Search This Blog

Monday, September 24, 2018

# personal # travel

Diganggu misteri di Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t. Sekarang ni macam tengah in mood nak post pasal kisah-kisah seram yang pernah Mya sendiri hadap or dengar dari kenalan rapat. Cerita seterusnya yang Mya nak ceritakan ni pun, sengaja Mya nak rahsiakan nama lokasi tersebut demi menjaga nama semua pihak, termasuk  nama baik tempat tu sendiri. Cerita ni mungkin tak as exciting as cerita sebelum ini. Tapi, I will try my best to tell the story kepada awak semua.

Mya dengan keluarga sampai agak lewat di Port Dickson. Jadi, dalam keadaan mengantuk yang teramat, kami pergi dari satu tempat ke satu tempat, hotel dan motel, demi mencari tempat tidur untuk malam tu. Kami akhirnya berhenti di sebuah resort di mana kami terjumpa seorang pakcik yang menawarkan apartmentnya untuk disewa pada malam itu. Pada mulanya risau juga. Tapi, akhirnya parents Mya pergi ikut pakcik tu dan tengok sendiri apartment yang dimaksudkan.
Gambar sekadar hiasan | Sumber: google
Waktu sampai ke apartment tu, Mya memang tak terfikir apa-apa. Mungkin sebab dah terlalu mengantuk. Apa yang pasti, lepas je pakcik tadi minta diri untuk beransur, mama Mya laju je suruh kami bersihkan diri dan terus masuk tidur. Oh ya. Lupa nak bagitahu. Rumah ni ada satu bilik tidur dan satu bilik mandi. Tapi, owner ada tambah dua katil bujang di ruang tamu. Memandangkan apartment ni bersambung dengan resort, jadi apartment ni menghadap ke laut dan berpintu sliding kaca ke beranda. 

Disebabkan dah tengah malam, Mya batalkan rancangan nak ambil angin di beranda malam tu. Langsung tak bukak langsir dan terus lena. Selesai masing-masing mandi, mama Mya terus bagi cadangan untuk rapatkan dua-dua katil bujang tadi dan tidur lambak sahaja di ruang tamu. Bila badan dah letih, memang Mya ikutkan sahaja. Tengok pulak adik Mya yang sejak dari masuk ke dalam apartment tadi dah diam seribu bahasa. As long as semua dapat tidur dengan nyaman malam tu.

Night goes, day in.

Menjelang pagi, semua dah bangun dan bersiap-siap untuk ke destinasi backpacking kami yang seterusnya. Memang riuh masing-masing sebab dapat tengok laut dari apartment je. Nak pergi berendam, banyak lagi rancangan yang masih tertangguh. Keluar dari apartment, baru Mya perasan yang rumah lain di kiri dan kanan rumah kami tidak berpenghuni. Dan sejujurnya, masa tu baru Mya terasa sunyi dan tak semena-mena, bulu tengkuk terasa meremang. Cuba ditahan perasaan yang kian datang dengan cepat-cepat berkemas dan bersiap untuk meninggalkan PD. Shah Alam, we are coming!

Dalam kereta...

Adik yang baru dapat suara sejak awal pagi tu tiba-tiba berbisik kepada Mya. "Dengar apa-apa tak malam tadi?". Mya cuma menggeleng. Dalam hati, Tuhan je tahu. Sah! Something memang dah jadi malam tadi. Kalau tak adik takkan senyap je dan terus tidur, walau dia setakut mana pun.

Mya: Ada apa-apa ke?
Adik: Adik dengar bunyi pintu sliding kaca tu kena tepuk dari luar masa pakcik tu tengah tunjuk rumah.
Mya: Mana ada bunyi.
Adik: Ada. Tapi sebab adik tengok semua macam tak dengar, adik tak nak cakap apa-apa.
Mya: Oh patutlah senyap je. (suara agak kuat)
Mama: Ada apa-apa ke kat rumah tu?
Mya cerita semula apa yang adik beritahu.
Mama: Sebenarnya, memang 'dia' mengacau pun.
Mya & Adik: Ce cite...ce cite...
Mama: Masa masuk rumah semalam, memang mama dengar bunyi ketukan di tingkap. Tapi, malaslah nak fikir sebab 'dia' ada di luar. Tapi, masa mama bersiap lepas mandi dalam bilik tidur tu, mama nampak ada mata pandang tajam dalam cermin almari solek. Tu yang mama ajak semua tidur di depan.
Mya: Yang bunyi ketukan kat tingkap tu, kakak ada dengar. Ingatkan rumah sebelah. Tapi pagi tadi keluar, kakak tengok rumah keliling semua kosong.
Semua diam sekejap sebelum sambung plan nak buat apa di Shah Alam.

Well, mungkinlah tak seseram mana pun kisah kali ni. Maaf andai mengecewakan. Mungkin cara penyampaian Mya pun tak sebunga cerita yang lepas. Tapi, ini bukan kali pertama pun kami diganggu di homestay/hotel tempat kami bermalam. Dah naik lali. Yang penting, jangan kacau kami nak tidur je. Seram tak seram, boleh kena lempang wooo. Okeylah. Mya nak sambung rehat. Roger and Out.

No comments:

Post a Comment