Search This Blog

Saturday, April 21, 2018

Ringkasan Kemunculan Superhero The Avengers: Infinity War

Assalamualaikum w.b.t. Demam The Avengers: Infinity War kian terasa. Mana tidaknya, untuk filem terakhir daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) kali ini akan menampilkan semua watak dari siri Marvel termasuklah semua barisan pelakon dari The Avengers: Age of Ultron, Guardians of the Galaxy 2, Doctor Strange dan Black Panther. Dibayangkan akan menjadi layar lakonan terbesar dalam sejarah perfileman kerana melibatkan kesemua watak yang ada dalam komik Marvel. Semestinya, The Avengers: Infinity Wars adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh peminat-peminat MCU.

Ringkasan Kemunculan Superhero The Avengers: Infinity War 

Tapi, sebelum kita pergi ke wayang dan tonton The Avengers: Infinity War yang akan ditayangkan pada 25 April ini, kita recap balik secara ringkas mengenai kemunculan setiap superhero yang ada, termasuk bagaimana mereka bertemu dan bergabung di akhirnya demi menjaga keamanan Bumi. 

Bermula pada tahun 2008, Tony Stark, si jutawan muda yang memperkenalkan Iron Man buat kali pertama, yang diciptanya untuk menyelamatkan diri dari tahanan terrorist. Tak lama selepas itu, timbul pula kes Bruce Banner, seorang saintis yang mencari penawar untuk dirinya sendiri yang terdedah kepada sinaran Gamma, yang mana mengakibatkan dia boleh berubah menjadi The Hulk apabila marah. 
Dalam tahun 2011, Marvel memperkenalkan watak Thor dan Captain Amerika dalam filem masing-masing, selepas menampilkan Black Widow di dalam Iron Man 2 pada tahun 2010. Thor yang diusir keluar dari Asgard, kini menetap di bumi bersama Jane Foster yang dikenalinya semasa dia cuba mendapatkan semula tukul Mjolnir-nya. Steve Rogers, atau lebih dikenali sebagai Captain America sebenarnya adalah seorang lelaki yang tidak berjaya menyertai angkatan tentera kerana susuk tubuhnya yang kecil, berlatarbelakangkan tahun 1941. Dia kemudiannya terpilih menyertai satu program khas yang mengubah penampilan dirinya. Dalam filem ini, dia perlu menentang kumpulan Nazi yang menggunakan kuasa dari HYDRA sebelum akhirnya, dia dan kiub ajaib itu beku di dalam ais selama 70 tahun. 
Filem The Avengers pertama yang ditayangkan pada 2012 merupakan kemuncak pertama yang mana menarik perhatian para bukan-peminat-siri-MCU untuk mula mengambil tahu mengenai siri ini. Watak The Hawkeye, pasangan Black Widow dalam SHIELD mula-mula diperkenalkan dari filem ini. Lelaki itu kemudiannya berada di bawah pengaruh minda yang dilakukan oleh Loki, adik angkat Thor. The Avengers merupakan idea pengarah SHIELD, Nick Fury sendiri, kononnya diilhamkan dari kes serangan The Frost Giant yang dihantar Loki untuk membunuh Thor dalam filem Thor(2011). Di sini, batu infiniti pertama diperkenalkan. 
Moving forward, Marvel kembali dengan Iron Man 3 dan Thor: The Dark World dalam tahun 2013, setahun selepas The Avengers. Dalam Iron Man 3, Stark menunjukkan kesemua koleksi Iron Man yang telah dibinanya sebelum dimusnahkan dalam babak terakhir selepas menyelamatkan kekasihnya Pepper Potts. Thor, kembali semula ke bumi dengan sedikit kuasa dari Heimdall selepas Jane tiba-tiba hilang di antara dimensi disebabkan oleh batu infiniti kedua. Dalam 2014, Captain Amerika bersatu dengan Black Widow dan Falcon menentang Bucky, rakan seperjuangannya semasa tahun 1941, dalam The Winter Soldier.
Dalam semua pengikut siri ini bertumpu kepada watak-watak yang muncul dalam The Avengers, tahun 2014 ini, Marvel memperkenalkan Guardians of the Galaxy, sekumpulan banduan yang cuba menjual sebentuk batu yang mengandungi kuasa luar bandingan. Filem ini kemudiannya diikuti dengan filem The Avengers kedua, Age of Ultron, yang mana menghidupkan android bernama Vision dari batu infiniti keempat. Di sini juga merupakan kemunculan pertama Wanda a.k.a Scarlet Witch yang kehilangan kembarnya, Pietro a.k.a Quicksilver, dalam tahun 2015.
Tahun 2016, sebelum kita diperkenalkan dunia magik Doctor Strange yang memanipulasi masa menggunakan kuasa batu infiniti kelima, Mya nak sebut sedikit sahaja mengenai filem Captain America: The Civil War yang berkisahkan perang saudara antara team Iron Man dan team Captain America. Secara ringkas, Marvel mengumumkan Spiderman kini adalah sebahagian daripada The Avengers dengan menampilkan watak itu dalam adegan bersejarah itu, yang mana turut menampilkan Black Panther yang datang dari Wakanda. 
Demi melengkapkan siri, kita dihidangkan dengan Guardians of the Galaxy 2 yang menampilkan watak Mantis dan juga filem Spider-Man Homecoming yang menceritakan alliance antara Peter dan Stark dalam tahun 2017. Thor menutup siri Marvel 2017 apabila bertemu semula dengan Hulk yang tersesat ke planet aneh dalam Thor Ragnarok, yang mana menampilkan Doctor Strange dan Hela, kakak kandung Thor, yang mahukan tempatnya dalam takhta. Seperti keluarga diraja lain yang terpalit masalah pewarisan takhta, Black Panther bertemu semula dengan sepupunya yang berdendam selama bertahun-tahun dalam filemnya sendiri yang keluar pada Februari tahun ini. 
Siri MCU akhirnya akan melabuhkan tirainya selepas sepuluh tahun dari filem Iron Man pertama dengan Infinity War, menampilkan watak super-villain bernama Thanos. Banyak spekulasi yang mula berlegar dalam dunia perfileman mengenai watak ini dan juga mengenai batu infiniti yang sebenarnya menjadi punca kekecohan across the Marvel Universe. Apa sebenarnya cerita sebalik setiap batu tu, Mya akan terangkan in next entry. So, sementara tu, Mya nak seru semangat The Avengers dulu sesambil cuci mata tengok Doctor Strange ni. Roger and Out.

Sumber gambar: Google.

3 comments:

  1. Timeline dia kadang overlap and ada kaitan antara satu sama lain. Saja kan nak suruh tengok balik semua movies nya. Hhee

    ReplyDelete
  2. Cik akak paling suka filem thor tu..balik2 ulang tayang nonton..tak kira banyak kali nonton. Tetap minat

    ReplyDelete
  3. Mai pernah masuk salah satu cerita Marvel ni, memang tak faham apa sbb lompat kan, sepatutnya kena tengok ikut turutan, haha.

    ReplyDelete