Search This Blog

Sunday, April 29, 2018

Baiti Jannati bawa makna sebenar dalam nama

3:50 PM 34 Comments
Assalamualaikum w.b.t dan selamat berhujung minggu untuk semua pembaca kesayangan Mya. Before Mya menulis lebih panjang, Mya nak tanya kalau-kalau awak tahu mengenai Program Baiti Jannati yang sedang dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? Sewaktu mula-mula Mya terbaca mengenai program ni secara tidak sengaja beberapa hari lalu, Mya terkejut juga apabila mendapat tahu mengenaiProgram Baiti Jannati ni. Jadi, atas dasar rasa ingin tahu yang mendalam, Mya pun mencari maklumat lebih dalam mengenai program ini.

Baiti Jannati bawa makna sebenar dalam nama

Baca punya baca, barulah Mya faham yang program nisebenarnya adalah usahasama beberapa agensi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), DBKL, Yayasan Wilayah Persekutuan, Celcom, Pavilion dan TNB. Program Baiti Jannati ni katanya bertujuan untuk membantu golongan asnaf untuk memiliki rumah sendiri terutamanya untuk mereka yang sudah menyewa di Program Perumahan Rakyat (PPR) selama bertahun-tahun.
Baiti Jannati
YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor
menyampaikan sumbangan untuk Program Baiti Jannati
Mereka yang terpilih ni bukan sahaja akan mendapat hakmilikan rumah sepenuhnya. Malah, dilengkapkan jugak dengan perabot-perabot yang lebih baik dan selesa. Mana-mana struktur rumah yang rosak juga dibaiki. Faham-faham sajalah kalau rumah dibawah PPR yg sudah berusia lebih 20 tahun. Mestilah ada bahagian yang patut ditukar ganti. Daripada apa yang Mya baca, MAIWP menyumbangkan RM 819,000 kepada DBKL untuk program ni.

Macam yang awak semua boleh lihat dari gambar yang Mya pinjam dari laman BERNAMA ini, awak boleh nampak yang rumah lama salah seorang golongan asnaf di PPR Kerinchitelah diubah suai dan ditambah perabot. Memang nampak seperti rumah baru walaupun beliau dah menyewa di rumah tu sejak 20 tahun lepas bersama ibunya.



Program Baiti Jannati ini sebenarnya dah lama pun diperkenaloleh NBOS sebagai satu inisiatif untuk membantu rakyat, terutamanya golongan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa. Tapi, biasalah. Warga kurang membaca macam Mya ni baru dapat tahu bila dah kaji dalam-dalam macam ni. Oh ya. Untuk program ini, antara PPR yang terlibat ialah PPR Beringin, PPR Pantai Ria, PPR Kampung Limau, PPR Kerinchi dan PPR Sri Sabah.

Mya harap sangat program yang baik dan sangat membantu macam ni diteruskan lagi sampai bila-bila. Setidaknya, warga yang kurang berkemampuan juga berpeluang untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa. Biarlah kita sama-sama merasa. Roger and Out.

