Search This Blog

Friday, March 22, 2019

# makan

Berbuka puasa meriah dengan Iftar Buffet Dinner di Imperial Chakri Palace @ Dorsett Hartamas

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca yang masih setia dan buat pembaca yang baru pertama kali singgah di blog ini, selamat datang diucapkan. Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjengah pada awal bulan Mei nanti, Mya dan team berkesempatan untuk merasai sendiri seleksi hidangan Iftar Buffet Dinner yang bakal diketengahkan oleh Imperial Chakri Palace Sky View di Dorsett Hartamas. Hidangan yang menggabungkan menu dan pilihan dari Thailand dan tempatan ini menjadikan Iftar Buffet Dinner di Imperial Chakri Palace ini sebagai salah satu lokasi berbuka puasa di bulan Ramadhan nanti.


Bagi meraikan kemeriahan Ramadhan pada tahun ini, Imperial Chakri Palace Sky View di Dorsett Hartamas menampilkan hidangan Thailand sebagai seleksi utama, antaranya termasuklah Kerabu Mangga, Kerabu Betik, Mieng Kham, Kari Hijau, Laksa Thai dan juga Udang Buttermilk yang amat menyelerakan. Tambahkan kenikmatan dengan Tomyam Seafood dan juga pilihan makan tempatan seperti Rendang Tok, Daging masak Lada Hitam dan Satay.


Dalam kenikmatan dan kemeriahan masakan Thai yang dihidangkan, jangan dilupakan kehadiran Nasi Beriani dan Ayam Kapitan yang turut sama memeriahkan barisan Iftar Buffet Dinner di Imperial Chakri Palace Sky View kali ini. Kuey Tiaw Goreng dan lauk kangkung masak belacan dengan sotong menyertai barisan bersama ikan masak stim yang langsung tidak hanyir dalam mulut Mya dan team. Hampir berebut kami kalau tidak memikirkan makanan lain yang banyak terhidang.


Jangan risau. Mya dah usha line untuk desserts. Kalau tekak masih mahukan manisan tempatan sebagai pembuka mahupun pencuci mulut, pihak hotel ada juga menyediakan bubur sagu dan pengat pisang. Lebih bergemar berbuka dengan kuih? Jangan risau jugak. Kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang. Eh, ter-menyanyi pulak. Anyway, awak semua masih boleh memujuk tekak 'melayu' awak kerana masih ada juadah tempatan yang disediakan di sini.

Bagi yang tidak tahu, Imperial Chakri Palace sebenarnya terletak di tiga lokasi berbeza, iaitu Dorsett Hartamas, KLCC dan Pavilion Kuala Lumpur. Bagi yang mahu merebut tempat untuk Ramadhan nanti, awak bolehlah mula menempah bermula hari ni sehingga 9 May nanti di talian 03 26021031(Dorsett Hotel Hartamas) atau 03 23827788 (KLCC) atau 03 21431141(Pavilion). Harga yang ditawarkan ialah RM128 (Dorsett Hotel Hartamas) / RM108.80 (KLCC) / RM98.80 (Pavilion) bagi seorang dewasa, manakala untuk kanak-kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun dan warga emas ialah RM64 (Dorsett Hotel Hartamas) / RM54.40 (KLCC) / RM49.40 (Pavilion) seorang. Harga yang dikenakan belum termasuk cukai.

Mya sangat mencadangkan awak semua untuk memuat turun aplikasi Chakri at http://bit.ly/20F3M34 bagi membolehkan awak dan keluarga menikmati 20% diskaun apabila awak menempah tempat sebelum 9 May. Bagi yang datang secara berkumpulan, pihak Imperial Chakri Palace menawarkan promosi Group Bookings dimana jika awak menempah 5 tempat, satu tempat percuma akan diberikan. Jom tempah tempat sekarang dan berbuka meriah bersama keluarga dan kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment