Gunung Lang: Taman Rekreasi dengan usikan alam semulajadi

Assalamualaikum w.b.t. Atas permintaan seseorang, Mya kembali untuk berkongsi tentang keindahan dan kecantikan salah satu taman rekreasi di negeri Perak yang sememangnya menjadi pilihan ramai untuk berehat, berekreasi dan juga sebagai latar belakang foto perkahwinan. Dengan ciri muka bumi semulajadinya yang menggabungkan gunung dan tasik serta kehijauannya yang masih jelas tidak terjejas, Taman Rekreasi Gunung Lang kini menjadi salah satu destinasi wajib untuk para pelancong yang datang ke negeri Perak.


Mya dan family sempat ke sini beberapa bulan lepas. Super senang sebenarnya untuk sampai ke Gunung Lang ni. Ikut je highway Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar ke kiri sebaik sahaja nampak papan tanda Gunung Lang Development Sdn. Bhd. Kalau tak diberitahu, rasanya sampai sekarang Mya tak akan percaya yang sebenarnya, lebih sebahagian daripada tarikan di kawasan Taman Rekreasi Gunung Lang ni adalah buatan manusia.


Tarikan utama dekat Gunung Lang ni semestinya kawasan taman di sebelah dalam that can be reach by riding a public boat managed by the authority. Tiket bagi seorang dewasa hanyalah RM 4.00 dan dekat kaunter ni jugak, kita boleh beli makanan ikan untuk aktiviti di seberang nanti. Kita dibenarkan untuk beli makanan dan bawak ke kawasan Taman. And, di kawasan taman ni kita sebenarnya boleh menyewa basikal. Macam biasalah. Ada basikal kanak-kanak, basikal untuk solo ride, dan ada jugak basikal untuk berdua. Range harga sewa basikal is around RM 5 ke RM 10.Well, as family Mya datang berempat, of course-lah kami ambil dua basikal double seat. 


Ada beberapa tarikan di sini sebenarnya. Selain daripada kita boleh memberi makan kepada ikan di dalam tasik (all the fishes were so big, memang kalah kaki sis), kita boleh berehat berhampiran beberapa menara yang ada di sini. Yang ada anak kecil, bolehlah bermain di taman permainan berhampiran menara, di hadapan tasik. Jangan risau. Amenities macam tandas dan surau pun ada kat sini. Other than that, while cycling kat sini, kita akan jumpa Rumah Sri Perak yang mana boleh dimasuki. And, kalau berjalan ke hujung taman, you can see dinding bukit yang kelihatan macam muka gorila. 




Downside taman ni ialah tempat ni nampak macam tak berjaga. Even some visitors cakap yang burung-burung yang ada kat zoo mini nampak unhappy. What upset me most was, rupanya pernah ada haiwan lain dekat zoo mini tu. Tapi, masa Mya datang sini, tak ada pun haiwan-haiwan yang dimaksudkan. Tapi, kalau nak cari tempat untuk berehat, ada aura hijau, bolehlah datang ke sini.

You Might Also Like

0 pendapat bernas .

Search This Blog