Search This Blog

Thursday, May 3, 2018

Bad Samaritan - Andai masa boleh diundurkan semula

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Mya kembali dengan review pasal sebuah filem yang baru mula ditayangkan di Malaysia yang bertajuk Bad Samaritan. Filem ni mungkin kurang mendapat sambutan yang hangat, apatah lagi disebabkan oleh tarikh tayangannnya yang agak dekat dengan filem yang dinanti ramai iaitu, Infinity War. Tapi, sebelum Mya menulis panjang mengenai Bad Samaritan, Mya nak ucapkan terima kasih kepada Screenbite yang dah memilih pakcik sebagai salah seorang pemenang tiket. Mya hanya menumpang tuah sahaja.

Bad Samaritan - Andai masa boleh diundurkan semula

Samaritan, secara umumnya bermaksud seseorang yang membantu seseorang yang lain yang sedang berada dalam kesusahan. Bila Mya tengok trailer cerita ni, Mya kurang faham jugak kenapa tajuk filem ni begitu. Tetapi, tak sampai separuh cerita, kita dah boleh nampak jalan cerita yang sangat thrill, tak ada lewah and yang paling penting, semua watak dalam filem tu hidup. Memang nampak macam tak banyak pun perkembangan dalam plot cerita ni. Tapi, seriously, it was fun and worth the time.
bad samaritan

Bad Samaritan secara ringkasnya menceritakan tentang dua orang perompak yang memecah masuk setiap rumah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan valet mereka. Namun, langkah mereka terjerat apabila salah seorang dari mereka memecah masuk rumah seorang daripada pelanggan mereka dan menemui apa yang tidak sepatutnya dia temui. Plot bermula apabila pelanggan itu rupanya seorang psikopat dan mula menghukum dia sebagai balasan kerana dia merompak dan demi menutup mulut atas apa yang sudah diketahuinya.

Filem ni dah cukup dengan elemen thrill and suspense. Tapi bertambah-tambah lagi bila ada beberapa orang penonton lain yang duduk di belakang kami yang menjerit setiap kali sesuatu terjadi. Sumpah, Mya dengan pakcik sama-sama dua kali ganda terkejut. Tapi, cukup nicelah kalau awak memang mencari filem yang bergenre macam ni untuk freshkan balik fikiran awak yang serabut tu. Keluar wayang, kepala kosong. Sebab terkejut banyak sangat kosong.

Anyway, abaikan rating di Rotten Tomatoes yang cuma beri rating 6.4/10 je untuk filem ni. You have to watch it and rate it yourself. Mya boleh bagi rating 7.3/10 untuk filem ni walaupun jalan cerita dan persembahan filem ni ringkas sangat. Sebab thrill and suspense elements yang disumbatkan dalam filem ni memang menjadi sangat-sangat. Awak tengok dulu, baru awak faham maksud Mya. Roger and Out.

1 comment: