Search This Blog

Friday, June 29, 2018

Nak belajar bahasa baru pun salah ke?

10:25 AM 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Entah macam mana hari ni terdetik nak menulis pasal belajar bahasa baru. Yelah. Bagi masyarakat kita sekarang ni, Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea bukanlah satu bahasa yang asing dah. Kalau tengok kat mana-mana media sosial pun, budak sekolah pun sekarang dengan yakinnya menggunakan Bahasa Inggeris untuk bertweet dan sebagainya. Geng peminat KPop pun dengan rasa bangganya menggunakan tulisan Hangul dalam status mereka.
Sebenarnya, bagi Mya tak ada masalah pun. Ini petanda yang rakyat negara kita sekarang bersedia nak belajar benda baru. Tapi, the attitude of orang sekeliling yang pandang benda ni as karut bila you are someone who barely able to walk through the whole road. Kawan tu baru nak berjinak-jinak, baru nak pandai bercakap bahasa Inggeris. The others dah serang segala pronunciation and grammar, like they are so much better than the person himself. Lepas tu, terus kawan tu tak ada semangat nak belajar bahasa baru.

Nobody's perfect laaaa. Even if you stress so much on the grammar, tertinggal 'a' tak boleh, salah guna noun pun tak boleh, once you go to the country which use English as their mother tongue, orang kat sana tak ambil peduli pun. As long as apa yang awak nak cakap tu boleh difahami sudahlah. Don't downgrade others just so you can feel like you are better than anyone else. You were once a beginner too. Seronok ke perlekeh orang lain yang baru nak belajar?

Tapi, kalaupun pandai bahasa apa sekalipun, tolong consider orang sekeliling jugak. This one does matter too. Kalau dah orang sekeliling tak faham bahasa Inggeris or Korea tu, janganlah bersembang guna bahasa yang kononnya awak mahir sangat tu. Ini tidak. Mentang-mentanglah orang lain tak pandai, awak pi bantai guna jugak. Kononnya nak tunjuk hebat. Bila kena perli or marah, tahu pulak melenting. Well, salah siapa?

Ok done membebel untuk pagi ni. Entah macam mana boleh terkeluar segala benda ni. Padahal, bangun tadi, tetiba rasa nak belajar sign language untuk orang pekak dan bisu je. Lepas tu terus teringat nak tegur orang lain pasal ni. In case ada yang kata Mya sebenarnya cemburu sebab orang lain tu boleh berbahasa Inggeris or Korea dengan baik, maybe you need to learn more about me laaa. Cuma, nasihat Mya, be considerate. This world don't revolves around you only. Roger and Out

Sunday, June 24, 2018

BookXcess Tamarind Square: Kedai buku 24 jam pertama di Malaysia

5:38 PM 3 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Happy weekends Mya ucapkan kepada semua pembaca yang masih setia di sini. Berapa banyak jemputan rumah terbuka yang sempat awak pergi sepanjang minggu ni? Kalau tiada, marilah berhuhu bersama-sama. Tapi, Mya sempat ke Cyberjaya sebenarnya semalam. Hati asyik kata nak ulang pergi ke kedai buku 24 jam, BookXcess Tamarind Square. Jadi akhirnya, selepas ambil kawan di Puchong, kami terus bergerak ke Tamarind Square, Cyberjaya. Apa yang best sangat dengan kedai buku BookXcess ni ye?

Kedai buku 24 jam pertama di Malaysia

Seperti yang semua orang sedia maklum, kedai buku BookXcess di Tamarind Square, Cyberjaya ni merupakan kedai buku pertama yang mengadakan konsep dibuka 24 jam 7 hari seminggu. Jadi, tak kiralah awak dating pukul berapa pun, kedai buku ini masih dibuka dan sedia menerima pengunjung. Apa yang lagi menarik, BookXcess turut menyediakan kerusi dan meja untuk awak yang nak stay kat sini. Oh ya, beserta Wi-Fi percuma untuk awak gunakan.

Yes, you can bring your laptop or tablet, or even your study group there, for as long as you want. However, ada pantang larangnya juga. Awak dilarang untuk bawa makanan dan minuman ke dalam ruang peribadi dan awam, walaupun ramai yang langar amaran ni. Ini adalah untuk menjaga kebersihan dan menjamin kualiti buku yang ada di sana. Cuba bayangkan. Sudahlah kedai buku ini membenarkan awak membaca buku yang ada secara percuma dan tanpa syarat, tapi awak tertumpah air pula di atasnya. It doesn’t sound nice, right. Jangan risau. Kalau awak nak cari minuman atau makanan sepanjang awak berada di sana, awak boleh ke convenirence store yang terletak di bangunan bersebelahan dengan kedai buku BookXcess ni. Bila ruangan café di kedai ini buka nanti, awak boleh berehat sekejap di situ. 
I love the fact yang harga buku di sini jauh lebih murah dari kebanyakan kedai buku lain. Mungkin kerana ada antara buku-bukunya sudah lama diterbitkan. Malah ada antara buku-buku yang terdapat di sini, tidak lagi dikeluarkan dan dipasarkan di mana-mana tempat. Tapi, what really matter is, Mya boleh dapatkan buku dari pelbagai topik yang Mya suka di sini. Be it design, architecture, travel, or even Avengers series, semuanya ada di sini. Cuma, mohon jangan minta buku keluaran DuBook atau Lejen di sini. Oh ya, buku-buku di sini semuanya dalam bahasa Inggeris. Jadi, jangan cuba tanya karya Siti Rosmizah atau Aii Fariza di sini ya. 

Bangunan Tamarind Square ni sebenarnya boleh juga dijadikan kawasan untuk bergambar. Jika awak parking di luar bangunan, awak boleh nampak barisan pokok yang cantik menghijau. Pergi ke hujung bangunan, awak akan nampak lanskap yang mana juga ditempatkan escalator untuk awak yang datang dari bawah. Untuk yang parker terus di hadapan kedai buku, awak Cuma perlu pandu lurus ke arah jalan keluar, dan awak akan jumpa kawasan escalator yang Mya maksudkan. 
So, kalau awak seorang pencinta buku macam Mya, sila-silalah merajinkan diri untuk ke sini kalau ada masa lapang. Barely regret it, fully in love with it. Mya pun dah sampai sini dua kali. Awak bila lagi? Kita lawan siapa lagi teruk masalah bibliophile: Beli buku banyak-banyak, tapi tak habis-habis baca. Yang ada di rak pun penuh sebakul belum berbaca, beli lagi sebakul. Haih. Roger and Out, guys.

Wednesday, June 20, 2018

[LYRICS] Girls Like You - Maroon 5 ft. Cardi B

4:09 PM 0 Comments
[LYRICS] Girls Like You - Maroon 5 ft. Cardi B, [LYRICS] Girls Like You - Maroon 5 ft. Cardi B

Girls Like You Lyrics
Maroon 5 ft. Cardi B


Spent 24 hours
I need more hours with you
You spent the weekend
Getting even, ooh ooh
We spent the late nights
Making things right, between us
But now it's all good baby
Roll that Back wood baby
And play me close

'Cause girls like you
Run around with guys like me
'Til sundown, when I come through
I need a girl like you, yeah yeah

Girls like you
Love fun, yeah me too
What I want when I come through
I need a girl like you, yeah yeah

Yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah
I need a girl like you, yeah yeah

Yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah
I need a girl like you, yeah yeah

I spent last night
On the last flight to you
Took a whole day up
Trying to get way up, ooh ooh
We spent the daylight
Trying to make things right between us
And now it's all good baby
Roll that Backwood baby
And play me close

'Cause girls like you
Run around with guys like me
'Til sundown, when I come through
I need a girl like you, yeah yeah

Girls like you
Love fun, yeah me too
What I want when I come through
I need a girl like you, yeah yeah

Yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah
I need a girl like you, yeah yeah

Yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah
I need a girl like you, yeah yeah

I need a girl like you, yeah yeah
I need a girl like you

Maybe it's 6:45
Maybe I'm barely alive
Maybe you've taken my shit for the last time, yeah
Maybe I know that I'm drunk
Maybe I know you're the one
Maybe I'm thinking it's better if you drive

'Cause girls like you
Run around with guys like me
'Til sundown, when I come through
I need a girl like you, yeah yeah

'Cause girls like you
Run around with guys like me
'Til sundown, when I come through
I need a girl like you, yeah yeah

Girls like you
Love fun, yeah me too
What I want when I come through
I need a girl like you, yeah yeah
Yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah

I need a girl like you, yeah yeah
Yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah
I need a girl like you

(Cardi B)
Not too long ago, I was dancing for dollars (eeoow)
Know it's really real if I let you meet my mama (eeoow)
You don't want a girl like me I'm too crazy
But every other girl you meet is fugazy (okurrrt)

I'm sure them other girls were nice enough
But you need someone to spice it up
So who you gonna call? Cardi, Cardi
Come and rev it up like a Harley, Harley

Why is the best fruit always forbidden?
I'm coming to you now doin' 20 over the limit
The red light, red light stop, stop (skrrt)
I don't play when it comes to my heart (let's get it though)

I don't really want a white horse and a carriage
I'm thinkin' more of white Porsches and karats
I need you right here 'cause every time you fall
I play with this kitty like you play with your guitar(ah)

'Cause girls like you
Run around with guys like me
'Til sundown, when I come through
I need a girl like you, yeah yeah

Girls like you
Love fun, yeah me too
What I want when I come through
I need a girl like you, yeah yeah
Yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah

I need a girl like you, yeah yeah
Yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah
I need a girl like you

5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot di Perak

10:21 AM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Harapnya masih belum terlambat untuk Mya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog kesayangan Mya ni. Mood raya dan rumah terbuka nampaknya masih berterusan hingga ke penghujung Syawal nanti. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, instead of bertemakan hari raya, Mya nak kongsi beberapa kawasan atau landmark yang boleh dan sesuai dijadikan latar belakang untuk para pengantin yang ingin mengambil gambar outdoor dalam negeri Perak, terutamanya di sekitar Ipoh. Kawasan ini bukan sahaja sesuai untuk outdoor photoshoot bagi pengantin, malah untuk aktiviti bergambar berkumpulan seperti reunion dan graduasi juga. 

