Search This Blog

Sunday, December 2, 2018

Makan besar di Pak John Steamboat & BBQ Buffet

12:24 PM 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Minggu lepas, Mya berkesempatan untuk ber-steamboat dan ber-grill di Pak John Steamboat & Grill di iOi Mall, Putrajaya. Dengan perut yang masih kosong tanpa sarapan dan makan malam yang masih terbaki belum diproses di dalam perut, Mya pun masuklah ke dalam restoran ini dengan harapan, bila keluar nanti, Mya akan rasa kenyang dan puas hati. Maka, dengan muka separa tersenyum, Mya pun melangkah masuk ke dalam Pak John Steamboat & Grill yang berada di kawasan terbuka kompleks tersebut.

Masuk je pintu utama restoran, yang pertama menyapa pandangan adalah barisan makanan yang menunggu giliran untuk masuk ke dalam perut Mya. Yang kering, yang basah. Yang segar, yang frozen. Yang perlu dimasak, yang sudah siap dimasak dan dihidang. Eh, lupa pulak. Sebelum makan, macam biasalah, pergi ke kaunter dan bayar dahulu. Boleh pilih salah satu daripada lima jenis sup yang disediakan oleh pihak restoran. Mya? Macam biasalah. Semestinya tomyam. Baru ngam.

Pilihan untuk grill tak berapa banyak. Tapi, kalau tanya Mya, memang puas hati. Mya ambil black pepper beef dan peri-peri chicken sebagai pembuka selera. Ada jugak udang dan snow crab yang dah siap dibersihkan. Sayur untuk tomyam mestilah brokoli dan cendawan sebagai yang paling utama. Oh. Yang telur puyuh tu sebagai penghias selera. Eh ada ke perkataan penghias selera? Apa-apalah. Perut dah lapar. 

Dia punya sambal sotong memang cenggini. Mya bagi double thumbs up kat pihak restoran. Sempurna sangat bila dimakan dengan nasi goreng atau mee goreng mamak. Tapi, kalau awak jenis yang tak makan pedas, Mya tak galakkan sangat awak ambil sambal sotong ni walaupun dari rupanya sahaja dah cukup buat selera terbuka luas. Tapi, kalau teringin sangat, bolehlah cuba makan dan cuba kurangkan pedas tu dengan ABC yang boleh dipesan dari kaunter berhampiran peti freezer aiskrim.


Harga makan bagi setiap seorang dewasa adalah RM 32.90 (Lunch) / RM 42.90 (Dinner) bagi hari Isnin hingga Jumaat dan RM 42.90 untuk sepanjang hari pada hujung minggu. Untuk kanak-kanak atas 5 tahun pula dikenakan RM 17.95 (Lunch) / RM 22.95 (Dinner) bagi hari Isnin hingga Jumaat dan RM 22.95 untuk pada hujung minggu. Bagi yang nak tempah dulu sebelum datang atau nak datang dalam kumpulan yang besar, boleh telefon nombor yang Mya dah sekali di bawah. Nak cari lunch kejap. Perut dah munyi-munyi. Roger and Out.


Pak John @ IOI City Mall
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya, Sepang,
Selangor, Malaysia.
Tel: 012-251 8289‬, 03-8957 1128

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 24

12:05 AM 0 Comments
NIA MEMBACA SENARAI di dalam telefon bimbitnya berkali-kali. Ke butik sudah. Ke kedai bunga sudah. Berjumpa dengan pihak yang menguruskan pelamin pun sudah. Bunga dan riben untuk corsage pun sudah dibelinya. Gambar contoh untuk kek pengantin pun sudah dihantar kepada Anis yang jelas terkejut dengan ketibaannya di pintu kafe, menggantikan Hadi yang tiba-tiba perlu ikut serta dalam mesyuarat petang itu. 

Tersenyum sendiri Nia bila teringatkan reaksi Anis yang agak terlopong bila melihatnya tadi. Reaksi itu sudah diduganya kerana dia sendiri meminta Hadi supaya tidak memaklumkan kepada Anis kehadirannya. Bekas teman serumahnya itu terus meninggalkan kerja menyusun kek di dalam peti sejuk kepada staf yang sedang membantunya. 

“Kenapa tak beritahu pun yang kau dah balik Malaysia? Are you back for good?” 

Nia mengangkat bahunya perlahan, tanda dia sendiri pun masih belum pasti. Sejak mereka sekeluarga pulang semula ke Kuala Lumpur dari Langkawi awal minggu itu, dia langsung hatta sekali pun berfikir mengenai bagaimana perancangan hidupnya di masa akan dating, sebaik selesai majlis resepsi Hadi awal bulan depan. Apa yang dia tahu, amanah yang diletakkan ke atas bahunya, mahu disempurnakan dengan sebaiknya. 

“Kerja kau kat Korea tu memang dah habis ke? Kira kau balik ni untuk tolong Hadi semata-mata jelah, ya? Kiranya juga, memang betullah yang kau dengan Hadi memang tak ada apa-apa hubungan dari dulu? Or, betullah juga dulu kau kata kau tak ada apa-apa perasaan pada Hadi, kan?” 

Soalan Anis keluar bertalu-talu tanpa sedar. Berkerut dahi Nia cuba memahami apa yang cuba disampaikan Anis. Bukan dia tidak faham. Tetapi, dia lebih suka berpura-pura tidak memahami kata-kata Anis. Biarlah apa yang hendak difikirkan Anis dari dulu berlalu begitu sahaja. Biarlah kebenarannya hanya dia dan pemilik hati Yang Maha Utama saja yang tahu. 

