Search This Blog

Sunday, January 7, 2018

# personal

Azam menabung 2018

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni dah genap seminggu kita masuk ke tahun baru 2018. Tengok kawan-kawan dalam facebook, instagram, even rakan blogger lain semuanya pasang niat nak menyimpan duit. Yang ibu bapa, semuanya menyimpan demi masa depan anak-anak. Yang bakal menamatkan zaman bujangnya, sudah tentulah menyimpan demi majlis yang nak dilangsungkan. Yang nak melancong dan membeli ruamh atau kereta pun semestinya ada. Memang variety-lah niat masing-masing nak menabung ni.

Tapi, Mya sebenarnya lagi suka tengok teknik menabung masing-masing. Ada yang ikut teknik mingguan. Ada yang gunakan teknik tarikh harian. Yang paling latest tadi, Mya terbaca yang ada seorang lelaki ni menyimpan sehingga RM4380 selama 245 hari. Itupun beserta dengan niat nak berhenti merokok. Jadi, setiap kali hati nak beli rokok, dia akan masukkan duit tu dalam tabung. Seorang kenalan Mya pula, menyimpan duit RM20. Jadi, setiap kali duit tu dapat ke tangannya selepas shopping, memang duit tu akan masuk dalam simpanannya.
Mya punya niat tahun ni lebih kurang sama je dengan tahun-tahun sebelumnya: nak bercuti pusing satu Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak. Jadi, Mya nak menyimpan sebanyak mana yang mampu sehingga bulan Jun ni dahulu. Moga-moga dipermudahkan. Tengah berusaha menjayakan tabung hijau (RM5) dan tabung duit syiling. Nanti bulan enam selepas raya baru kita korek tabung ye. Minta-minta tak cepat patah semangat macam tahun-tahun sebelum ni. Mohon juga anak-anak buah tak minta duit raya banyak-banyak tahun ni. 

Tak kira apa pun niat atau cara yang kita gunakan, Mya doakan agar kita semua berjaya mencapai misi yang kita tumpukan sangat tu. Jangan cepat patah semangat, okey? Nampaknya lepas ni kena kurangkanlah perangai trip tak dirancang macam semalam tu. Good luck to all of us. Roger and Out.

5 comments:

  1. semoga berjaya dengan misi menabung mia :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah semoga dimurahkan rezeki. Sy pun menabung duit RM5 & RM20. Dlm seminggu ja boleh dapat sampai RM80 hahaha tambahan pula kerja part time.. Adalah sikit duit bwat belanja

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah semoga dapat menabung dengan jayanya. ameen

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah semoga niat diberkati Allah

    ReplyDelete
  5. Tahun ni 2018. Sis dah 25 tahun. Tanggungjawab dan komitmen lebih besar. Jadi sis dah mula disiplin diversify money. Alhamdulillah rezeki lebih tahun ni. Bolehlah saving utk retirement nanti :)

    ReplyDelete