Search This Blog

Thursday, January 25, 2018

# info # libur

Main dan Menang dengan Fly & Win CNY Challenge Traveloka

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Macam mana mood hari ni? Mya harap awak semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Mya sendiri macam mana? Keletihan sikit sebab belum sempat nak berehat dengan betul selepas balik dari Langkawi hujung minggu lepas. Terus kena kejar deadline projek pulak. Okey, I’m dead. Nak sambung cuti lagi, please. Percutian tempoh haripun sebenarnya agak mengejar masa tapi masih terasa sempurna sebab keluarga Mya semuanya ada. Oh ya. Sebenarnya Mya baru dapat tahu Traveloka ada buat contest terbaru. Fly & Win CNY Challenge namanya kalau tak silap Mya. Yang bestnya, contest kali ni dalam bentuk mini game. Serius senang sangat nak join. Tapi, bercakap bab nak menang tu, Mya dari tadi main Fly & Win CNY Challenge ni asyik kalah je.

Sebelum Mya nak cerita tentang cara main yang senang sangat tu, awak semua kenalah ke laman web Traveloka dulu. Yelah. Kalau tidak, mana nak dapat masuk dan main mini game-nye ye dok? So, untuk mudahkan awak, Mya sediakan terus pautan untuk terus ke halaman mini game Traveloka CNY 2018 Contest ni. Tugas awak cumalah perlu login menggunakan akaun Facebook awak yang sah dan awak dah boleh mulakan bermain. Satu benda Mya nak pesan. Waktu main ni, mohon ada kesabaran dan tahap fokus yang tinggi. Mini game ni memang serius mudah je. Tapi, bila dah asyik kalah macam Mya ni, mungkin ada hilang sabar sedikit. Sedikit je la. 

Cara Permainan Fly & Win CNY Challenge Traveloka

Okey, cara nak main pulak, macam Mya cakap dari awal tadi, memang tersangatlah mudah. Awak cuma perlu tap pada skrin *untuk yang menggunakan smartphone* atau klik mouse *untuk yang menggunakan PC*. Syarat utamanya, awak perlu pastikan kapal terbang awak tidak jatuh ke tanah atau terlanggar halangan yang ada dalam mini game ini. Halangan yang mungkin ada terdiri daripada bangunan terkenal yang ada di seluruh dunia, contohnya, Tokyo Tower, Eiffel Tower dan Menara Pisa. Oh ya, halangan bukan sahaja di bahagian bawah, malahan di bahagian udara. Watch out for hot air balloon, kites dan airplane yang mungkin menghalang perjalanan udara awak. Oh ya. Dan awan juga. Eh, macam banyak pulak rahsia mini game ni yang Mya dah share dengan awak semua. Zip mulut balik.
Eh, siapa kata permainan ni hanya terhad kepada mengelak halangan dan terbang di tengah-tengah sahaja? Awak boleh jugak tambah markah awak dengan merebut angpow merah yang kebiasaannya berada di bahagian atas. Jadi, in short, cara mudah untuk faham pemarkahan dalam mini game Fly & Win ni adalah 1 markah untuk setiap halangan yang berjaya dielak dan 10 markah tambahan untuk setiap angpow yang berjaya awak rebut. Just nice and simple. Tapi, agak menguji jiwa. Sabar je la Mya oii. Latihan kesabaran diri namanya ni. Bad temper tu cuba buang sikit.

Tempoh dan Hadiah Fly & Win CNY Challenge Traveloka

Sebelum terlupa, Mya nak beritahu yang contest ni available untuk lebih kurang sebulan je, iaitu mula 22 Januari tempoh hari sehinggalah 28 Februari nanti. Jadi, kalau awak nak menang hadiah bercuti ke Seoul, Korea ataupun berbulan madu di Phuket, Thailand dengan percuma, jom join Mya main mini game ni sekarang jugak. Kita lawan markah siapa lebih tinggi. Nanti pihak Traveloka akan pilih pulak tiga markah tertinggi untuk lawan dalam peringkat GRAND FINALE. Nampak gayanya, kalau Mya betul-betul nak menang percutian ke Korea tu, Mya kenalah practise lebih banyak lagi ni. Sekarang ni macam belum nampak masa depan yang cerah lagi untuk menang. Asyik terlanggar hot air balloon je dari tadi. Terus malu nak submit score. Oh ya. Untuk submit score kepada pihak Traveloka, pastikan awak klik share untuk ajak kawan-kawan Facebook lain pun join sama.
Markah Mya paling tinggi buat masa ni cuma 53 je. Ada jugak Mya tengok kawan-kawan lain yang dah cecah 100 dan ke atas. Sebab tu, Mya rasa tercabar sangat-sangat. Tak adalah nak kata yang Mya ni mobile gamers atau apa, tapi kalau nak difikirkan teknikal game yang hanya melibatkan tap-tap dan mengelak halangan, buatkan Mya rasa geram sebab masih belum berjaya kumpul markah yang banyak. Tapi biasanya, lagi kita nampak game tu simple, lagi mencabar sebenarnya. Sebab tu, Mya kurang main game dalam PC atau mobile ni. Terus pilih physical game yang Mya rasa lebih yakin boleh menang berbanding game dalam skrin ni.

Apa-apapun, Mya nak seru semua kawan-kawan dan rakan pembaca sekalian untuk join sama dalam contest kali ni. Siapa yang dah main tu, bolehlah kongsikan markah tertinggi awak semua dalam ruangan komen di bawah ni. Mana tahu, ada dalam kalangan pembaca blog Mya ni yang berjaya memenangi salah satu daripada tiga hadiah utama. Bolehlah nak tumpeng bangga sipi-sipi. Mya pun nak teruskan lagi main sampai dapat markah yang cantik sikit. Dapat ke Pulau Langkawi sekali lagi pun dah cukup terbaik dah untuk Mya. Al-maklumlah, hati dan jiwaku masih tertinggal di sana, walaupun jasad dah mula bekerja sejak Isnin lagi. Jangan lupa share markah awak kat komen tau. Roger and Out.

2 comments:

  1. syok tu hadiahnya ke luar negara kn kalo terpilih sbg pemenang

    ReplyDelete
  2. dah main tp asyik terlanggar layang² je 😂😂

    ReplyDelete