“Tapi, kira memang betullah yang kau dengan Hadi memang tak ada apa-apa dari dulu. Aku jelah yang selama ni salah faham rupanya.” 

Nia cuba menahan wajahnya dari berubah riak. Rimas pula rasanya bila Anis asyik bertanyakan soalan yang sama. Soalan yang cuba dielaknya dari mula tadi. Soalan yang pada akhirnya akan memutuskan hubungan dia dengan keluarga itu, seandai ianya diungkit kembali. Terkadang, berharap juga dalam diam kalau-kalau dia memiliki kuasa untuk menghapuskan ingatan. Mungkin soalan itu tidak lagi akan didengarinya.

Dalam nafas yang cuba diredakan, Nia bertanya. Sekadar mahu berinteraksi. Manalah tahu kalau-kalau boleh menghentikan rasa ingin tahu Anis yang seakan-akan tidak mahu putus. 

“Kau dah kenapa tanya soalan pelik-pelik ni? Takkanlah aku nak tipu selama ni.” Katalog kek yang tadinya terbiar, ditarik rapat. Diselak helaian kertas perlahan, tanpa perasaan.

“Yalah. Kalau dah sepanjang masa kau dengan Hadi je, memanglah aku salah faham. Memanglah at times, Hadi tu ada kekasih. Berganti-ganti. Tetapi, semuanya tak lama. Sebabnya, cemburu dengan kau. Paling aku ingat, girlfriend Hadi yang muda setahun daripada kita tu. Dia punyalah cemburu sampaikan dia jumpa aku untuk siasat pasal kau. Nak tanya kau secara berdepan, mungkin tak berani.”

Nia hanya tersenyum senget mendengar kenyataan Anis. Semua girlfriend Hadi memang dia kenal sangat. Mana tidaknya? Hadi sendiri yang perkenal kepada dia tanpa dipinta. Kononnya lebih senang kalau teman wanitanya kenal kawan baiknya. Apa-apa sajalah. Yang penting, semua melepas. Termasuklah diri sendiri. Nia ketawa kecil. Terasa lucu memikirkan kenyataan yang disebutnya sendiri di dalam hati.

Sreeet! Sreeet!

Telefon yang bergegar tanpa bunyi di atas meja makan itu diambil. Dibaca mesej dari Haqiem yang meminta dia membelikan sekotak tart cheese dan sekuntum bunga matahari untuk disampaikan kepada Puan Sri Azizah bagi pihaknya. Senyum nipis terukir tanpa sedar di bibir Nia. Tahu pula anak sulung ibu angkatnya itu mahu memujuk hati. Ha, lain kali, jangan balik rumah terus. Eh, aku pulak yang over? Diletak semula telefon di sisi pinggan.

"Tapi..." Nia menarik nafas panjang. Sepatah ayat yang keluar dari mulut Anis tu pun cukup membuatkan dia berasa rengsa. Apalah lagi yang hendak ditapikan, Cik Anis Ainina oi?

"Dah alang-alang kau rapat dengan keluarga tu, apa salahnya kalau kau terus jadi menantu? Puan Sri tu pun dah lama approve kau jadi anak dia. Siap pinjamkan kereta lagi. Dan kalau tak silap, masa aku ke rumah tu last time, Hadi siap bagi aku tumpang bilik kau. Amboi. Siap ada bilik khas lagi."

Pandangan Nia sedikit mencerlung. Ada juga yang makan kek guna hidung nanti. Sikit-sikit sabar aku dicabarnya. Tak pasal-pasal nanti keluar berita 'Dua sekawan bergaduh guna icing'. Baru betul lain dari yang lain. Terus mak popular nanti, nok!

"Kau kalau bercakap, kadang-kadang macam terlebih ambil insuran. Nak je aku telangkupkan kek red velvet ni atas kepala kau. In case kau lupa. Aku datang sini hari ni, nak tempah kek untuk majlis resepsi Encik Alif Hadi. Tugas aku sepatutnya sebagai wedding planner, bukannya wedding wrecker.  Ini projek puluhan ribu, tahu?"

Anis menggosok belakang bahu Nia dengan dua jari, tanda memberitahu yang dia hanya bergurau. Angin anak dara yang seorang ini bukkannya dia tak kenal. Sudah terlebih kenal, sampaikan dia seorang sajalah dulu yang berani hendak menegur Nia setiap kali dia melihat kawan serumahnya itu balik dengan muka masam selepas bahan projeknya ditolak oleh pensyarah. Yang lainnya, hanya membiarkan Nia yang mula berperang di dapur, cuba meredakan sakit hati.

Dia bukan bermaksud mahu menyuruh Nia merosakkan hubungan antara Hadi dan tunangnya. Sekadar mahu mengusik Nia seraya mencadangkan agar Nia berbaik dengan si abang pula. Apa boleh buat? Dengan si adik dah terlepas peluang. Tambah-tambah lagi bila hati si ibu dah lama berjaya ditawan. Kan lagi memudahkan kerja kalau begitu? Senyum nakalnya langsung tidak ditahan-tahan. Bibirnya mengaduh kecil bila bahunya pula ditampar Nia.

"Aku dengan Haqiim tu dah macam adik beradiklah. Dia dah anggap aku macam adik dia, dan aku pun dah anggap dia macam abang aku. Jadinya, jangan berangan benda yang merepek. Kalau kau yang berminat, aku boleh tolong."

