua beberapa date-spot yang nice dan best, let it be your first date atau saja nak tukar angin. Asyik-asyik merayap dan spend time kat mall pun tak best jugak. Sekali-sekala tu, tak salah kalau bertukar angin dan pergi mendekati alam semulajadi atau menghargai seni atau mungkin mengagumi the wonder of science. Well, you get the idea. So, here four date spots yang jimat dan instagram-worthy (who doesn't appreciate a little bit of pretty background for one or two instagram post, aite?) untuk korang yang dah bosan nak pusing mall tanpa arah tujuan.

Balai Seni Negara

Terletak bersebelahan dengan Istana Budaya, this place has got to be on top of your date-spot-list. Siapa kata seni dan dating tak boleh digabungkan? Learn a bit more about art and its meaning bersama sebenarnya lebih romantik. Apatah lagi kalau korang pandai dan tahu menggunakan ruang dan karya yang disediakan untuk hasil yang cantik. Masa nilah para jejaka nak tunjukkan skill sebagai 'instagram-partner' yang berjaya. Pick her best angle and make her an angel for the day.


Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia

Ramai yang tak tahu bahawa Sasana Kijang ni hanya menempatkan galeri bank negara dan juga pameran seni mengikut tema tertentu. Tak salah pun kalau nak dating sambil tambah ilmu pengetahuan pasal ekonomi dan sejarah kewangan negara. Mya sendiri pun baru dapat nak tengok dengan lebih teliti macam mana rupa matawang pada zaman awal penggunaannya. Oh ya. Kalau nak tahu, kat sini ada juga pameran kewangan dari segi sejarah Islam. Like, how people zaman Rasulullah s.a.w berniaga dan berjual beli, how merchant trades from certain places boleh sampai ke satu tempat yang lain.



KL Eco Park Forest

Masih ada yang tak tahu mengenai hutan simpan yang berada di tengah-tengah bandar kota raya Kuala Lumpur ini. Tapi, bagi korang yang nak menikmati udara yang lebih segar dengan pemandangan menghijau yang lebih menenangkan jiwa, ajak pasangan korang ke sini as soon as possible. Tapi, pastikan korang pakai suitable attire, sebab basically, korang akan meredah hutan sepanjang berada dalam kawasan ni. Tempat ni serius tersangat luas dan I really hope korang yang pergi sana berjaya sampai ke hujungnya. Sebab, Mya and him tak sempat sampai ke hujung atas alasan malas nak memanjat tangga dan ada kekangan lain. Tarikan utama kat sini semestinya jambatan gantung macam dalam gambar kat bawah. Maybe, kali ni, girls boleh shoot more photos of his masculine sides. Bila lagi nak acah meredah hutan sama-sama (*wink)?


Pusat Sains Negara

Masa mula-mula Mya ajak kawan baik Mya ke sini, mereka memang langsung tak berapa setuju kalau tempat ni dijadikan date-spot. Tapi, bagi Mya, seronok sebenarnya spend some times together kat sini, doing experiments and activities yang pihak PSN sediakan. Selain meluangkan sedikit masa dengan yang tersayang, korang juga dapat belajar ilmu asas dan menarik mengenai sains. I mean like, it is a fun and lovely way to learn about science. Tak ada lah orang kata korang asyik habiskan masa tenung muka satu sama lain je.


Beberapa date-spot yang lain termasuk:

Petrosains & Aquaria

Berada dalam Menara Berkembar Petronas KLCC, dua tempat ni adalah antara hotspots untuk pasangan yang nak tukar angin dari window shopping to something different. Harga ticket for admission is a bit pricey, but hey! Why not spend a little for a good cause, kan? It's RM 19 for Petrosains and around RM 45 for Aquaria.

Petronas Art Gallery

Untuk tempat kali ni, kena tengok nasib. At times, galeri ni akan ditutup untuk beberapa bulan bagi memberi ruang kepada proses pertukaran pameran. Pameran kat sini tak kekal sampai bila-bila tau. Biasanya, satu pameran tu akan berjalan selama beberapa minggu, then ditutup pula untuk beberapa minggu untuk persediaan pameran baru. Last time Mya pergi, ada pameran bertemakan masa dan ada satu lukisan yang paling mencuri pandangan Mya, which is 'Jin' by Anuar Rashid. Galeri ni terletak di tingkat 3, berdekatan Watsons. 

Dataran Merdeka & Muzium Tekstil

Never get into the Textile Museum but Merdeka Square is absolutely one of the favorite. Terletak betul-betul di tengah bandaraya Kuala Lumpur, this square is totally insta-worthy as not only you can enjoy the green scenery in the middle of a city full of skyscraper, korang juga boleh show off your passion in history by capturing some moments in front of Bangunan Sultan Abdul Samad dan Muzium Tekstil yang berada bersebelahan. Bagi yang tak tahu, somewhere around the corner, di situ terletaknya cawangan pertama Maybank. Jalan kat situ agak sibuk, but in your best shot, boleh berangan acah-acah korang berada di depan Flatiron Building, NYC.

You Might Also Like

4 pendapat bernas .

  1. Ehemm..! baca entery Mya ni buat kak ain rasa nak share rahsia sikit. Kali pertama dating dengan Pokchik dia bawa gi Tasik Putrajaya, kali kedua dating dia bawa gi Istana Budaya (konsert Jamal Abdillah) dan kali ketiga dating dia bawa gi Balai Seni Negara (pameran seni A. Samad Said).

    Terus jatuh cinta dan terus setuju nak kahwin... ehh..!! :p hahahahaa.. ok bye..

    ...

    ReplyDelete
  2. Nak tau satu benda tak? 4 tempat yg atas tu, semua akk tak pernah jejak 😂

    ReplyDelete

Search This Blog