Search This Blog

Monday, July 30, 2018

# libur # lifehacks

3 Kesalahan 'Packing-for-travel' yang sering kita lakukan

Assalamualaikum w.b.t. Everyone got their first-time in travelling. And believe me, dalam tiga perkara bertajuk 'Kesalahan ketika Packing for travel' yang Mya senaraikan di sini, pasti ada sekurang-kurangnya satu yang pernah kita buat. Untuk topik hari ini, Mya akan senaraikan secara umum, tak kiralah awak travel dengan jalan darat, udara atau air. Malah, ada saja yang mengulang kesalahan packing for travel ni walaupun dah berkali-kali pergi melancong. So, jom kita tengok dan cuba ubah cara kita untuk cara yang lebih mudah.
Overpack Bag

Kenapa kita, khususnya perempuan selalu overpack beg kita semasa hendak pergi ke mana-mana. Tak kiralah kalau ianya vacation ataupun worktrip, kita mesti akan bungkus baju lebih dari sepatutnya. Jawapan paling mudah untuk semua soalan yang datang kepada kita adalah, "takkan nak ulang pakai baju yang sama". Yes, this short answer sometimes really anger men. Sebab bila kita overpack, beg jadi banyak, padahal yang pakainya, tak sampai separuh.
So, instead of mengekhaskan satu baju untuk satu occasion, grab a few attire with simple color palettes and ready to wear yang boleh dipakai berkali. Worries no more. Pakai saja baju yang sama berulang kali as people wont really judge you. Di mana- mana pun sekarang wujud satu tempat magikal yang dipanggil dobi. Be efficient. You throw your clothes in, it comes out cleaner. Even better, you put more money in, it comes out drier.

Keperluan atau Kehendak-perluan?

Packing your essential is the most essential step in every trip. But, which essential item is the most essential one on the list? Well, ini bergantung kepada senarai kita sendiri. To some, mungkin sekadar berus dan ubat gigi, shampoo dan cream mandian. Tapi, to the one who need extra care, macam patients and infants, mungkin memerlukan lebih. Jadi, senaraikan semua barang yang diperlukan dalam satu list. Kemudian, bahagikan senarai kepada barangan yang perlu dibawa dari rumah dan barangan yang boleh dibeli di destinasi. Be wise.

Another idea untuk packing barang keperluan adalah dengan membeli botol mini bersaiz 100ml yang biasanya ada dijual di Daiso atau Mr. DIY. Masukkan shampoo, krim mandian atau apa saja barang keperluan lain dalam bekas mini ini dan simpan setempat. Oh ya, sebelum terlupa. Jika awak adalah pesakit dengan ubatan, labelkan ubat awak dan bawa bersama dalam beg yang selalu berada dekat dengan awak. Mungkin handbag, mungkin backpack. In worst case scenario, closest person dengan awak masa tu boleh bantu dengan lebih sistematik. Be smart.

Ini saja beg yang saya ada...

Nak berjimat tu memang boleh. Tapi, biarlah kena dengan keadaan dan masa. Kalau awak nak travel sekadar satu hari satu malam, janganlah dibawa luggage bag yang saiznya sama besar dengan awak. Be rational. Biarlah kena saiz beg dengan kuantiti barangan yang dibawa. Sama juga kalau barang awak banyak. Yang penatnya nanti, awak juga. Baik backpack atau luggage bag. Kurangkan bebanan yang tak perlu. You need to enjoy more on your vacation, instead of berpenat saja sepanjang perjalanan.
So, ini adalah beberapa kesalahan yang boleh Mya senaraikan. Ada lagi kesalahan lain yang awak rasa tak perlu dibuat semasa pergi bercuti, awak boleh kongsikan dalam ruangan komen. Nanti Mya akan kongsikan apa keperluan yang betul-betul perlu dibawa semasa bercuti, terutamanya di luar negara. Till next time, Roger and Out.

4 comments:

  1. hahahahahaha over pack tu sha, haritu pi bawak 3 bagi 5 kbai :3 ahahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha kalau packing rasa nak angkut 1 lemari masalahnya heh.. tapi makin lama makin pandai da sikit bezakan..

    ReplyDelete