Anis menggeleng. Nehi. Nehi mere dosti (Tidak. Tidak, kawanku.) Kita hanya mampu berkata dan merancang untuk hari ini dan saat ini. Tiada apa yang berada dalam genggaman kita walaupun untuk sesaat lagi. Tuhan yang tentukan hati dan perasaan yang sentiasa berbolak-balik. Siapa tahu kalau tika ini mulut lantang berkata tidak, namun di depan nanti, jawapan yang datang berlawanan pula?

"Fine. Katakanlah masin mulut kau ni, apa yang kau nak aku bagi kat kau?" Nia dengan yakin bersuara. Pastinya dia lebih tahu di mana dan ke mana getar hatinya. Langsung tiada gentar mencabar bicara Anis tika ini.

"Aku tak minta banyak, babe. Cukuplah sekadar aku jadi orang pertama yang terima jemputan ke majlis kau orang nanti. Wajib aku jadi yang paling pertama." Anis seraya mengucapkan aamin di dalam hati. Dalam bercanda, terdetik dalam hatinya. Meminta kata-katanya menjadi, andai itulah yang terbaik buat bekas teman serumah yang kini sedang duduk dengan muka bangga di hadapannya. Yakin bahawa pendirian dan perasaannya tidak akan berubah. Tetapi, sampai bila?

Tuesday, November 20, 2018

Hadiah istimewa buat bayi dengan Lovingly Signed

9:50 AM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca yang beragama Islam dan selamat bercuti buat semua pembaca yang lainnya. For a few weeks now, ramai kawan-kawan Mya yang berkongsi berita gembira mengenai kelahiran ahli baru dalam keluarga. Apatah lagi buat mereka yang baru menyambut anak sulung. Setulus ucapan tahniah dari Mya buat teman-teman sekeluarga. Kalau dalam kalangan awak pun ada juga menyambut ahli baru, Mya ucapkan tahniah dan mengharapkan anak kecil itu membesar menjadi insan yang menyenangkan hati ayah bonda dewasa kelak.

Since kawan rapat Mya pun ada yang menyambut kelahiran, Mya dan kawan-kawan lainnya sepakat mula mencari hadiah yang sesuai untuk si ibu dan anak. Jadinya, setiap kali singgah di mana-mana pasaraya, Mya akan singgah di babies' section untuk mencari hamper atau mungkin set pakaian. Tapi, ada pula yang berkata, di usia seawal ini, bayi akan cepat membesar. Jadi pemberian hadiah seperti set pakaian macam tak berapa sesuai. Pening jugak rupanya nak memilih hadiah ni ye? Hai-lah anak. Dulu aunty pening nak pilih hadiah kahwin ayah dan ibu awak. Sekarang hadiah awak pulak.

Tapi, Mya macam terjatuh hati dengan set hadiah kat website Lovingly Signed ni. Geram je tengok set-set yang comel dalam website tu. Lagi comel sebab boleh personalized nama baby kat hadiah. Ada beberapa set yang mereka tawarkan sebenarnya. Dengan warna lembut yang sememangnya sesuai sangat utk baby. Eh, makcik baby pulak yang terlebih excited. Kalau dah comel macam ni, siapa je yang tak excited? Ini kalau tunjuk kat parents baby, mesti suruh beli jugak ni *minta-minta ayah ibu awak tak bukak post ni*


Macam yang atas ni, set ni lengkap dengan romper, selimut, bath rope dan rabbit comel. Boleh personalized nak letak nama baby. Pulak tu, dia bukan datang dalam warna biru macam di atas, tapi in three shades of blue. Memang comel. Fuhh. Excited sangat ni aunty. Baby pun belum kenal warna lagi ni. Kalau macam yang dalam gambar bawah pula, ada blanket dengan eared towel tau. Alamak, mesti comel baby aunty ni nanti kalau pakai. Eh, Ethan the Fox tu pun termasuk dalam pakej. Alahai. Aunty is melting membayangkan baby pakai set ni.


Anyway, sekarang ni aunty nak teruskan misi mencari hadiah awak, baby H. Sama-sama kita doa ibu ayah awak tak demand sangat dengan aunty. Aunty ada misi lain jugak ni selain hadiah awak. Misi kehidupan namanya. Eh, jom sambung survey and hunting baby present. Nanti aunty datang jumpa awak bawak hadiah ye baby.

Sunday, November 4, 2018

Teater Bangsawan Dendam Laksamana membuka mata

4:36 PM 1 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Jujur Mya katakan yang Mya sememangnya adalah peminat persembahan pentas. Tapi, sebelum ini, Mya belum berkesempatan untuk menyaksikan sendiri kerana tinggal agak jauh di Perak dan ada masanya Mya terlepas peluang untuk pergi menonton atas kekangan masa. Nasib Mya baik kali ini kerana sempat pergi menonton teater Bangsawan Dendam Laksamana yang dipimpin oleh Pat Ibrahim.


Pementasan yang diarahkan oleh Pat Ibrahim  dan diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Hairi Safwan, Dato Jalaluddin Hassan, Aidilla Shaffi dan Megat Shahrizal ini dikhabarkan akan berlangsung dari 29 Oktober sehingga 11 November nanti di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Apa yang lebih menarik adalah, pementasan ini akan dibawa ke tujuh lokasi lain dalam Semenanjung Malaysia sehingga ke bulan April ini. Jadi, bagi yang terlebih peluang untuk menonton di Kuala Lumpur ini, nantikan ketibaan pentas hebat ini di negeri awak ye. Mesti kena tonton.

