Jiwaku Tertinggal di Pulau Tioman (bahagian dua)

Assalamualaikum w.b.t. Dah lebih berbulan, akhirnya Mya kembali semula dengan kisah ketenangan di Pulau Tioman. Nampak tak kesibukan tahap melampau. Tapi, sampailah ke hari ni, Mya masih tak boleh nak move on dengan pengalaman di Pulau Tioman ni. So, di kesempatan yang ada ni, Mya nak sambung dengan travelog ke Pulau Tioman dengan team #ProjekMakanTravel untuk hari kedua dan ketiga pula.


Well, my day started quite early as a couple of friends rushed to the jetty to view sunrise. Awal jugaklah pintu bilik diketuk bila ada orang tu cari wife dia untuk pinjam phone. Kakak cuba bersabar. Rupa-rupanya, ramai jugak yang ambil kesempatan di hari kedua ni untuk bangun awal dan merakam saat matahari terbit ni. But, excuse me. Mya cuma menikmati pagi dengan duduk memandang laut di restoran tepi laut milik pengusaha chalet yang sama kami sewa. The morning goes, kami pun bersiap sedia untuk ke Taman Laut dengan segala equipment yang berbondong-bondong. Okey, itu drama. Well, for each of us, cuma bawak beg dan snorkeling gear je pun.


Anyway, macam yang Mya ceritakan dalam bahagian satu sebelum ini, waktu kami pergi ni, memang tak ramai pengunjung lain. Jadinya, perhatian memang kepada kami je. Layanan memang level superb. Minta singgah pekan nak pergi keluarkan duit kat ATM pun dilayan dengan baik je. Sempatlah jugak singgah kedai bebas cukai kat sini. Sis bebas melihat jelah ye. Ongkos-nya enggak cukup bagus. Sakan jugaklah seorang sis tu membeli bekalan coklat. Hmm, nanti kita sambung bercuti di Langkawi pulak ye.

I'M IN LOVE!


Siapa yang datang ke Taman Laut ni, tapi tak rasa nak terjun snorkeling melihat ikan berenang-renang depan muka, hati kau keras, Roy! Belum pakai snorkeling gear lagi pun, Mya dah rasa nak acah-acah pakar bab renang. Oh ya. Di kesempatan ini, Mya nak pesan kepada semua, bersama-samalah kita menjaga kebersihan alam sekitar. Baru je mula merakam kat bawah air tu, benda pertama yang Mya nampak ialah pembalut Apollo kuning tu. Apa kau ingat ni cerita Naruto pukul 7 ke nak kena ada iklan Apollo melintas depan muka? Kecewa sis, nok.


Kita kembali ke berita snorkeling. Ya Allah. Indahnya ciptaanmu. Selama ni asyik tengok ikan siakap senohong gelama ikan duri je kat pasaraya masa beli bekal masakan basah. Dapat tengok ikan berenang dengan selamba depan muka, berwarna-warna, bermacam saiz dan rupa. Rasa teruja sampai rasa tak nak angkat kepala. Nak merakam je lah selagi boleh. Tapi, masa amatlah mencemburui. Sekejap je rasa limit sampai pukul 12.30 tengah hari tu berakhir. Dengan hati berat, sis melangkah sambil menjinjit snorkeling fin balik ke bot.

Eleh, kakak kau ni drama je lebih. Lepas tu, abang chalet tu bawak pergi ke tengah laut pulak untuk snorkeling lebih real. Yang kali ni, sis dah tak rajin nak pakai snorkeling fin dan goggle dah. Sarung life jacket je. Ikan? Jangan cakaplah dik. Memang banyak. Dekat-dekat pulak tu. Main tepi-tepi bot  je. Rasa nak pegang je dengan tangan. Tapi kakak kau ni bukan sepupu sepapat Aquaman, kan? Masuk je air, ikan pun lari.


Satu benda paling best bila menginap di Kampung Mukut ni adalah, kau dapat pergi tempat yang orang lain tak pergi. Contohnya macam Air Terjun Kg Asah. Sebabnya... Kampung Mukut di hujung pulau. Makanya, masa dalam perjalanan balik dari Taman Laut ke chalet, memang akan lalu di Kampung Asah ni. Kami stay lebih kurang sejam di sini, sekadar nak cuci masin air laut dan terus balik ke chalet untuk makan tengah hari. Ada yang sambung snorkeling di sekitar jeti kampung, and ada yang sambung misi buat tahi mata (baca: Mya lah tu). Petang kedua, sama seperti sebelumnya, singgah sebentar di gerai minum petang. Nama pun team ProjekMakanTravel. Mestilah ada bab makan tu di segala kesempatan yang ada.


Penat? Memang penat. Hari kedua memang penat teramat. Malam tu pun semua orang tak seaktif malam pertama. Masing-masing makan kerana lapar. Tetapi, tak sempat nak bergurau panjang sebab badan dah terlalu penat bermain air di siang harinya. Malam berlalu dengan irama dengkur yang berganti-ganti dalam tiga bilik kecil menghadap laut. Kisah dan memori hari itu dirakam dan disimpan erat dalam lipatan masa yang berlalu. Seperti katanya seseorang...
“Travel isn’t always pretty. It isn’t always comfortable. Sometimes it hurts, it even breaks your heart. But that’s okay. The journey changes you; it should change you. It leaves marks on your memory, on your consciousness, on your heart, and on your body. You take something with you. Hopefully, you leave something good behind.” – Anthony Bourdain

You Might Also Like

2 pendapat bernas .

  1. rindu Pulau Tioman juga walau bukan adik beradik Aquaman yang hebat berenang dan disukai hidupan laut.. hehehehe.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh try daftar. Dapat adik berada Mira awek Aquaman pun okey jugak kak. Kihkih

      Delete

Search This Blog