Search This Blog

Monday, July 30, 2018

# hiburan # info

Gunung Mercedes, Ipoh

Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya tak ada apa yang istimewa pun dengan entri kali ini. Sekadar satu post peringatan buat diri sendiri yang selalu berlagak terlupa dengan asal usul sendiri. Actually, bukan sengaja terlupa. Tapi mungkin juga faktor usia ataupun peredaran masa yang semakin laju. Mana tidaknya, makin hari makin banyak benda baru yang diperkenal. Macam kes Gunung Mercedes ni. Jangankan Mya. Mungkin ramai je orang Ipoh yang sudah terlupa. Apatah lagi adik-adik yang lahir pada tahun 2005 dan ke atas. Jelas mereka lagi tidak tahu pasal Gunung Mercedes ni.

Gunung Mercedes atau nama lainnya, Gunung Sam Poh Tong ini sebenarnya menempatkan kuil buddha tertua dan paling terkenal dalam negeri Perak ni. Dibina pada tahun 1912 oleh komuniti Buddha yang tinggal di sekitar kawasan bukit batu kapur ini, kedudukan betul-betul terletak di tengah antara Simpang Pulai dan Ipoh. Tetapi, apa agaknya punca atau sebab sehingga bukit ini pernah dikenali sebagai Gunung Mercedes? Mya pun hampir lupa, sehinggalah diingatkan semula oleh ayah semalam.
Gambar dari imagesofipoh.blogspot.com
It was in the years of 70s' when Ipoh was known as 'The Millionaire City' as you can see many Benz were driven by rich towkeys during the era. So many until the city became the best selling Mercedes Benz town. The group who sold the cars was led by Mr. Chua, who also finally decided to put up a Benz logo on the hill. The hill was then called as Gunung Mercedes, which also remarked as the main landmark of the big city named Ipoh.

Mya masih boleh ingat dengan jelas cerita masa kecil dulu. I used to live in Teluk Intan and even now, my parents spend most of their time in Lumut rather than in our own house in Simpang Pulai. Tapi, kalau dulu-dulu, bila balik je ke Ipoh, Mya mesti akan cari insignia ni dulu, sebagai tanda that I'm back home. Tapi, bila lama tak tengok, Mya jadi lupa di mana kedudukan signage ni. And over time, Mya jadi lupa kewujudan signage ni pula.
Mungkin niat asal pemilik syarikat permotoran yang naikkan signage logo Benz ini pada asalnya nak mengiklankan syarikatnya, atau mungkin demi nak menunjukkan kebanggaan kepada Ipoh yang ketika ini dikenali sebagai bandar Mercedes Benz. Tapi, bila signage ini makin berkarat dan akhirnya diturunkan atas alasan membahayakan kawasan sekitar, ramai yang akur. Sehinggalah pada tahun 2009, banyak signage 'I-P-O-H' yang dinaikkan di tepi jalan beberapa lebuh raya utama. Anyway, I'm still a proud Perakian who now mencari rezeki di tanah Selangor.

7 comments:

  1. sebagai manusia yang selalu nampak signage ni, baru harini tau pasal cerita ni. Thanks Mya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah kenapa tiba-tiba rindu nak tengok signage mercedes kat atas tu lagi.

      Delete
  2. Selalu nampak gunung ini dan tulisan IPOH setiap kali menggunakan highway PLUS dari Tol Gopeng ke Simpang Pulai. Tapi tak pernah pula dengar nama gunung ini - Gunung mercedes. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama gunung mercedes ni sebenarnya diberi masyarakat sekitar around tahun 70-an ke 90-an sebab ada signage tu. skrg, sebab dah tak ada, org pun dah tak panggil dgn nama tu. org panggil gunung sam poh tong je. ikut nama kuil buddha yg ada kat situ.

      Delete
  3. selalu signage IPOH je nampak dari arah highway..

    ReplyDelete
  4. Nanti nak pergi nak buat surprise, yang bukit camni pun wujud hehehe

    ReplyDelete