Kenapa wajib tonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana?


Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini adalah adaptasi dari kisah Melayu lama iaitu 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. To those yang pernah menonton atau membaca kisah ini, semestinya mengetahui bagaimana tragisnya tragedi yang menimpa Laksamana Bentan dan seluruh keluarganya. Menonton teater ini didepan mata, terasa kisahnya hidup semula. Dewan yang gelap terasa bernyawa dan turut sama menyampaikan rasanya. Skrip yang ditulis oleh Siti Jasmina ini is indeed generous. Kenapa Mya sebut 'generous'? Setiap babak yang ditulis disusun dengan cantik dan kemas. Tambahan lagi dengan selingan aksi silat pertempuran yang turut dimasukkan. Memang tak terasa bosan walau sekejap pun.

Perasaan yang disampaikan oleh para pelakon semestinya sangat baik. Terasa dendam yang mula berbuah dalam hati Laksamana saat perkhabaran sedih mengenai keluarganya sampai ke telinganya. Tapi, jangan khuatir, jangan susah hati. Bukanlah dari mula sampai ke akhirnya sedih saje. Ada bahagian yang kelakar juga. Sebab tulah, awak kena pergi tengok sendiri macam mana teater Bangsawan Dendam Laksamana ni dipentaskan. Feels the excitement by yourself.



Lokasi Persembahan dan Maklumat Teater


Tujuh lokasi lain adalah seperti berikut: EduCity Sports Complex, Johor (11-17 Feb 2019); Kompleks JKKN Melaka (19-24 Feb 2019); DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Pahang (26 Feb - 3 Mac 2019); USM Pulau Pinang (12-17 Mac 2019); UUM Sintok Kedah (19 - 24 Mac 2019); UPSI Perak (26 - 31 Mac 2019); Kompleks JKKN Negeri Sembilan (2-7 April).

Untuk lebih maklumat mengenai pementasan teater Bangsawan Dendam Laksamana dan pembelian tiket, awak bolehlah layari laman web pipent.peatic.com atau terus hubungi  019 303 6008. Waktu persembahan adalah pada jam 8.30 malam.

Friday, November 2, 2018

[Trivia] Gellert Grindelward, pendahulu cita-cita Voldemort

10:23 AM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Hari ni Mya nak sambung dengan bahagian ketiga dari siri trivia Wizarding World, iaitu mengenai Gellert Grindelward. Gellert Grindelward ini merupakan penjenayah yang paling dikehendaki pada zaman muda Albus Dumbledore, yang mana ketika itu masih merupakan salah seorang professor di Sekolah Magik Hogwart. Seperti Voldemort, Gellert Grindelward merupakan wizard yang digeruni ramai kerana mengamalkan dark magic.


Grindelward dan Dumbledore bertemu dan akhirnya bersepakat mencari Deathly Hallows demi membentuk sebuah revolusi menentang satu undang-undang iaitu International Statute of Wizarding Secrecy yang mana memerintahkan agar kuasa magik disembunyikan dari dunia luar atau dunia Muggle. Hubungan baik itu akhirnya terlerai apabila mereka berdua bertarung dgn adik lelaki Dumbledore iaitu Aberforth, yang mana mengakibatkan kematian adik bongsu mereka, Ariana. Kematian adik bongsu mereka menyebabkan Albus Dumbledore tidak lagi menyertai revolusi Dark Wizard dan menjadi pengajar di Hogwart.


Seperti yang pernah Mya tulis dan trivia sebelum ini, Grindelward sebenarnya sangat obses dengan tiga artifak pusaka The Deathly Hallows. Selepas pertarungannya dengan adik beradik Dumbledore, Grindelward meneruskan misinya untuk mencari The Elder Wand, yang kemudiannya dicuri dari kedai milik Mykew Gregorovitch, seorang pakar membuat tongkat sakti di London. Dengan tongkat sakti ini, kuasanya semakin digeruni, disamping kumpulannya yang terdiri daripada dark wizards yang sangat kuat dan hebat.

Dalam usahanya mengumpulkan lebih ramai dark wizards yang akan membantu dia mencapai misi dalam revolusinya, dia menyamar menjadi pegawai kanan Presiden MACUSA, Percival Graves. Kedatangan Newt Scamander di New York yang ketika itu sedang gempar dengan kes Obscurus, memudahkan lagi misinya menakluk dunia. Newt kononnya dituduh mengakibatkan kekecohan dan seterusnya ditahan dan dihukum demi menutup niatnya, yang ketika itu menemui Obscurus di dalam beg Newt. Namun, di penghujung cerita, helah Grindelward akhirnya terbongkar apabila niatnya menghampiri seorang anak yatim bernama Credence demi Obscurus terbongkar. Newt dan Tina berjaya menahan dan mendedahkan wajah sebenar Grindelward di hadapan para Auror, sekaligus membersihkan nama mereka sendiri. Well, the real question is, did Newt really went to New York just to buy a present or perhaps, releasing Frank as he told Jacob in the first movie? Who knows. Maybe the real reason is yet to come.