Sumber gambar : Laman KWP dan BERNAMA

Sunday, April 22, 2018

Batu Infiniti | The Avengers: Infinity War

8:30 AM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang dijanjikan dalam entry Mya yang sebelum ni, Mya nak bercerita pasal Batu Infiniti yang menjadi punca kekecohan dalam Marvel Universe. Mya tahu, ramai yang masih tertanya mengenai Batu Infiniti ni. Dah kenapa sebab enam ketul batu ni je, habis seluruh universe ni dapat masalah? Dan yang paling penting, siapa Thanos ni dalam siri MCU ni? Walaupun rupanya tidak berapa ku kenali, tetapi namanya sudah berkali-kali ku dengari.
Batu infiniti pertama mula diperkenal dalam filem The Avengers pertama yang menampilkan Iron Man, Captain America, Thor, Black Widow, Hulk dan The Hawkeye dengan nama Tesseract. Berkuasa dalam memanipulasi ruang dan dimensi, Loki menggunakan kiub biru ini untuk membuka portal untuk membenarkan Chitauri masuk ke ruang bumi dengan bantuan Professor Erik Selvig.
Batu infiniti kedua pula telah memasuki tubuh Jane Foster dalam filem Thor: The Dark World dengan bentuk cecair berwarna merah, membolehkan tubuh orang yang dimasukinya memiliki kekuatan luar biasa. Dikenali dengan nama Aether, kini disimpan di Knowhere, di bawah jagaan pengumpul bernama Tivan. Di penghujung filem ini, Jane dan Thor telah menghentikan Malekith yang cuba menggunakan kuasa Aether untuk mengembalikan zaman kegelapan ke seluruh alam semesta. Namun begitu, Thor telah melihat Aether dalam bentuk batu dalam ramalannya dalam filem The Avengers: Age of Ultron.
Batu kuasa, batu berwarna ungu ini pada awalnya menjadi rebutan antara Gamora dan Quill dalam filem Guardians of the Galaxy yang pertama. Namun, apabila melihat kuasa yang terkandung di dalam batu itu yang boleh membakar Carina(pembantu Tivan) dengan sekelip mata, Quill percaya batu itu tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan yang salah. Diburu oleh Yondu dan Nebula yang menjadi pembantu Ronan ketika ini, Quill memilih untuk menyelamatkan Xandar yang menjadi sasaran Ronan. Batu kuasa itu akhirnya disimpan di bawah jagaan kerajaan Planet Xandar selepas kuasanya digunakan dalam memusnahkan Ronan oleh empat sekawan itu.
Kuasa tongkat sakti yang digunakan Loki tidak hanya berakhir ketika The Avengers mematikan rancangannya menguasai bumi dengan jajahan Chitauri. Batu Minda yang digunakan untuk memukau Hawkeye dan Professor Erik Selvig itu diletakkan dibawah jagaan SHIELD, namun akhirnya terlepas ke tangan HYDRA angkara ejen rahsia. Kuasa batu kuning itu akhirnya digunapakai dalam eksperimen kepada pasangan kembar, Wanda dan Pietro Maximoff, yang akhirnya memiliki kuasa telekinetic dan telepati. Thor yang telah melihat di dalam ramalannya, percaya batu itu layak di jaga oleh Vision, android yang direka oleh Ultron dan digabungkan dengan kepintaran teknologi Jarvis, pembantu maya Tony Stark.
Memanipulasi masa tanpa halangan merupakan kebolehan yang akan dimiliki oleh pengguna kuasa batu Masa berwarna hijau ini. Doctor Strange yang sememangnya penuh dengan rasa ingin tahu, akhirnya berjaya menguasai kebolehan itu sewaktu menetap di Kamar-Taj dan telah berjaya menggunakan kuasa itu ketika menentang Dormammu dan konco-konconya. Batu Masa ini kekal di bawah jagaan Doctor Strange dan Wong di Kamar-Taj.
Batu terakhir, batu Jiwa ini merupakan misteri terbesar dalam sejarah Marvel Universe. Klu mengenai batu ini hanya sekali disebut oleh Wong, di mana dinyatakan bahawa batu ini memiliki kuasa paling hebat antara enam batu infiniti yang menjadi buruan Thanos. Keenam-enam batu ini boleh digunakan dengan bantuan Infinity Gauntlet yang kini dalam simpanan Thanos.

“The entire time I knew him, he only ever had one goal: To wipe out half the universe. If he gets all the Infinity Stones, he can do it with the snap of his fingers. Just like that.” -Gamora.

Jadi, kalau nak tahu apa misteri di sebalik batu keenam dan berjayakah The Avengers menghalang Thanos dari memusnahkan alam semesta, kita sama-sama nantikan di pawagam Rabu, 25 April ini. Mya tak sabar nak tengok para superhero dari seluruh pelusuk alam Marvel Universe bergabung. Dahlah masing-masing dengan kepala masing-masing. Okey, jom sambung berangan. Roger and Out, guys.

Sumber gambar: Google

Saturday, April 21, 2018

Ringkasan Kemunculan Superhero The Avengers: Infinity War

1:47 PM 3 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Demam The Avengers: Infinity War kian terasa. Mana tidaknya, untuk filem terakhir daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) kali ini akan menampilkan semua watak dari siri Marvel termasuklah semua barisan pelakon dari The Avengers: Age of Ultron, Guardians of the Galaxy 2, Doctor Strange dan Black Panther. Dibayangkan akan menjadi layar lakonan terbesar dalam sejarah perfileman kerana melibatkan kesemua watak yang ada dalam komik Marvel. Semestinya, The Avengers: Infinity Wars adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh peminat-peminat MCU.

Ringkasan Kemunculan Superhero The Avengers: Infinity War 

Tapi, sebelum kita pergi ke wayang dan tonton The Avengers: Infinity War yang akan ditayangkan pada 25 April ini, kita recap balik secara ringkas mengenai kemunculan setiap superhero yang ada, termasuk bagaimana mereka bertemu dan bergabung di akhirnya demi menjaga keamanan Bumi. 

