Search This Blog

Thursday, January 11, 2018

Abadikan kenangan dengan photobook dari LifeBuuk

Assalamualaikum w.b.t. Excited pulak hari ni nak bercerita. Sebabnya, barang yang Mya tunggu-tunggu sejak minggu lepas dah sampai kat tangan Mya hari ni. Maka, excited tu memang tak terkiralah jadinya. Mana-mana reader yang ada follow akaun instagram Mya mesti dah boleh teka apa barangnya tu, kan? Okeylah. Sebenarnya, minggu lepas Mya ada submit order pada LifeBuuk. Dan Mya baru je dapat photobook tu. Sumpah puas hati. Macam tak nak lepas pun ada.
Yang buat Mya suka sangat dengan photobook dari LifeBuuk ni sebenarnya sebab gambar-gambar tu dicetak atas kertas gambar, bukan atas kertas macam photobook lain. Siap boleh koyak kalau rasa nak bagi gambar tu pada orang lain. Kualiti gambar pulak memang ikut resolution gambar. Kalau resolution rendah, gambar pecah-pecah yang awak upload dan submit, yang itulah yang awak dapat. Kalau awak upload gambar yang cantik, resolution pun nice, maka cantiklah gambar yang awak dapat. Dah macam hipotesis pulak.

Cara nak guna aplikasi pun tak susah. Setiap step ada disediakan arahan pendek. Cuma download aplikasi, kemudian daftar masuk. Bila dah berjaya, awak akan nampak ada ikon 3 garis lintang pada bucu bahagian kiri atas. Klik icon tu dan nanti akan keluar beberapa menu macam dalam gambar kat bawah ni. Klik pada menu yang atas sekali untuk create draft baru. Dalam draft ni nanti, awak boleh pilih gambar mana awak nak dan adjust sudut macam mana awak nak print. Memang senang sangat guna aplikasi LifeBuuk ni. Oh, ya! In general, satu photobook max 50 keping gambar untuk RM28. Berbaloi-baloi.
Sekarang ni, habis satu geng semua ikut nak buat. Nak buat hiasan photobooth masa wedding katanya. Ingatkan Mya sengaja nak buat untuk suka-suka. Tengok-tengok jadi idea untuk kawan-kawan pulak. Glad that I did help you girls dalam mencari idea. Tak sabar pulak nak tengok idea masing-masing untuk majlis nanti. Nanti Mya tengok lagi kalau ada benda best lain yang boleh Mya kongsi, okey? Roger and Out.

1 comment:

  1. tak penah cuba lagi. tapi mama mmg suka buat photobook ni

    ReplyDelete