Bagaimana akhirnya The Elder Wand boleh berada dalam tangan Dumbledore, sebelum berpindah milik kepada Draco, dan akhirnya, dimiliki Harry dalam siri akhir Harry Potter? Macam yang semua peminat tahu, to own a wand is either it choose you or you have to disarmed its current owner. Well, enough hint for the story line of the next upcoming movie. Mya paling tak sabar nak tengok bahagian Jacob berjumpa Nicolas Flamel.  Opss, spoiler alert! Kita tunggu je tayangan filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelward yang bakal keluar di pawagam 15 November nanti ye. Roger and Out.

Thursday, November 1, 2018

Khasiat dan kelebihan ayat seribu dinar

4:20 PM 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Sengaja Mya pilih tajuk santai sedikit hari ni sebagai bacaan kita semua. Mungkin ramai yang sudah pun mengetahui khasiat dan kelebihan ayat seribu dinar ini. Tambahan lagi, ayat ini merupakan antara ayat yang sering digunakan dalam tulisan kaligrafi. Jadi kita biasa melihat ayat seribu dinar ini digantung di dinding masjid mahupun surau. Tapi, izinkan kongsikan di sini buat berkongsi dengan teman-teman yang masih belum tahu.

Ayat seribu dinar ini adalah potongan ayat kedua dan ketiga dari Surah at-Talaq yang mana dikisahkan pada suatu zaman, seorang pemuda bermimpi didatangi Nabi Khidir. Nabi Khidir, di dalam tiga kali mimpinya, memerintahkan dia agar bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Pemuda itu akhirnya menurut dan sekali lagi Nabi KHidir mendatangi mimpinya. Kali ini, bagi mengajarkan dua potong ayat itu kepadanya untuk diamalkan.

Pemuda itu suatu hari berlayar di tengah lautan untuk berdagang di sebuah tempat yang lainnya. Di tengah perjalanan, kapal yang ditumpanginya dilanda ribut taufan. Pemuda itu, sepenuh hati bertawakal kepada Allah sambil bibirnya berterusan membaca ayat seribu dinar. Di penghujung kisah, hanya pemuda itu dan barang dagangan yang dibawanya sahaja berada dalam keadaan baik dan terdampar di sebuah pulau. Anak kapal dan penumpang lainnya tiada yang terselamat seorang pun.

Dalam pengalaman Mya sendiri yang mengamalkan bacaan ayat ini, ayat seribu dinar sebenarnya banyak khasiatnya. Antara khasiat utamanya adalah: Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Apa yang perlu adalah, kita perlu mengamalkannya secara istiqamah. Tawakal sepenuh hati kepada kekuasaanNya ketika membaca ayat ini, insyaAllah khasiatnya akan lebih terasa. Yakinlah. Memohonlah.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Sunday, October 28, 2018

Should you buy property near LRT or MRT stations?

1:49 PM 1 Comments
Public transportation in Malaysia is advancing and improving especially in the Kuala Lumpur and Selangor area. Mass rapid tranist (MRT) has been expanding in the KL area and sprawling across the Selangor over the past few years with government’s initiative. Combined with the existing Light Rail Transit (LRT), monorail, KTM komuter, KLIA Express and KLIA Transit systems that gives convenience for the residents nearby the stations to commute on daily life. Properties situated around the vicinity of the MRT stations are in great demand and this has proven in Singapore, Hong Kong, Taiwan and China. These properties are usually fully occupied and high rental yields especially commercial properties, similarly like the bustling Old Klang Road area where it was developed way before the Federal Highway was built.


Property investors are hoping to earn their gold bucket and jump into their bandwagon by investing properties located near MRT stations. It is true that many have earned their profits but if you don’t research well the projects, you may not gain maximum profit. Let’s weigh down the advantages and disadvantages of investing properties situated near MRT stations.

Advantages

a) Appreciation in value

It is known that properties close to transportation hubs are incline to value appreciation faster and value retention is far more stronger than others. Due to it’s accessibility and convenience for commuters, the properties are regard as needs especially for working collars or students. In Kuala Lumpur, many of the residential projects including landed houses located within 5km from MRT stations are experiencing increment of value between 10% to 16.3% in year 2017.

b) Higher rental rate of return

Similarly to value appreciation logic, rental yield also increase when the MRT stations are built. Residential properties near MRT or LRT stations in Kuala Lumpur can fetch rental yield between 1.2% to 6.6%. Thus, it is obvious that the rental yield do appreciate after the development of MRT or LRT line.

c) Convenience

With the development of MRT and LRT lines around KL and Selangor, it brings convenience to the residents to get around to the city. The easy accessibility has made commuter to travel easily. There is a group that is sizeable target tenant market as it would be their residence of convenient to MRT or LRT station.


Disadvantages

a) Noise pollution

For a person who loves to be in serene and quite place, staying near the MRT/LRT stations is not ideal as during the rush hours tend to create more noises from the commuter crowds to the train screeching sounds. The noise pollution could begin as early as 6 in the morning and end as late as 11 in the night.

b) Traffic congestion

During peak hours, there’s always traffic congestion on daily basis. This condition will affect the residents around the area, could be the downside for potential buyers that wanting to use it for own stay.

c) Unpleasant aesthetics

Residential properties that is facing the stations are pretty unpleasant with the view of crowds and traffic congestion. With the noise pollution, your dream home has become everyday nightmare home. Besides, you’re living with less privacy where people could be lingering around the area, risking the safety of your home.

After weighing all the advantages and disadvantages of getting a property near LRT/MRT stations and you are ready to purchase the property. Here are some things you should know when purchasing it.

1. Expect to pay more 10% to 15%

When setting your budget, buffer at least 10% to 15% more for the property you intend to buy is located within the 500m distance from the stations. This is because many homeowners around the area will increase the price, same goes to property developers. If you intend to get your property from property developers, they are more likely to pass on the cost to you happily after they have secured the land after paying huge sum of money.

2. Good areas

Do your research and often do some site visits to the MRT or LRT locations. There are some areas that is slightly lesser crowds and quieter compared to those located in the office areas like in KL city centre’s stations.

Now that the MRT Line 1 was completed in year 2016, MRT phase 2 is on it’s way and will be completed in year 2021, sprawling from Kwasa Damansara to Kampung Batu area. Perhaps, now would be a good time to look for properties around the area before the prices increase after the MRT stations completed.

Wednesday, October 24, 2018

The Deathly Hallows: kisah tiga beradik yang berbeza dari kisah dongeng

7:32 PM 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t. So, hari ni Mya nak sambung dari trivia bagi siri dari Wizarding World iaitu mengenai 'The Deathly Hallows' yang mana berkait rapat dengan salah satu kisah dongeng dalam filem Harry Potter. Ringkasnya, kisah mengenai tiga beradik dengan kuasa hebat 'The Deathly Hallows' ini mula diperkenal apabila Hermoine mendapat sebuah buku kisah dongeng karya Beedle the Bard sebagai harta warisan peninggalan Albus Dumbledore.

Membuka cerita mengenai 'The Three Brothers', kisah tiga beradik ini kononnya diinspirasikan dari tiga beradik Peverell yang pergi berkelana dan akhirnya menemui sebuah sungai. Ingin menyeberang sungai yang deras, tiga beradik ini mewujudkan satu jambatan dengan magik. Tika ingin menyeberang, Dewa Kematian yang berang dengan tindakan mereka bertiga, berpura-pura mengucapkan tahniah dan mahu memberi hadiah kepada mereka. Ditangguhkan hasrat untuk membunuh tiga beradik itu di kemudian hari.


Si sulung meminta tongkat sakti yang paling berkuasa tanpa tandingan. Dikurniakan 'The Elder Wand' yang dibuat dari ranting pohon yang berada berhampiran sungai tersebut. Si anak tengah, meminta kuasa untuk menghidupkan yang mati, berniat untuk memalukan Dewa Kematian. Dewa Kematian itu kemudiannya menciptakan 'The Resurrection Stone' untuk anak kedua yang sedikit bongkak. Waswas dengan kebaikan Dewa Kematian, si bongsu bertindak bijak dengan meminta sesuatu yang membolehkan dia menghilangkan diri. Dalam rasa terpaksa, Dewa Kematian itu menyerahkan 'The Invisibility Cloak' kepunyaannya sendiri.


Yakin dan bangga dengan kuasa dari tongkat sakti, si Sulung mengembara dan tiba ke sebuah kampung. Pertarungan dengan seorang wizard di kampung itu dimenanginya dan dengan lagaknya dia memberitahu bahawa tongkat saktinya adalah dari Dewa Kematian sendiri dan dia adalah kebal. Dewa Kematian muncul dan membunuh dia yang sedang mabuk. 'The Elder Wand' akhirnya diambil oleh Dewa Kematian semula. Si tengah pula kembali semula ke rumahnya dan menggunakan 'The Resurrection Stone' untuk menyeru semula kekasihnya yang mati beberapa tahun sebelum itu. Disebabkan perbezaan antara dunia nyata dan roh, kedua-dua mereka masih terpisah. Si tengah akhirnya membunuh diri demi mahu bersama kekasihnya. Dewa Kematian yang sentiasa memerhati, mengambil semula batu itu dari rumah si tengah yang sudah mati. Si adik bongsu, bagaimanapun, hilang dari pandangan si Dewa Kematian yang akhirnya mengalah dan berhenti mencari. Menjelang umurnya yang semakin tua dan masa akhirnya yang makin dekat, si bongsu menyerahkan 'The Invicibility Cloak' kepada anaknya. Dia kemudian menemui Dewa Kematian seperti seorang rakan lama dan meninggalkan dunia ini bersama.


Kisah ini mungkin biasa pada kebanyakkan wizard. Tapi, tidak kepada Harry dan Voldemort sendiri. Harry yang mendapat 'The Invicibility Cloak' dari peninggalan ayahnya semasa Hari Krismas pertamanya di Hogwarts, yakin kisah itu lebih dari sekadar sebuah dongeng. Voldemort apatah lagi. Yakin bahawa 'The Elder Wand' berjaya dimiliki Grindelward, dia laju menemui penjenayah itu di penjara. Namun kecewa apabila Grindelward sendiri memberitahu Dumbledore kini tuan kepada 'The Elder Wand'. Di mana 'The Resurrection Stone'? Di dalam Golden Snitch pertama yang dimenangi Harry ketika perlawanan Quidditch menentang rumah Slytherin. Siapa yang letakkan di situ? By the very Albus Dumbledore himself with an enchantment which only Harry can open it once he realize that he needed to sacrifice himself in order to defeat Voldemort.


Kenapa trivia kali ini mengenai 'The Deathly Hallows'? Kerana Voldemort dan Grindelward kedua-duanya obses dengan 'The Elder Wand'. Kononnya boleh jadi wizard yang paling hebat. Mereka berdua yakin bahawa dunia tanpa Muggle adalah dunia yang lebih baik. A hint of Slytherin's heir? Absolutely. But darker and crueler. Spoiler alert: Welcome back 'The Elder Wand' in the Fantastic Beasts: the Crimes of Grindelward!

Tuesday, October 23, 2018

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality

4:21 PM 6 Comments
Assalamualaikum w.b.t. As I have already mentioned in an entry about couple of months ago, Cannis will continuously moving forwards in the world of virtual reality and technologies, along with their investment and involvement in the growing industries of mobile technologies, including films, beauty, medicines and shopping. This, along with the rapid extension of their markets in many South East Asia, lift Cannis to become the most potential future star in Nasdaq.


Cannis is the world’s first integrated app that provides consumers with this wide range of App services, live broadcasting, e-commerce, discount shoppings , social networking, short videos, games and payments, can all be found on Cannis App. Cannis is convinced that having Malaysia’s diverse ethnic groups and culture as the starting point, it is easier to expand from South East Asia to the rest of the world. 

The Honorary Consul of the Slovak Republic, Tan Sri Datuk Sri Ong Tee Keat said that Cannis has a keen sense on trend development. Through big databases analysis, they accurately learn the real needs of consumers. The rich ethnic culture in Malaysia also helps enlarging the business to the world, attracting future strategic partners. Whether in the media marketing or development strategies, their performances have been remarkable. 

Cannis’s Chief Executive Officer Dato Dr. Azman Ching also stated that their partnership are not limited to latest technologies, such as the digital technology, huge database, artificial intelligence, but also with filming, high tech agriculture , preventive medicines and beauty industries. He looks forward to the strategic corporation with said industries in winning users’ entrustment and enhancing the users’ end seamless O2O experience.


App Download and Users’ Spending Set a New History-breaking Record

The third quarter of year 2018 has been the most profitable season for the App Stores. The comprehensive app download amount in said season on App Store and Google Play has exceeded more than 29 billions, 10% increment as compared to the past. While the globally consumer spending has reached nearly 20 billion US dollars, an increment of 20% in comparison to the same season in the past, both set a new historical record. 

Analysing the App categories under increments of downloads, games, entertainment and video broadcasting App have been the most downloads and are found as the factors. The strong performances of the two latter types of Apps show a general demand of market for creative contents.


Overall, the third quarter of year 2018, App Store and Google Play both had historical higher downloads and consumer spendings. This fully demonstrated the market trend of an App, which continues to rise depending on the popularity of smartphone usage, providing a non-stoppable spendings and considerable development potential. Cannis focuses on the fastest-growing industries, providing an integration platform, creates a powerful 7-in-1 function. 

Virtual world meets entity O2O Mode

Cannis App not only incorporates innovative functions every month but also invest huge funds on offline trending industries, hoping to connect offline customers’ overall spending flow with online databases, so as to start building the O2O model, letting the front-end marketing promotions, on- and offline member streamings, and back-end goods delivery services become smoother. 

In terms of member diversion, Cannis members are applicable for both online and offline discounts, including any purchases at Cannis’s strategic partners’ retail stores. Online points can be used to make discounts, helping consumers to save money. Participating in a series of Cannis-designed competitions also allow members to win grand prizes through sharing.


The Chief Operating Officer of Cannis, Mr. (Yang Zhi Wei) stressed that the platform will actively carry out comprehensive layout for online and offline services, so that the physical store is no longer restricted by the size or regional restrictions of the space. Through the mode of Cannis e-commerce and preferential shopping, the merchants information can be passed through at the lowest cost to a precise targeted market, therefore maximising the advertising effectiveness.

Sunday, October 21, 2018

Lukisan 'Girl with Ballon' koyak saat lelongan berjaya

7:35 PM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Heboh seketika dunia lelongan di England apabila sebuah lukisan koyak sebaik sahaja ianya berjaya dilelong dengan harga £860,000 (atau hampir£1.04 M termasuk segala yuran dan pembiayaan). Lukisan yang dinamakan 'Girl with Balloon' ini sebenarnya biasa kita lihat di internet dan menjadi antara hasil seni yang paling digemari di Britain tahun lepas. 

Pelukis lukisan ini merupakan seorang insan misteri yang bernama Banksy. Tahap misterinya seorang Banksy ini sampaikan memang tiada siapa yang tahu identiti sebenarnya. Adalah juga beberapa spekulasi mengenai identiti sebenar Banksy, tetapi tiada sesiapa yang mengiyakan atau menidakkan semua spekulasi itu. Apa yang pasti, Banksy tetap dengan keputusannya kekal misteri kerana minatnya dalam melukis grafitti yang salah dari segi undang-undang.


Lukisan 'Girl with Balloon' ini pada asalnya elok berada di dalam bingkainya. Namun begitu, sebaik host mengatakan lukisan itu berjaya dilelong, kanvas lukisan itu perlahan-lahan keluar dari bawah bingkai dalam keadaan shredded. Semua mata yang melihat kejadian itu pastinya terkejut. Walau bagaimanapun, lukisan itu hanya terpotong separuh sahaja. Melihat kejadian yang tidak pernah terjadi dalam mana-mana acara lelongan sebelum ini, pihak Sotheby's laju menurunkan lukisan yang sudah terjejas masuk ke ruang peribadi.

