Search This Blog

Tuesday, November 20, 2018

Hadiah istimewa buat bayi dengan Lovingly Signed

9:50 AM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca yang beragama Islam dan selamat bercuti buat semua pembaca yang lainnya. For a few weeks now, ramai kawan-kawan Mya yang berkongsi berita gembira mengenai kelahiran ahli baru dalam keluarga. Apatah lagi buat mereka yang baru menyambut anak sulung. Setulus ucapan tahniah dari Mya buat teman-teman sekeluarga. Kalau dalam kalangan awak pun ada juga menyambut ahli baru, Mya ucapkan tahniah dan mengharapkan anak kecil itu membesar menjadi insan yang menyenangkan hati ayah bonda dewasa kelak.

Since kawan rapat Mya pun ada yang menyambut kelahiran, Mya dan kawan-kawan lainnya sepakat mula mencari hadiah yang sesuai untuk si ibu dan anak. Jadinya, setiap kali singgah di mana-mana pasaraya, Mya akan singgah di babies' section untuk mencari hamper atau mungkin set pakaian. Tapi, ada pula yang berkata, di usia seawal ini, bayi akan cepat membesar. Jadi pemberian hadiah seperti set pakaian macam tak berapa sesuai. Pening jugak rupanya nak memilih hadiah ni ye? Hai-lah anak. Dulu aunty pening nak pilih hadiah kahwin ayah dan ibu awak. Sekarang hadiah awak pulak.

Tapi, Mya macam terjatuh hati dengan set hadiah kat website Lovingly Signed ni. Geram je tengok set-set yang comel dalam website tu. Lagi comel sebab boleh personalized nama baby kat hadiah. Ada beberapa set yang mereka tawarkan sebenarnya. Dengan warna lembut yang sememangnya sesuai sangat utk baby. Eh, makcik baby pulak yang terlebih excited. Kalau dah comel macam ni, siapa je yang tak excited? Ini kalau tunjuk kat parents baby, mesti suruh beli jugak ni *minta-minta ayah ibu awak tak bukak post ni*


Macam yang atas ni, set ni lengkap dengan romper, selimut, bath rope dan rabbit comel. Boleh personalized nak letak nama baby. Pulak tu, dia bukan datang dalam warna biru macam di atas, tapi in three shades of blue. Memang comel. Fuhh. Excited sangat ni aunty. Baby pun belum kenal warna lagi ni. Kalau macam yang dalam gambar bawah pula, ada blanket dengan eared towel tau. Alamak, mesti comel baby aunty ni nanti kalau pakai. Eh, Ethan the Fox tu pun termasuk dalam pakej. Alahai. Aunty is melting membayangkan baby pakai set ni.


Anyway, sekarang ni aunty nak teruskan misi mencari hadiah awak, baby H. Sama-sama kita doa ibu ayah awak tak demand sangat dengan aunty. Aunty ada misi lain jugak ni selain hadiah awak. Misi kehidupan namanya. Eh, jom sambung survey and hunting baby present. Nanti aunty datang jumpa awak bawak hadiah ye baby.

Sunday, November 4, 2018

Teater Bangsawan Dendam Laksamana membuka mata

4:36 PM 1 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Jujur Mya katakan yang Mya sememangnya adalah peminat persembahan pentas. Tapi, sebelum ini, Mya belum berkesempatan untuk menyaksikan sendiri kerana tinggal agak jauh di Perak dan ada masanya Mya terlepas peluang untuk pergi menonton atas kekangan masa. Nasib Mya baik kali ini kerana sempat pergi menonton teater Bangsawan Dendam Laksamana yang dipimpin oleh Pat Ibrahim.


Pementasan yang diarahkan oleh Pat Ibrahim  dan diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Hairi Safwan, Dato Jalaluddin Hassan, Aidilla Shaffi dan Megat Shahrizal ini dikhabarkan akan berlangsung dari 29 Oktober sehingga 11 November nanti di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Apa yang lebih menarik adalah, pementasan ini akan dibawa ke tujuh lokasi lain dalam Semenanjung Malaysia sehingga ke bulan April ini. Jadi, bagi yang terlebih peluang untuk menonton di Kuala Lumpur ini, nantikan ketibaan pentas hebat ini di negeri awak ye. Mesti kena tonton.

