Search This Blog

Sunday, June 24, 2018

BookXcess Tamarind Square: Kedai buku 24 jam pertama di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. Happy weekends Mya ucapkan kepada semua pembaca yang masih setia di sini. Berapa banyak jemputan rumah terbuka yang sempat awak pergi sepanjang minggu ni? Kalau tiada, marilah berhuhu bersama-sama. Tapi, Mya sempat ke Cyberjaya sebenarnya semalam. Hati asyik kata nak ulang pergi ke kedai buku 24 jam, BookXcess Tamarind Square. Jadi akhirnya, selepas ambil kawan di Puchong, kami terus bergerak ke Tamarind Square, Cyberjaya. Apa yang best sangat dengan kedai buku BookXcess ni ye?

Kedai buku 24 jam pertama di Malaysia

Seperti yang semua orang sedia maklum, kedai buku BookXcess di Tamarind Square, Cyberjaya ni merupakan kedai buku pertama yang mengadakan konsep dibuka 24 jam 7 hari seminggu. Jadi, tak kiralah awak dating pukul berapa pun, kedai buku ini masih dibuka dan sedia menerima pengunjung. Apa yang lagi menarik, BookXcess turut menyediakan kerusi dan meja untuk awak yang nak stay kat sini. Oh ya, beserta Wi-Fi percuma untuk awak gunakan.

Yes, you can bring your laptop or tablet, or even your study group there, for as long as you want. However, ada pantang larangnya juga. Awak dilarang untuk bawa makanan dan minuman ke dalam ruang peribadi dan awam, walaupun ramai yang langar amaran ni. Ini adalah untuk menjaga kebersihan dan menjamin kualiti buku yang ada di sana. Cuba bayangkan. Sudahlah kedai buku ini membenarkan awak membaca buku yang ada secara percuma dan tanpa syarat, tapi awak tertumpah air pula di atasnya. It doesn’t sound nice, right. Jangan risau. Kalau awak nak cari minuman atau makanan sepanjang awak berada di sana, awak boleh ke convenirence store yang terletak di bangunan bersebelahan dengan kedai buku BookXcess ni. Bila ruangan cafĂ© di kedai ini buka nanti, awak boleh berehat sekejap di situ. 
I love the fact yang harga buku di sini jauh lebih murah dari kebanyakan kedai buku lain. Mungkin kerana ada antara buku-bukunya sudah lama diterbitkan. Malah ada antara buku-buku yang terdapat di sini, tidak lagi dikeluarkan dan dipasarkan di mana-mana tempat. Tapi, what really matter is, Mya boleh dapatkan buku dari pelbagai topik yang Mya suka di sini. Be it design, architecture, travel, or even Avengers series, semuanya ada di sini. Cuma, mohon jangan minta buku keluaran DuBook atau Lejen di sini. Oh ya, buku-buku di sini semuanya dalam bahasa Inggeris. Jadi, jangan cuba tanya karya Siti Rosmizah atau Aii Fariza di sini ya. 

Bangunan Tamarind Square ni sebenarnya boleh juga dijadikan kawasan untuk bergambar. Jika awak parking di luar bangunan, awak boleh nampak barisan pokok yang cantik menghijau. Pergi ke hujung bangunan, awak akan nampak lanskap yang mana juga ditempatkan escalator untuk awak yang datang dari bawah. Untuk yang parker terus di hadapan kedai buku, awak Cuma perlu pandu lurus ke arah jalan keluar, dan awak akan jumpa kawasan escalator yang Mya maksudkan. 
So, kalau awak seorang pencinta buku macam Mya, sila-silalah merajinkan diri untuk ke sini kalau ada masa lapang. Barely regret it, fully in love with it. Mya pun dah sampai sini dua kali. Awak bila lagi? Kita lawan siapa lagi teruk masalah bibliophile: Beli buku banyak-banyak, tapi tak habis-habis baca. Yang ada di rak pun penuh sebakul belum berbaca, beli lagi sebakul. Haih. Roger and Out, guys.

2 comments:

  1. Aaaaa so nice. Tak pernah tau pun pasal BookXcess ni. 24 hours? Cam so woww tau. Hee. Thanks for sharing awak.

    ReplyDelete
  2. wahhh bagi siapa yang peminat buku macam kc suka la ni. tapi novel fixi or novel cintan cintun (alaf 21, karya seni, etc) ada tak? hehe

    ReplyDelete