Search This Blog

Sunday, October 21, 2018

# info

Lukisan 'Girl with Ballon' koyak saat lelongan berjaya

Assalamualaikum w.b.t. Heboh seketika dunia lelongan di England apabila sebuah lukisan koyak sebaik sahaja ianya berjaya dilelong dengan harga £860,000 (atau hampir£1.04 M termasuk segala yuran dan pembiayaan). Lukisan yang dinamakan 'Girl with Balloon' ini sebenarnya biasa kita lihat di internet dan menjadi antara hasil seni yang paling digemari di Britain tahun lepas. 

Pelukis lukisan ini merupakan seorang insan misteri yang bernama Banksy. Tahap misterinya seorang Banksy ini sampaikan memang tiada siapa yang tahu identiti sebenarnya. Adalah juga beberapa spekulasi mengenai identiti sebenar Banksy, tetapi tiada sesiapa yang mengiyakan atau menidakkan semua spekulasi itu. Apa yang pasti, Banksy tetap dengan keputusannya kekal misteri kerana minatnya dalam melukis grafitti yang salah dari segi undang-undang.


Lukisan 'Girl with Balloon' ini pada asalnya elok berada di dalam bingkainya. Namun begitu, sebaik host mengatakan lukisan itu berjaya dilelong, kanvas lukisan itu perlahan-lahan keluar dari bawah bingkai dalam keadaan shredded. Semua mata yang melihat kejadian itu pastinya terkejut. Walau bagaimanapun, lukisan itu hanya terpotong separuh sahaja. Melihat kejadian yang tidak pernah terjadi dalam mana-mana acara lelongan sebelum ini, pihak Sotheby's laju menurunkan lukisan yang sudah terjejas masuk ke ruang peribadi.

Banksy, bagaimanapun, memberi reaksi berbeza kepada kejutan ini. Kerana beliau sendiri yang menjadi mastermind untuk kejutan itu. Kejadian ini disahkan sendiri oleh Banksy di dalam akaun instagramnya. Dia memuat naik video yang menunjukkan dia sendiri telah memasang mini-remoted-shredder di dalam bingkas lukisan itu beserta ayat di bawah. Pada bahagian caption, Banksy mengambil kata-kata pelukis ternama, Picasso: "The urge to destroy is also a creative urge"

A few years ago, I secretly built a shredder into a painting.
...in case it was ever put up for auction...

No comments:

Post a Comment