Search This Blog

Wednesday, October 17, 2018

# info # photoshop

Cara buat Gambar dalam Perkataan

Siapa follow instagram Mya, angkat tangan! Terima kasih sebab sudi follow. Terpaksa follow sebab join giveaway pun Mya ucapkan terima kasih juga. Jika ada yang perasan, Mya up-kan gambar yag unik sikit semalam, walaupun sebenarnya teknik gambar dalam perkataan ini sudah agak lapuk. So, hari ni Mya nak kongsikan, bagaimana cara buat gambar dalam perkataan menggunakan Photoshop. Untuk permulaan, semestinya awak perlukan gambar yang cantik. Itu sahaja. To be honest, Mya sebenarnya belajar cara buat gambar dalam perkataan ni daripada lecturer media Mya 
*Thank you, Sir!*

Cara buat Gambar dalam Perkataan


Pilih File → Open gambar yang sudah disediakan.
Right-click pada gambar dan pilih Duplicate Layer.


Tambahkan layer kosong (arrow kuning) dan susun di antara dua gambar


Pilih Edit → Fill.
Akan keluar popup window seperti dalam gambar di bawah.


Pilih White pada kotak Use dan klik OK.


Layer kosong tadi akan berubah kepada warna putih (arrow merah).
Tambahkan tulisan dengan klik fungsi Text (arrow kuning)
Adjust saiz dan font tulisan mengikut selera awak.


Susun layer tulisan supaya berada di bawah gambar yang pertama.
Right-click pada gambar pertama → pilih Create Clipping Mask.
Gambar awak akan menjadi seperti gambaran di bawah.



Untuk menambahkan efek timbul atau bayang,
right-click pada layer tulisan → pilih Blending Option


Pilih Drop Shadow untuk menambah efek bayang atau
pilih Bevel and Embos untuk menambah efek timbul.
Klik OK apabila selesai.

Gambar dalam perkataan awak dah siap!
Jangan lupa save as .jpg atau .png sebelum menutup Photoshop

4 comments: