Search This Blog

Wednesday, March 6, 2019

# personal # programmer

Kisah PHP (Paling Haru Programmer) Bahagian Satu

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Kali ni, Mya nak bawakan kisah-kisah di sebalik tabir, kehidupan sebenar geng programmer yang banyak orang tak tahu. Mungkin juga boleh dijadikan iktibar dan panduan mengapa sesetengah programmer mengenakan upah yang agak tinggi. Malah ada yang kadang-kadang kita lihat macam hidup dengan laptop sahaja sampaikan tiada masa hendak bersosial dengan kawan-kwan. Susah sangat ke jadi programmer ni? Well, kita asyik baca kisah di sebalik tabir cikgu-cikgu dan doktor. Mya bawakan khas kisah Mya sendiri bersama rakan-rakan lain.

Kisah #1

Muka hari ni ada manyak senyum sebab kerja yang boss bagi dah siap awal-awal petang semalam. So, kononnya hari ni nak jumpa user, adalah semangat dan keyakinan yang lebih sikit. Masuk kerja pun awal sebab nak buat last check sebelum kena sembur entah apa-apa. Paling takut kalau tiba-tiba server down. Tangan laju je taip IP server dalam browser. Berfungsi seperti biasa. Bibir senyum lagi.

Waktu bagi salam pertama dan pembuka kata je aku elok tersenyum. Start je pembentangan, sikit-sikit senyum aku hilang. Kerja dah siap, user minta tukar macam-macam pulak. “Ini dah okey dah. Tapi...”  "Awak buat ni betul dah. Tapi..." Entah berapa kali dua ayat tu diulang pakai. Aku buka balik nota dari meeting yang lepas. Memang dah buat betul-betul ikut apa yg user minta. Tapi bila meeting je, mesti dah macam minta buat balik dari mula. Last sekali, aku buat-buat menulis pada buku nota. Nak lari keluar dari bilik meeting pun ada. Tapi, disebabkan jaga air muka sendiri dan juga team, aku bertahan je la. 

Kisah #2

Hari ni ada orang contact aku. Ayatnya pendek. “Salam. Boleh buatkan website?” Aku yang tengab bergosip dengan Mak Jah jiran sebelah ni minta izin undur diri. Biadap pulak kau berbalas whatsapp depan orang berpengalaman (baca: tua) ni. Aku terus membalas dengan ayat skema level sederhana. “Nak buat website macam mana ye? Boleh saya tahu apa yang tuan/puan nak masukkan dalam website?” Soalan biasa aku tanya kepada semua potential client. Supaya aku lebih tahu apa yang dia orang nak dan berapa upah seminimum mungkin aku boleh beri.

“Saya nak yang ala-ala online shopping macam blablabla... yang boleh booking, close booking blablabla... siap sekali bayar online blablabla... mesti nombor satu dalam carian google blablabla...”

Tiap satu yang dipesan dan diminta, aku catat dalam buku nota. Rate card yang siap sedia aku print untuk close-up meeting dengan client secara offline, aku ambil dari dalam laci. Di hujung setiap keperluan yang aku senaraikan tadi, aku tulis harga sebenar pasaran.

Hosting dan domain (siap SEO dan security) tahunan.......... RM3000
Design website (from scratch).......... RM4000 @
Design template (beli sedia ada).......... RM1000
Payment gateway and implementation.......... RM2000
Miscellaneous.......... RM1000

Aku hantar semula rate aku siap dengan harga. Lama, baru aku dapat jawapan. “Mahalnya RM7k ke RM10k. Biar betul.” Aku tarik nafas panjang. Aku balas dengan tenang. Beserta bukti. Aku tunjukkan harga yang hosting & domain provider berikan setelah segala permintaan tadi ditambah tolak darab bahagi. Aku tunjuk bukti harga template sedia ada dari laman yang terbaik dan termurah aku pernah jumpa. Siap dengan design yang dia minta. Aku terangkan mengenai payment gateway yg memerlukan aku menghubungi pihak berkaitan dan perkara-perkara lain yang diperlukan sewaktu aku bekerja.

Jawapan dia tak pendek, tak juga panjang. Tapi cukup buat aku tarik nafas cuba bersabar.

“Saya tak nak design yg exclusive sangat pun. Cuma nak design ala-ala online shop lain yang grid 4x3 tu je. Payment tu pun tak payah buat teruk-teruk. Asalkan customer boleh bayar online je. Saya malas nak berurusan direct dengan user. Saya cuma nak dia orang boleh tengok apa yang dia orang nak tu available tak on that date dia pilih.”

“Bajet berapa ye?” Soalan senang. Aku dah tak larat fikir. “Saya ada RM3000 je ni.” Aku tepuk dahi dan tarik nafas panjang. Consultation bertukar jadi leteran. The rest is history.

---------- Tamat  Bahagian Satu----------

Nanti Mya akan kongsi lagi kisah haru biru, hiruk pikuk seorang programmer. Bukanlah nak kata jadi programmer ni tak ada kisah happy ending or apa. Cuma, kadang-kadang, orang pandang programmer ni macam happy je sentiasa. Nah, kisah kelam kelibut kami untuk hiburan anda.

1 comment:

  1. Teringat kak pip time blajar C+ time matriks, eh C+ la kot ... haru biru nak siapkan programming ... kui kui kui, ingatkan senang, I is stress tiap kali masuk computer lab , programming tak reti2 nak siap ... kenangan dulu dulu kan ..

    ReplyDelete