Bermula pada tahun 2008, Tony Stark, si jutawan muda yang memperkenalkan Iron Man buat kali pertama, yang diciptanya untuk menyelamatkan diri dari tahanan terrorist. Tak lama selepas itu, timbul pula kes Bruce Banner, seorang saintis yang mencari penawar untuk dirinya sendiri yang terdedah kepada sinaran Gamma, yang mana mengakibatkan dia boleh berubah menjadi The Hulk apabila marah. 
Dalam tahun 2011, Marvel memperkenalkan watak Thor dan Captain Amerika dalam filem masing-masing, selepas menampilkan Black Widow di dalam Iron Man 2 pada tahun 2010. Thor yang diusir keluar dari Asgard, kini menetap di bumi bersama Jane Foster yang dikenalinya semasa dia cuba mendapatkan semula tukul Mjolnir-nya. Steve Rogers, atau lebih dikenali sebagai Captain America sebenarnya adalah seorang lelaki yang tidak berjaya menyertai angkatan tentera kerana susuk tubuhnya yang kecil, berlatarbelakangkan tahun 1941. Dia kemudiannya terpilih menyertai satu program khas yang mengubah penampilan dirinya. Dalam filem ini, dia perlu menentang kumpulan Nazi yang menggunakan kuasa dari HYDRA sebelum akhirnya, dia dan kiub ajaib itu beku di dalam ais selama 70 tahun. 
Filem The Avengers pertama yang ditayangkan pada 2012 merupakan kemuncak pertama yang mana menarik perhatian para bukan-peminat-siri-MCU untuk mula mengambil tahu mengenai siri ini. Watak The Hawkeye, pasangan Black Widow dalam SHIELD mula-mula diperkenalkan dari filem ini. Lelaki itu kemudiannya berada di bawah pengaruh minda yang dilakukan oleh Loki, adik angkat Thor. The Avengers merupakan idea pengarah SHIELD, Nick Fury sendiri, kononnya diilhamkan dari kes serangan The Frost Giant yang dihantar Loki untuk membunuh Thor dalam filem Thor(2011). Di sini, batu infiniti pertama diperkenalkan. 
Moving forward, Marvel kembali dengan Iron Man 3 dan Thor: The Dark World dalam tahun 2013, setahun selepas The Avengers. Dalam Iron Man 3, Stark menunjukkan kesemua koleksi Iron Man yang telah dibinanya sebelum dimusnahkan dalam babak terakhir selepas menyelamatkan kekasihnya Pepper Potts. Thor, kembali semula ke bumi dengan sedikit kuasa dari Heimdall selepas Jane tiba-tiba hilang di antara dimensi disebabkan oleh batu infiniti kedua. Dalam 2014, Captain Amerika bersatu dengan Black Widow dan Falcon menentang Bucky, rakan seperjuangannya semasa tahun 1941, dalam The Winter Soldier.
Dalam semua pengikut siri ini bertumpu kepada watak-watak yang muncul dalam The Avengers, tahun 2014 ini, Marvel memperkenalkan Guardians of the Galaxy, sekumpulan banduan yang cuba menjual sebentuk batu yang mengandungi kuasa luar bandingan. Filem ini kemudiannya diikuti dengan filem The Avengers kedua, Age of Ultron, yang mana menghidupkan android bernama Vision dari batu infiniti keempat. Di sini juga merupakan kemunculan pertama Wanda a.k.a Scarlet Witch yang kehilangan kembarnya, Pietro a.k.a Quicksilver, dalam tahun 2015.
Tahun 2016, sebelum kita diperkenalkan dunia magik Doctor Strange yang memanipulasi masa menggunakan kuasa batu infiniti kelima, Mya nak sebut sedikit sahaja mengenai filem Captain America: The Civil War yang berkisahkan perang saudara antara team Iron Man dan team Captain America. Secara ringkas, Marvel mengumumkan Spiderman kini adalah sebahagian daripada The Avengers dengan menampilkan watak itu dalam adegan bersejarah itu, yang mana turut menampilkan Black Panther yang datang dari Wakanda. 
Demi melengkapkan siri, kita dihidangkan dengan Guardians of the Galaxy 2 yang menampilkan watak Mantis dan juga filem Spider-Man Homecoming yang menceritakan alliance antara Peter dan Stark dalam tahun 2017. Thor menutup siri Marvel 2017 apabila bertemu semula dengan Hulk yang tersesat ke planet aneh dalam Thor Ragnarok, yang mana menampilkan Doctor Strange dan Hela, kakak kandung Thor, yang mahukan tempatnya dalam takhta. Seperti keluarga diraja lain yang terpalit masalah pewarisan takhta, Black Panther bertemu semula dengan sepupunya yang berdendam selama bertahun-tahun dalam filemnya sendiri yang keluar pada Februari tahun ini. 
Siri MCU akhirnya akan melabuhkan tirainya selepas sepuluh tahun dari filem Iron Man pertama dengan Infinity War, menampilkan watak super-villain bernama Thanos. Banyak spekulasi yang mula berlegar dalam dunia perfileman mengenai watak ini dan juga mengenai batu infiniti yang sebenarnya menjadi punca kekecohan across the Marvel Universe. Apa sebenarnya cerita sebalik setiap batu tu, Mya akan terangkan in next entry. So, sementara tu, Mya nak seru semangat The Avengers dulu sesambil cuci mata tengok Doctor Strange ni. Roger and Out.

