Search This Blog

Wednesday, May 16, 2018

# libur # makan

Ferris Wheel Tarikan Buffet Ramadhan di Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t. Bagi yang biasa mengikuti akaun Instagram Mya, tak perlu lagi Mya membuat pengenalan panjang mengenai pasukan food hunting Mya yang selesa dipanggil ‘#a2ztrio’. Mya dan dua insan paling akrab dalam hidup Mya sepakat mula menjejaki tempat-tempat makan yang viral atau yang sedap mengikut kata penduduk setempat sejak Mya mula bekerja di Ampang setahun yang lepas. Jadi, bila ada peluang mencuba sendiri makanan yang pelbagai di Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya, #a2ztrio langsung tak lepaskan peluang. Seronok tengok ferris wheel Funtasia yang tak berhenti berpusing sambil menayangkan bermacam makanan di atasnya. Rambang mata dibuatnya. 
funtasia hotel bangi-putrajaya
Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya tawar 200 pilihan makanan dengan street-style

Ferris Wheel Makanan jadi tarikan di Funtasia

Dari Kuala Lumpur ke Hotel Bangi-Putrajaya ni tidaklah mengambil masa yang lama pun. Malah, nak mencari hotel ini pun tidaklah sesusah mana. Waze sahaja ‘Hotel Bangi-Putrajaya’ memang confirm sampai. Bagi yang biasa ke Bangi Golf Resort, hotel ini terletak bersebelahan sahaja dengan BGR ni. Hotel ni pula uniknya adalah, sebaik sahaja masuk ke lobby, awak akan berada terus di aras 3. Untuk ke Funtasia, awak boleh menggunakan tangga tengah dan turun ke aras 1. Masa ni bolehlah fefeeling princess sedang turun tangga istana bersaksikan ribuan mata yang… ahh, forget it. 

Masa kami bertiga sampai ke Funtasia ni, benda pertama yang kami nampak adalah ferris wheel yang dok buat syok berpusing betul-betul di depan pintu masuk. Nampak pulak bersusun segala jenis salad di atas ferris wheel tu, mulalah buat Mya sedikit excited. Mya memang suka sangat makan salad ni. Insya-Allah, ada masanya nanti Mya akan share video ferris wheel Funtasia di akaun instagram Mya, ya. Anyway, bukan ferris wheel sahaja yang menarik kat sini. Ada bermacam jenis makanan lagi yang perlu diberikan perhatian.

Nasi Itik, Kambing Bakar dan Satay Memikat Selera

To be honest, Mya sebenarnya sedikit bimbang mahu membawa geng #a2ztrio datang menjamu selera di sini. Sebab, kawan baik Mya tu sangatlah cerewet orangnya bila bab makanan. Risau kalau-kalau makanan yang dihidangkan tak kena dengan selera masing-masing. Tapi, bila dah cuba juadah kambing bakar dan satay yang disediakan di sini, siap bertambah lagi. Terus hilang rasa risau. Rasa nak melompat pulak yang datang. Yelah. Perut kenyang, hati senang. Apa lagi nak difikirkan?
funtasia hotel bangi-putrajaya
Kambing bakar | Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya

funtasia hotel bangi-putrajaya
Kambing bakar, nasi beriyani dan satay | Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya
Jangan risau. Kalau awak nak makan nasi berlauk atau juadah sup pun ada juga disediakan. Oh ya. Kat Funtasia ni jugak, ada dihidangkan Pan-Fried Gyoza, Pasta dan Nasi Goreng 1 minit. Jadi, kalau nak cari makanan yang lain sikit dari kebiasaan, kena cuba tiga hidangan ni. Mya kalah di medan perang makanan awal, jadi tak sempat nak merasa ketiga-tiganya. Pakcik je yang sempat. I will get mine one day.
funtasia hotel bangi-putrajaya
Buttermilk Prawn | Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya

Pencuci Mulut berwarna-warni

Serius ada bermacam jenis pencuci mulut yang boleh awak dapat di sini. Daripada barisan kuih-kuih tradisional kepada barisan cookies dan brownies yang sememangnya berwarna-warni. Mya rasa nak je ngap semua kalau tak memikirkan keadaan perut yang dah tinggal hujung-hujung bucu sahaja lagi untuk diisi. Paling best, ada ais krim, rojak pasembor, buah-buahan, serawa durian dan banyak lagi yang termasuk dalam pakej buffet ni kalau-kalau awak mahu cari kelainan untuk pilihan pencuci mulut masa berbuka ni. Memang berbaloi-baloi dengan bayaran RM120 bagi seorang dewasa dan RM60 bagi kanak-kanak. Memang kenyang. Mya tengok rata-rata yang balik semua muka puas hati.
funtasia hotel bangi-putrajaya
Desserts | Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya

funtasia hotel bangi-putrajaya
Rojak Buah | Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya

funtasia hotel bangi-putrajaya
Rojak Pasembor | Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya

Alamak, Terlupa pula Mya nak beritahu yang Funtasia ada promosi istimewa untuk pelanggan yang buat tempahan dan bayaran seawal 24 jam yang mana untuk seorang dewasa hanyalah RM90 dan RM45 bagi seorang kanak-kanak. Dan apa yang lebih istimewanya, program Jom Iftar yang dianjurkan Funtasia ni akan menyumbang kepada kempen 'Care for Hunger' dengan RM3.50 dari setiap pembelian dewasa. Pasal kemudahan surau dan tandas pun awak tak perlu risau. Surau berada aras 2 dan tandas berada sebaris dengan Funtasia. Kawasan 'open-air' pun ada, kalau-kalau awak adalah seorang perokok tegar.

So, kalau awak nak reserve tempat dan mencuba sendiri keseronokan dunia makanan yang pelbagai, call 03 8210 2222 atau terus emel ke fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com sekarang untuk promosi istimewa yang Mya beritahu kat atas tadi. So, sebelum line sesak, Mya nak pergi booking dulu ni. Siapa potong line Mya, Mya cubit pipi dia. Roger and Out.

1 comment:

  1. Ok Mya good review. Boleh la nt pcl ke sani berbuka puasa bln Ramadhan ni...nak try Nasi itik !

    ReplyDelete