Search This Blog

Sunday, December 2, 2018

# libur # makan

Makan besar di Pak John Steamboat & BBQ Buffet

Assalamualaikum w.b.t. Minggu lepas, Mya berkesempatan untuk ber-steamboat dan ber-grill di Pak John Steamboat & Grill di iOi Mall, Putrajaya. Dengan perut yang masih kosong tanpa sarapan dan makan malam yang masih terbaki belum diproses di dalam perut, Mya pun masuklah ke dalam restoran ini dengan harapan, bila keluar nanti, Mya akan rasa kenyang dan puas hati. Maka, dengan muka separa tersenyum, Mya pun melangkah masuk ke dalam Pak John Steamboat & Grill yang berada di kawasan terbuka kompleks tersebut.

Masuk je pintu utama restoran, yang pertama menyapa pandangan adalah barisan makanan yang menunggu giliran untuk masuk ke dalam perut Mya. Yang kering, yang basah. Yang segar, yang frozen. Yang perlu dimasak, yang sudah siap dimasak dan dihidang. Eh, lupa pulak. Sebelum makan, macam biasalah, pergi ke kaunter dan bayar dahulu. Boleh pilih salah satu daripada lima jenis sup yang disediakan oleh pihak restoran. Mya? Macam biasalah. Semestinya tomyam. Baru ngam.

Pilihan untuk grill tak berapa banyak. Tapi, kalau tanya Mya, memang puas hati. Mya ambil black pepper beef dan peri-peri chicken sebagai pembuka selera. Ada jugak udang dan snow crab yang dah siap dibersihkan. Sayur untuk tomyam mestilah brokoli dan cendawan sebagai yang paling utama. Oh. Yang telur puyuh tu sebagai penghias selera. Eh ada ke perkataan penghias selera? Apa-apalah. Perut dah lapar. 

Dia punya sambal sotong memang cenggini. Mya bagi double thumbs up kat pihak restoran. Sempurna sangat bila dimakan dengan nasi goreng atau mee goreng mamak. Tapi, kalau awak jenis yang tak makan pedas, Mya tak galakkan sangat awak ambil sambal sotong ni walaupun dari rupanya sahaja dah cukup buat selera terbuka luas. Tapi, kalau teringin sangat, bolehlah cuba makan dan cuba kurangkan pedas tu dengan ABC yang boleh dipesan dari kaunter berhampiran peti freezer aiskrim.


Harga makan bagi setiap seorang dewasa adalah RM 32.90 (Lunch) / RM 42.90 (Dinner) bagi hari Isnin hingga Jumaat dan RM 42.90 untuk sepanjang hari pada hujung minggu. Untuk kanak-kanak atas 5 tahun pula dikenakan RM 17.95 (Lunch) / RM 22.95 (Dinner) bagi hari Isnin hingga Jumaat dan RM 22.95 untuk pada hujung minggu. Bagi yang nak tempah dulu sebelum datang atau nak datang dalam kumpulan yang besar, boleh telefon nombor yang Mya dah sekali di bawah. Nak cari lunch kejap. Perut dah munyi-munyi. Roger and Out.


Pak John @ IOI City Mall
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya, Sepang,
Selangor, Malaysia.
Tel: 012-251 8289‬, 03-8957 1128

No comments:

Post a Comment