Kenapa wajib tonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana?


Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini adalah adaptasi dari kisah Melayu lama iaitu 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. To those yang pernah menonton atau membaca kisah ini, semestinya mengetahui bagaimana tragisnya tragedi yang menimpa Laksamana Bentan dan seluruh keluarganya. Menonton teater ini didepan mata, terasa kisahnya hidup semula. Dewan yang gelap terasa bernyawa dan turut sama menyampaikan rasanya. Skrip yang ditulis oleh Siti Jasmina ini is indeed generous. Kenapa Mya sebut 'generous'? Setiap babak yang ditulis disusun dengan cantik dan kemas. Tambahan lagi dengan selingan aksi silat pertempuran yang turut dimasukkan. Memang tak terasa bosan walau sekejap pun.

Perasaan yang disampaikan oleh para pelakon semestinya sangat baik. Terasa dendam yang mula berbuah dalam hati Laksamana saat perkhabaran sedih mengenai keluarganya sampai ke telinganya. Tapi, jangan khuatir, jangan susah hati. Bukanlah dari mula sampai ke akhirnya sedih saje. Ada bahagian yang kelakar juga. Sebab tulah, awak kena pergi tengok sendiri macam mana teater Bangsawan Dendam Laksamana ni dipentaskan. Feels the excitement by yourself.



Lokasi Persembahan dan Maklumat Teater


Tujuh lokasi lain adalah seperti berikut: EduCity Sports Complex, Johor (11-17 Feb 2019); Kompleks JKKN Melaka (19-24 Feb 2019); DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pahang (26 Feb - 3 Mac 2019); USM Pulau Pinang (12-17 Mac 2019); UUM Sintok Kedah (19 - 24 Mac 2019); UPSI Perak (26 - 31 Mac 2019); Kompleks JKKN Negeri Sembilan (2-7 April).

Untuk lebih maklumat mengenai pementasan teater Bangsawan Dendam Laksamana dan pembelian tiket, awak bolehlah layari laman web pipent.peatic.com atau terus hubungi  019 303 6008. Waktu persembahan adalah pada jam 8.30 malam.

Friday, November 2, 2018

[Trivia] Gellert Grindelward, pendahulu cita-cita Voldemort

10:23 AM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Hari ni Mya nak sambung dengan bahagian ketiga dari siri trivia Wizarding World, iaitu mengenai Gellert Grindelward. Gellert Grindelward ini merupakan penjenayah yang paling dikehendaki pada zaman muda Albus Dumbledore, yang mana ketika itu masih merupakan salah seorang professor di Sekolah Magik Hogwart. Seperti Voldemort, Gellert Grindelward merupakan wizard yang digeruni ramai kerana mengamalkan dark magic.


Grindelward dan Dumbledore bertemu dan akhirnya bersepakat mencari Deathly Hallows demi membentuk sebuah revolusi menentang satu undang-undang iaitu International Statute of Wizarding Secrecy yang mana memerintahkan agar kuasa magik disembunyikan dari dunia luar atau dunia Muggle. Hubungan baik itu akhirnya terlerai apabila mereka berdua bertarung dgn adik lelaki Dumbledore iaitu Aberforth, yang mana mengakibatkan kematian adik bongsu mereka, Ariana. Kematian adik bongsu mereka menyebabkan Albus Dumbledore tidak lagi menyertai revolusi Dark Wizard dan menjadi pengajar di Hogwart.


Seperti yang pernah Mya tulis dan trivia sebelum ini, Grindelward sebenarnya sangat obses dengan tiga artifak pusaka The Deathly Hallows. Selepas pertarungannya dengan adik beradik Dumbledore, Grindelward meneruskan misinya untuk mencari The Elder Wand, yang kemudiannya dicuri dari kedai milik Mykew Gregorovitch, seorang pakar membuat tongkat sakti di London. Dengan tongkat sakti ini, kuasanya semakin digeruni, disamping kumpulannya yang terdiri daripada dark wizards yang sangat kuat dan hebat.