Kellie’s Castle 

Terletak di Batu Gajah, bangunan bersejarah ini dikatakan dibina oleh bangsawan Inggeris untuk isteri dan keluarganya. Namun, disebabkan ramai pembina yang sakit dan mati semasa pembinaan, bangunan ini akhirnya tidak sempat disiapkan. Ada yang mengatakan, kawasan ini boleh dikira misteri kerana ada yang mendakwa melihat bayangan keluarga itu di sekitar kawasan istana ini.
Kellie's Castle | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot
Bangunan dua tingkat ini kerap dipilih untuk dijadikan latar belakang outdoor photoshoot bagi pengantin adalah kerana rekabentuknya yang menggabungkan beberapa konsep rekaan dari beberapa negara. Jika awak ke sini pada hujung minggu, pasti awak dapat melihat beberapa kumpulan fotografer dan pengantin, tak kira bangsa dan agama di sini.

Stesen Keretapi Ipoh 

Terletak di tengah bandar Ipoh, bangunan ini lebih dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh kerana bentuk dan rekaannya yang seakan-akan bangunan Taj Mahal di India. Dibina pada tahun 1917, fungsi asalnya adalah sebagai hospital, namun kemudiannya diubah menjadi stesen kereta api, bangunan ini dibina oleh arkitek sama yang membina stesen kereta api Kuala Lumpur. No wonderlah kalau kita melihat ada sisi yang sama dalam reka bentuk antara kedua-dua bangunan ini. 
Stesen KTM Ipoh | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot

Taman Rekreasi Gunung Lang 

Kawasan taman ini sebenarnya adalah bekas kawasan lombong yang sudah diubahsuai menjadi pusat rekreasi yang turut menyediakan perkhidmatan bot untuk awak yang hendak melihat kawasan sekeliling taman rekreasi. Berlatarbelakangkan alam sekitar yang menghijau sebegini semestinya adalah pilihan bagi pasangan yang gemarkan ketenangan dari alam.
Taman Rekreasi Gunung Lang | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot

Bandar Agacia 

Memilih konsep perkahwinan yang bertemakan fairytale atau ala-ala puteri dan putera kayangan? Mya cadangkan awak untuk pergi ke Bandar Agacia di Kampar dan have a blast of fun di sini. Hanya terletak lebih kurang 5 minit dari Kampar Sentral, awak boleh penuhi impian awak disini sepuasnya.
Bandar Agacia | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot

Taman Tasik Taiping 

Kawasan yang menjadi pilihan nombor satu bagi warga Taiping sendiri. Hijau dengan tumbuhan, dihiasi dengan tasik dan kawasan lapang, seluruh kawasan ini boleh bebas diteroka sepenuhnya. Penat bergambar, boleh rasanya kalau pengantin dan kumpulan fotografer ke Zoo Taiping untuk berehat seketika.
Taman Tasik Taiping | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot

Jambatan Victoria | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot
Jadi, ini adalah antara lima kawasan cadangan Mya untuk pembaca-pembaca yang sedang mencari kawasan atau landmark untuk outdoor photoshoot masing-masing. Ada juga kawasan lain seperti sekitar Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar; Marina Island, Lumut; Jambatan Victoria, Kuala Kangsar; Menara Condong, Teluk Intan dan banyak lagi. Kalau ada yang tahu tempat-tempat lain pun boleh berkongsi sama dalam ruangan komen di bawah ye.

Saturday, June 9, 2018

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

10:00 AM 6 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni Mya nak ajak rakan-rakan blogger semua join segmen yang dianjurkan oleh adik comel kesayangan warga AFB, iaitu Kak Cik, yang bersempena pageviews blognya sudah mencecah 7 juta.

Apa yang Mya suka pasal blog Kak Cik ni ialah, semua jenis info ada. Yang penting, yang remeh, yang serius, yang main-main, semuanya boleh dicari dari blog si Kak Cik ni. Antara sebab kenapa Mya biarkan blog Mya bertema putih adalah disebabkan oleh blog Kak Cik juga sebenarnya. And to be honest, Kak Cik ni banyak tolong Mya masa Mya mula-mula serius berblogging dulu.

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Anyway, jom kita sokong segmen cik adik manja kita ni dengan klik pada banner kat atas ni. Minta-mintalah terpilih antara yang special tu. Kalau tak, kita tinggal dia tepi jalan. Eh, boleh pulak melawak. Okeylah. Roger and Out.

[LIRIK] Kisah Kuinginkan - Dato' Siti Nurhaliza & Judika

8:30 AM 1 Comments
Telah kutentukan arah
yang akan ku tempuh di sisa hidupku
kerna aku temukan
kisah yang ku inginkan
yang ku impikan

Sudah ku tambatkan hati
yang selama ini berlayar tak pasti
kini telah ku temui
kasih yang ku cari
cinta yang pasti

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
kerna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
kerna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
kerna aku dan dirimu dalam ikatan janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Tetap harus bersama
mesti raga menua
di dlm cinta selamanya