Search This Blog

Wednesday, May 8, 2019

# fashion # info

Jakel Online Store dilancarkan 10 May

Assalamualaikum w.b.t. Dari Rejab, menginjak ke Syaaban. Hari ini, kita sudahpun melangkah masuk ke dalam bulan penuh keberkatan, Ramadhan Al-Kareem. Bermulalah episod mencari baju baru, perabot baru, karpet baru dan sebagainya. Bila bercakap pasal baju raya, nama Jakel ialah satu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan wanita dan ibu-ibu.


Jakel, sememangnya cukup dikenali dengan pilihan baju siap dijahit dan juga kain pasang. Setiap kali menjelang raya, pasti nama Aaron Aziz, Ayda Jebat dan Nabil Ahmad sering dipilih menjadi koleksi pilihan. Yang berkeluarga, selalunya memilih koleksi keluarga Awal Ashaari - Scha AlYahya - Lara Alana ataupun koleksi Hairul Azreen - Hanis Zalikha - Yusuf Iskandar yang sedia ada dalam warna yang berpadanan. Tahun ini, Jakel memilih Abam sebagai Duta Raya baru, yang mana mewakili golongan jejaka yang bersaiz lebih besar. Worry not, Jakel menyediakan sehingga 7XL bagi memudahkan anda dan keluarga sedondon di hari raya.


Nabil Ahmad yang kini masuk tahun ke lima sebagai Duta Raya Jakel memberitahu yang baju melayu di bawah koleksinya kini dipelbagaikan lagi sehingga 68 warna. Menambahkan lagi kelainan, koleksi Nabil Ahmad kini disertakan dengan zip di bahagian lengan bagi memudahkan si pemakai untuk mengambil wuduk mahupun pergerakan lain. Tambahnya lagi, zip juga ditambah pada bahagian sisi bagi memudahkan pemakai untuk menyarung baju melayu.


Ayda Jebat juga sempat menunjukkan feature yang sama pada lengan baju kurung yang dipakainya. Di tahun keempatnya, Ayda memperkenalkan lebih banyak koleksi di bawah namanya. Dalam sesi petang yang sama, Ayda sempat melelong beberapa koleksi dengan potongan harga yang jelas lebih rendah. Bayangkan apabila koleksi yang berharga RM 259 dijual dengan harga RM 200 sahaja.


Bagi yang lebih gemar berbelanja secara atas talian atau ‘online’, Jakel kini melancarkan JakelStore terutama bagi mereka yang mahu lari dari kesesakan di wisma, bermula 10 May ini. Jangan risau! Promosi di wisma juga akan dilancarkan di stor online, dari 30% sehingga 80%. Set alarm awak sekarang sebelum terlepas menyertai kemeriahan gerai online Jakel di www.jakelstore.my.

6 comments:

  1. menarik dan tertarik...tapi nak masuk Jakel ni waktu bulan puasa..ahhh sesakkk

    ReplyDelete
  2. wah esok lah kan, best nya boleh la memborong ^_^

    ReplyDelete
  3. Menariklah design tahun ni...cantik & segak semua

    ReplyDelete
  4. menarik! perkongsian yg best

    ReplyDelete