Dalam usahanya mengumpulkan lebih ramai dark wizards yang akan membantu dia mencapai misi dalam revolusinya, dia menyamar menjadi pegawai kanan Presiden MACUSA, Percival Graves. Kedatangan Newt Scamander di New York yang ketika itu sedang gempar dengan kes Obscurus, memudahkan lagi misinya menakluk dunia. Newt kononnya dituduh mengakibatkan kekecohan dan seterusnya ditahan dan dihukum demi menutup niatnya, yang ketika itu menemui Obscurus di dalam beg Newt. Namun, di penghujung cerita, helah Grindelward akhirnya terbongkar apabila niatnya menghampiri seorang anak yatim bernama Credence demi Obscurus terbongkar. Newt dan Tina berjaya menahan dan mendedahkan wajah sebenar Grindelward di hadapan para Auror, sekaligus membersihkan nama mereka sendiri. Well, the real question is, did Newt really went to New York just to buy a present or perhaps, releasing Frank as he told Jacob in the first movie? Who knows. Maybe the real reason is yet to come.


Bagaimana akhirnya The Elder Wand boleh berada dalam tangan Dumbledore, sebelum berpindah milik kepada Draco, dan akhirnya, dimiliki Harry dalam siri akhir Harry Potter? Macam yang semua peminat tahu, to own a wand is either it choose you or you have to disarmed its current owner. Well, enough hint for the story line of the next upcoming movie. Mya paling tak sabar nak tengok bahagian Jacob berjumpa Nicolas Flamel.  Opss, spoiler alert! Kita tunggu je tayangan filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelward yang bakal keluar di pawagam 15 November nanti ye. Roger and Out.

Thursday, November 1, 2018

Khasiat dan kelebihan ayat seribu dinar

4:20 PM 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Sengaja Mya pilih tajuk santai sedikit hari ni sebagai bacaan kita semua. Mungkin ramai yang sudah pun mengetahui khasiat dan kelebihan ayat seribu dinar ini. Tambahan lagi, ayat ini merupakan antara ayat yang sering digunakan dalam tulisan kaligrafi. Jadi kita biasa melihat ayat seribu dinar ini digantung di dinding masjid mahupun surau. Tapi, izinkan kongsikan di sini buat berkongsi dengan teman-teman yang masih belum tahu.

Ayat seribu dinar ini adalah potongan ayat kedua dan ketiga dari Surah at-Talaq yang mana dikisahkan pada suatu zaman, seorang pemuda bermimpi didatangi Nabi Khidir. Nabi Khidir, di dalam tiga kali mimpinya, memerintahkan dia agar bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Pemuda itu akhirnya menurut dan sekali lagi Nabi KHidir mendatangi mimpinya. Kali ini, bagi mengajarkan dua potong ayat itu kepadanya untuk diamalkan.

Pemuda itu suatu hari berlayar di tengah lautan untuk berdagang di sebuah tempat yang lainnya. Di tengah perjalanan, kapal yang ditumpanginya dilanda ribut taufan. Pemuda itu, sepenuh hati bertawakal kepada Allah sambil bibirnya berterusan membaca ayat seribu dinar. Di penghujung kisah, hanya pemuda itu dan barang dagangan yang dibawanya sahaja berada dalam keadaan baik dan terdampar di sebuah pulau. Anak kapal dan penumpang lainnya tiada yang terselamat seorang pun.

Dalam pengalaman Mya sendiri yang mengamalkan bacaan ayat ini, ayat seribu dinar sebenarnya banyak khasiatnya. Antara khasiat utamanya adalah: Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Apa yang perlu adalah, kita perlu mengamalkannya secara istiqamah. Tawakal sepenuh hati kepada kekuasaanNya ketika membaca ayat ini, insyaAllah khasiatnya akan lebih terasa. Yakinlah. Memohonlah.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)