Search This Blog

Friday, August 10, 2018

Penangan sakit lutut

Assalamualaikum w.b.t. Maaf kerana lama menghilangkan diri selepas berjanji untuk kembali aktif ber-blog. Mungkin ada yang sudah tahu. Tapi, rasanya lebih ramai yang masih tidak tahu yang Mya sekarang sudah berpindah tempat kerja. Cabaran tempat baru ni ialah sakit lutut. Bila baca, macam tak kena kan? Tapi, itulah kenyataannya. Nasiblah ada spray penyembuh sakit lutut. Baru terasa nikmat dan bahagianya macam mana bila tengah sakit tu, ada spray penyembuh ni. 

Cerita dia, Mya baru je masuk ke syarikat baru pada hari Isnin lepas. Nak berjimat punya pasal, Mya buat keputusan untuk bergerak ke tempat kerja dengan menggunakan LRT. Ajenye ye. Kalau dah bayaran parking seharian lagi mahal dari lunch dan dinner. Baik Mya guna duit tu pergi makan. Lagilah nikmat dunia. 

Dulu masa tak ada kereta, Mya memang pergi ke KLCC atau KL Sentral dengan LRT saja. Tapi mungkin sebab dah lama tak gunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang satu ni, kaki macam tak boleh nak beri kerjasama. Tambah-tambah lagi bila dalam LRT di waktu pagi dan petang pada hari bekerja ni macam ikan sardine dalam tin. Memang jawabnya Mya yang naik kemudian ni kena berdiri sajalah sepanjang perjalanan. 
On the first day, memang Mya mengadu sakit la. Lutut rasa sengal yakmat sampai rasanya memang tak larat nak melangkah cari kedai makan malam tu. Nasib teringat ada simpanan biobax dalam kereta masa tu. Balik makan terus spray. Tak tunggu apa dah. Salah sendiri sebab masa tu terlebih aktif. Lepas balik kerja terus cari makan pulak. Tengah malam pulak pergi jemput orang di stesen bas. 

Sekarang dah lega sebab Mya biasakan urut 3 kali sehari. Sampai tempat kerja sapu sekali, lunch break sekali, lepas balik dari kerja sekali. Siap boleh pusing mall dan foodhunting lagi lepas balik kerja sekarang ni. And seriously, both my parents have been using biobax ni since the first day I introduced them to this product. Siap jadi item wajib tiap kali pergi travel mana-mana. Apa nak susah. Just pack in backpack je. Sebab, memang dah biasa sangat my mom sakit lutut lepas habis merayap. Almaklumlah, time shopping mana nak ingat. Segala buah tangan kena kasi settle dulu *tepuk dahi* 
Selalunya memang Mya lah yang jadi tukang urut. Tapi takde masalah pun. Sebab bau Biobax ni wangi. Lepas tu dia tak melekit melengas atas tangan macam minyak urut lain. Sapu-sapu je keliling lutut, terus meresap dalam kulit. Oh ya. Disebabkan Mya baru je restok bekal Biobax kat rumah, Mya nak share je la yang korang boleh beli secara online jugak. Minggu lepas Mya beli dua botol dengan kupon diskaun ‘RM20’, dapatlah diskaun RM20 ringgit masa checkout tu. Cubalah. Mungkin ada lagi offer tu. Jimat sikit. 

Dah. Mya nak sambung buat kerja. Lutut tengah sedap lepas kena sapu dengan biobax. Kena air-cond pulak. Nyaman je. Walaupun hati tak berapa rasa yang sama. Nanti Mya update semula pasal necessity on travelling ye. Roger and Out.

No comments:

Post a Comment