Search This Blog

Sunday, April 29, 2018

Baiti Jannati bawa makna sebenar dalam nama

Assalamualaikum w.b.t dan selamat berhujung minggu untuk semua pembaca kesayangan Mya. Before Mya menulis lebih panjang, Mya nak tanya kalau-kalau awak tahu mengenai Program Baiti Jannati yang sedang dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? Sewaktu mula-mula Mya terbaca mengenai program ni secara tidak sengaja beberapa hari lalu, Mya terkejut juga apabila mendapat tahu mengenaiProgram Baiti Jannati ni. Jadi, atas dasar rasa ingin tahu yang mendalam, Mya pun mencari maklumat lebih dalam mengenai program ini.

Baiti Jannati bawa makna sebenar dalam nama

Baca punya baca, barulah Mya faham yang program nisebenarnya adalah usahasama beberapa agensi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), DBKL, Yayasan Wilayah Persekutuan, Celcom, Pavilion dan TNB. Program Baiti Jannati ni katanya bertujuan untuk membantu golongan asnaf untuk memiliki rumah sendiri terutamanya untuk mereka yang sudah menyewa di Program Perumahan Rakyat (PPR) selama bertahun-tahun.
Baiti Jannati
YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor
menyampaikan sumbangan untuk Program Baiti Jannati
Mereka yang terpilih ni bukan sahaja akan mendapat hakmilikan rumah sepenuhnya. Malah, dilengkapkan jugak dengan perabot-perabot yang lebih baik dan selesa. Mana-mana struktur rumah yang rosak juga dibaiki. Faham-faham sajalah kalau rumah dibawah PPR yg sudah berusia lebih 20 tahun. Mestilah ada bahagian yang patut ditukar ganti. Daripada apa yang Mya baca, MAIWP menyumbangkan RM 819,000 kepada DBKL untuk program ni.

Macam yang awak semua boleh lihat dari gambar yang Mya pinjam dari laman BERNAMA ini, awak boleh nampak yang rumah lama salah seorang golongan asnaf di PPR Kerinchitelah diubah suai dan ditambah perabot. Memang nampak seperti rumah baru walaupun beliau dah menyewa di rumah tu sejak 20 tahun lepas bersama ibunya.



Program Baiti Jannati ini sebenarnya dah lama pun diperkenaloleh NBOS sebagai satu inisiatif untuk membantu rakyat, terutamanya golongan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa. Tapi, biasalah. Warga kurang membaca macam Mya ni baru dapat tahu bila dah kaji dalam-dalam macam ni. Oh ya. Untuk program ini, antara PPR yang terlibat ialah PPR Beringin, PPR Pantai Ria, PPR Kampung Limau, PPR Kerinchi dan PPR Sri Sabah.

Mya harap sangat program yang baik dan sangat membantu macam ni diteruskan lagi sampai bila-bila. Setidaknya, warga yang kurang berkemampuan juga berpeluang untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa. Biarlah kita sama-sama merasa. Roger and Out.

Sumber gambar : Laman KWP dan BERNAMA

34 comments:

  1. Terbaik la program ni. Baru lah membantu golongan yang betul2 layak

    ReplyDelete
  2. Siap dgn perabot? Seronok la dpt rumah mcm ni... Xpyh pening2 pikir beli brg rumah.. semua dh sedia ada

    ReplyDelete
  3. Usaha kerajaan utk memastikan rakyat memiliki rumah sangat baik. So, kena cepat2 mohon. Jangan sampai ketinggalan

    ReplyDelete
  4. bgus inisiatif ini dpt membantu rakyat

    ReplyDelete
  5. baguslah ada program mcm ni yg sgt prihatin dgn golongan asnaf ...

    ReplyDelete
  6. wah cantiknya lepas dah diubahsuai..ala PPR tmpt akak tak tersenarai plak..nk jugak apply..haha...

    ReplyDelete
  7. wah cantiknya lepas dah diubahsuai..ala PPR tmpt akak tak tersenarai plak..nk jugak apply..haha...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...beban yang mereka tanggung selama ni dah pun beransur bila ada program seperti ini

    ReplyDelete
  9. bagusnya ada inisiatif mcm ni. dapat bantu golongan kurang berkrmampuan.

    ReplyDelete
  10. ohh rupanya program ni untuk tolong golongan asnaf untuk memiliki rumah sendiri terutamanya untuk mereka yang sudah menyewa di PPR selama bertahun

    ReplyDelete
  11. Semoga program ini dpt diteruskan!

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah ada program sebegini yg mbantu golongan asnaf mendapatkan rumah

    ReplyDelete
  13. Bagusnya program Baiti Jannati..seindah namanya kan

    ReplyDelete
  14. Oh, first time dengar pasal ni... Menariknya...

    ReplyDelete
  15. Bagus sangat program baiti jannati ni, terbaik DBKL ! ;)

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete
  16. semoga bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaatkan kepada penerimanya.

    ReplyDelete
  17. Betul tu. Biarlah sikit, janji semua dpt merasa...

    ReplyDelete
  18. Untungnya orang wilayah, rugi siapa tak apply.

    ReplyDelete
  19. woww terbaik la baiti jannati ni! :D

    ReplyDelete
  20. Inisiatif ni wajar teruskan, sangat membantu... :)

    ReplyDelete
  21. Sebenarnye ena pon baru tahu 😁 tq share info.

    ReplyDelete
  22. Untungnya mereka. Rezeki kan.

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, ada yang sudi bantu semoga program seperti ni di teruskan bagi yang memerlukan

    ReplyDelete
  24. alhamdullilah.. bantuan kepada yg memerlukan.

    ReplyDelete
  25. Program yang menarik. Alhamdulillah dapat membantu .

    ReplyDelete
  26. Bagus betul bantuan mcm ni.. baru lah rumah selesa dan rasa mcm baru kan.. :)

    ...

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah. ringan sikit beban untuk yang memerlukan.

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah... Rezeki buat mereka yang terpilih.

    ReplyDelete