Search This Blog

Thursday, November 1, 2018

# info # nurani

Khasiat dan kelebihan ayat seribu dinar

Assalamualaikum w.b.t. Sengaja Mya pilih tajuk santai sedikit hari ni sebagai bacaan kita semua. Mungkin ramai yang sudah pun mengetahui khasiat dan kelebihan ayat seribu dinar ini. Tambahan lagi, ayat ini merupakan antara ayat yang sering digunakan dalam tulisan kaligrafi. Jadi kita biasa melihat ayat seribu dinar ini digantung di dinding masjid mahupun surau. Tapi, izinkan kongsikan di sini buat berkongsi dengan teman-teman yang masih belum tahu.

Ayat seribu dinar ini adalah potongan ayat kedua dan ketiga dari Surah at-Talaq yang mana dikisahkan pada suatu zaman, seorang pemuda bermimpi didatangi Nabi Khidir. Nabi Khidir, di dalam tiga kali mimpinya, memerintahkan dia agar bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Pemuda itu akhirnya menurut dan sekali lagi Nabi KHidir mendatangi mimpinya. Kali ini, bagi mengajarkan dua potong ayat itu kepadanya untuk diamalkan.

Pemuda itu suatu hari berlayar di tengah lautan untuk berdagang di sebuah tempat yang lainnya. Di tengah perjalanan, kapal yang ditumpanginya dilanda ribut taufan. Pemuda itu, sepenuh hati bertawakal kepada Allah sambil bibirnya berterusan membaca ayat seribu dinar. Di penghujung kisah, hanya pemuda itu dan barang dagangan yang dibawanya sahaja berada dalam keadaan baik dan terdampar di sebuah pulau. Anak kapal dan penumpang lainnya tiada yang terselamat seorang pun.

Dalam pengalaman Mya sendiri yang mengamalkan bacaan ayat ini, ayat seribu dinar sebenarnya banyak khasiatnya. Antara khasiat utamanya adalah: Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Apa yang perlu adalah, kita perlu mengamalkannya secara istiqamah. Tawakal sepenuh hati kepada kekuasaanNya ketika membaca ayat ini, insyaAllah khasiatnya akan lebih terasa. Yakinlah. Memohonlah.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. bagus perkongsian nie..

    ReplyDelete
  2. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete