Search This Blog

Thursday, April 18, 2019

# info

Pink Tax punca barangan wanita mahal?

Assalamualaikum w.b.t. Bagi para pembaca yang mungkin ada melihat di Instagram Story Mya baru-baru ini, mungkin akan perasan Mya selitkan short info mengenai Pink Tax. Wujudkah Pink Tax ni sebenarnya? Apa fungsi dan impak daripada ‘cukai merah jambu’ ni pada ekonomi sebenarnya? Adakah cukai merah jambu ini ada di Malaysia? Soalan-soalan ini akan cuba Mya jawab dalam entry kali ini.


Pink Tax ini sebenarnya bukanlah seperti cukai-cukai lainnya yang wujud atas kertas ekonomi dunia. In fact, ‘Pink Tax’ ini adalah satu perkataan yang diperkenal oleh para pakar ekonomi bagi menerangkan keadaan yang sebenarnya. Keadaan apa? Hmm... pernah tak awak perasan yang barangan keperluan yang dikeluarkan mengikut jantina seperti razor, perfumes dll biasanya dijual lebih mahal bagi pihak wanita? Tetapi, jika dilihat pada keadaan fizikal, kandungan dan kegunaan, segalanya sama baik untuk barangan lelaki mahupun wanita. Inilah yang dikatakan wujudnya ‘Pink Tax’.

Masalahnya, caj tambahan yang dikenakan ke atas barangan wanita ni langsung tak masuk akal. Bayangkanlah... sampai ke mainan kanak-kanak pun ada dikenakan caj ini dengan alasan yang memang gila. Kalau awak tak percaya, awak boleh pergi ke kedai dan bandingkan sendiri dari segi kandungan dan produk antara dua jantina ini sendiri yang jelas memang tak ada beza. Melainkan... dari segi packaging yang berbeza warna dan penambahan fancy words pada packaging yang kononnya memberi sebab kepada perbezaan harga. Kononnya, boleh terbang ke langit, masuk ke kerak bumi bila gunakan produk wanita tu. Haah, ye la tu!


Percaya atau tidak, even menstrual products pun dikenakan caj sebegini, walaupun dah confirm memang tak ada lelaki sejati yang pakai. Bukannya benda 'semula jadi' sebegitu boleh dihalang pun. Bahkan, bagi golongan wanita, pembelian tuala wanita adalah keperluan. Dan inilah yang menjadi alasan para pengeluar untuk menaikkan harga barangan wanita. Mahal atau murah, kaum wanita perlu membeli produk-produk yang ada untuk kegunaan mereka.

Wujudkah 'Pink Tax' di Malaysia?

Bagi Mya, soalan sebenar yang perlu ditanyakan ialah: sejauh mana cukai merah jambu ni dijalankan di Malaysia?  Sebab bukan semua tempat atau pasaraya ada mengenakan 'Pink Tax' ni. Dan ada juga barangan yang tak terjejas langsung dengan cukai merah jambu ni. Dari beberapa tempat yang sempat Mya terjah, adalah beberapa barang dan kedai yang memang menjalankan cukai merah jambu ni.


Mahu tidak mahu, pengguna wanita harus lebih bijak dan cermat dalam memilih barangan supaya mereka tidak begitu terkesan dengan cukai merah jambu ni. Mya sendiri pun terpaksalah melompat-lompat (baca: memandu) dari satu kedai ke satu kedai untuk cari harga yang terbaik. Dah satu kerja pulak nak beli baju dan tuala wanita pun terpaksa cari kedai berasingan sebab permainan harga. Sabar je lah. Awak pun sabarlah jugak ye.

No comments:

Post a Comment