Sumber gambar: Google.

Monday, April 16, 2018

Tempah kad nama yang murah dan menarik dengan MYAGRAPHIC

12:39 PM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Monday blues ke tu? Kalau Mya, dah tak ada dah istilah monday blues. Sebab memang hari-hari blues. Mungkin Mya patut start menabung semula dan pergi bercuti. Siapa setuju? Tapi, sebelum tu, Mya nak cerita kat awak semua cara nak dapatkan kad nama murah di MYAGRAPHIC. Apa benda pulaklah yang Mya ni nak bebelkan ye? MYAGRAPHIC ni sejujurnya adalah usahasama tiga orang wanita untuk bantu orang ramai yang nak dapatkan kad nama atau apa sahaja design yang nak dicetak dengan kualiti yang terbaik dan dengan harga yang berpatutan.

Tempah kad nama yang murah dan menarik dengan MYAGRAPHIC


Dengan MYAGRAPHIC ni, awak bukan sahaja boleh tempah kad nama peribadi atau bisnes sahaja, malah boleh juga menempah kad jemputan kahwin, tag terima kasih dan stiker untuk kegunaan korang. Beritahu je awak nak tema macam mana, warna apa, semua permintaan akan cuba dipenuhi. Kalau tak percaya, awak boleh cuba tengok contoh-contoh tempahan di MYAGRAPHIC.net ataupun di akaun instagram rasmi mereka : myagraphic

Sebenarnya, yang sebenar-benarnya, Mya nak share yang mereka ni tengah adakan promo #20FOR100 yang mana mereka tawarkan cuma RM20 je untuk 100pcs kad nama. Bukan senang nak dapatkan promo yang BAEKKK macam ni kat tempat lain. Tak ada syarat apa pun. Full color dan kertas berkualiti. Yang penting, book slot sekarang, sebelum jam 11 malam, 18 April ni. Mya dah dapat tempah dan dah dapat Mya punya. Awak punya turn sekarang.
Okeylah, Mya nak sambung selesaikan masalah coding bercelaru ni kejap. Adalah tu tanda semi-colon tertinggal kat mana-mana. Nanti kita sambung sembang lagi di lain masa. Mya nak cerita pasal homestay yang Mya sewa minggu lepas juga. See you later. Roger and Out.

Monday, April 2, 2018

Ready Player One: Easter Egg untuk Gamers

10:00 AM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Hai. Salam Isnin, hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. kesayangan kita. Bermula semalam, kita sudahpun masuk ke bulan keempat dalam kalendar Masihi dan lebih kurang 44 hari lagi, kita akan memasuki bulan suci Ramadhan Al-Kareem. Anyway, hari ni sebenarnya Mya nak review sikit pasal filem terbaru arahan Steven Spielberg, iaitu 'Ready Player One'. Filem ini baru je mula ditayangkan di pawagam pada 29 Mac yang lepas.

Ready Player One: Easter Egg untuk Gamers

Jargon Easter Egg ni sebenarnya familiar sangat untuk para pemain permainan video, yang mana membawa maksud yang sama seperti perayaan Easter Egg di barat. Developer biasanya meninggalkan Easter Egg di dalam permainan sebagai mesej rahsia atau hadiah istimewa untuk pemain yang dapat jumpa, baik secara sengaja ataupun tidak.


Berlatar-belakangkan tahun 2045, di mana dunia permainan video mula bermaharaja lela, semua watak di dalam filem in merupakan pemain permainan video yang dinamakan OASIS, yang mana telah dicipta oleh James Halliday, yang mati beberapa tahun sebelumnya. Tapi, sebelum Halliday mati, dia telah meninggalkan satu video yang memberitahu dunia bahawa dia telah meninggalkan 3 buah kunci sebagai Easter Egg di dalam permainan ini. 

Well, I can't tell you much. Tapi, bagi Mya, Spielberg sebenarnya telah meninggalkan banyak Easter Egg buat penonton yang Mya pasti, rata-ratanya adalah peminat filem dan juga gamers pada masa yang sama. Sebab itulah, Mya tak terkejut kalau ramai yang beri rating tinggi untuk filem ni yang menunjukkan apa itu Virtual Reality(VR) yang sebenarnya. In short, cinematography, storyline, lakonan dan almost everything dalam filem ini memang layak dapat pujian tinggi.

Jadi, untuk gamers yang belum tengok filem ni, cepat-cepat book your ticket and tonton filem ni. Bawa sekali kawan-kawan yang bukan gamers tu. Silap-silap boleh ubah diorang jadi gamers pulak in future *gelak jahat* Rogers and Out, guys.