Banksy, bagaimanapun, memberi reaksi berbeza kepada kejutan ini. Kerana beliau sendiri yang menjadi mastermind untuk kejutan itu. Kejadian ini disahkan sendiri oleh Banksy di dalam akaun instagramnya. Dia memuat naik video yang menunjukkan dia sendiri telah memasang mini-remoted-shredder di dalam bingkas lukisan itu beserta ayat di bawah. Pada bahagian caption, Banksy mengambil kata-kata pelukis ternama, Picasso: "The urge to destroy is also a creative urge"

A few years ago, I secretly built a shredder into a painting.
...in case it was ever put up for auction...

Saturday, October 20, 2018

[TRIVIA] 4 Pengasas Sekolah Hogwarts

11:33 AM 1 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Memandangkan filem terbaru dari siri Harry Potter akan keluar dalam bulan November nanti, Mya nak bercerita sikit mengenai empat pengasas sekolah magik Hogwarts. Mungkin ada yang dah tahu atau lebih tahu daripada Mya. Tapi, Mya sengaja nak berkongsi dengan semua pembaca trivia asas mengenai empat pengasas sekolah Hogwarts ni, sebelum Mya bercerita  mengenai antagonis dan protagonis untuk filem terbaru Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelward.
Macam yang semua peminat siri Harry Potter tahu, sekolah Hogwarts sebenarnya terletak di kawasan tanah tinggi di Scotland dan diasaskan oleh empat ahli magik (wizard) iaitu, Godric Gryffindor, Helga Hufflepuff, Rowena Ravenclaw dan Salazar Slytherin, yang mana nama mereka digunakan sebagai nama bagi empat buah rumah (a.k.a asrama) di sekolah itu. Sorted by sorting hat, personaliti penghuni setiap rumah ditentukan dengan membaca fikiran mereka di sudut paling dalam. Nevertheless, students of Hogwarts can still choose which house they prefer, like Harry did in the movie: Harry Potter and the Philosopher's Stone.

Okey, berbalik kepada kisah empat pengasas sekolah Hogwarts semula. Gryffindor, Slytherin, Hufflepuff dan Ravenclaw adalah empat magician yang paling handal dan hebat di zaman mereka. Mereka berempat ni adalah kawan baik dan throughout the series, kita dapat fahami yang keempat-empat pengasas ini memiliki personaliti yang berbeza.

Godric Gryffindor merupakan seorang yang sangat handal dalam bertarung. Dia meninggalkan Sorting Hat yang mana sentiasa disimpan di dalam bilik pengetua sebagai harta pusaka Hogwarts dan pastinya ia ada di saat kesusahan. Well, as all fans know it. Fawkes, a phoenix belongs to Dumbledore, once flew with  it to Harry in the Chamber of Secrets. Never knowing that there's a secret to this hat, Tom Riddle belittled Harry and summons the Basilisk. The sword of Gryffindor suddenly appeared in the hat and Harry used it to kill the blinded giant serpent. Sekali lagi, saat Voldemort dan konco-konconya muncul di Hogwarts selepas dia yakin berjaya mengalahkan Harry, Sorting Hat muncul di celahan runtuhan di hadapan Neville Longbottom yang kemudiannya menggunakan pedang tersebut untuk membunuh Nagini, ular kesayangan Voldemort.

"Help is always given at Hogwarts." - Albus Dumbledore.

Rowena Ravenclaw, pemilik tiara yang akhirnya digunakan oleh Voldemort sebagai horcrux, merupakan ibu kepada salah satu hantu yang masih ada di Hogwarts, iaitu Helena Ravenclaw. Remember those moving stairs in the movie? It was Rowena's idea along with the idea of building the school in the middle of Highlands of Scotland. Rowena dan Helena dikatakan bergaduh besar selepas Helena mencuri tiara Rowena yang kononnya boleh meningkatkan kepintaran si pemakai. Helena kemudiannya dihalau keluar daripada Hogwarts. Namun begitu, Rowena cuba mencari Helena semula ketika di hujung nyawanya, yang mana hasratnya itu tidak kesampaian kerana Helena dibunuh oleh Bloody Baron yang panas baran kerana enggan ikut pulang semula berjumpa Rowena.
Helga Hufflepuff sangat pandai dalam menggunakan magik yang melibatkan makanan dan sangat rapat dengan Rowena. Resepi yang dicipta Helga terus digunakan di Hogwarts sehingga ke hari ini dan Helga jugalah yang mencadangkan supaya house elves terus dijadikan chef di sekolah itu. Dan sejujurnya, bagi Mya, Helga adalah yang paling baik hati antara mereka berempat. And as she is the best charmer involving food, she left behind a relic, which is a golden cup which then stolen from Bellatrix Lestrange's vault in Gringgotts Wizarding Bank. This cup was also tainted with dark magic by Voldemort and became one of his eight horcruxes.
Salazar Slytherin ialah seorang Parslemouth, atau dalam bahasa lainnya, boleh berbicara dengan ular. Slytherin pernah mengutarakan pandangannya bahawa hanya wizards yang lahir dalam keluarga wizards (kedua ibu bapa adalah wizard) saja yang boleh masuk ke Hogwarts, namun akhirnya cadangan itu ditolak keras oleh pengasas yang lain. He then secretly build the Chamber of Secrets, which can only be opened by his true heir, before he left the school after a big argument with the other founders. Harta peninggalan Salazar? Sebuah loket emas dengan batuan hijau disusun dalam ukiran huruf S. Seperti yang diketahui, loket ini pun telah digunakan Voldemort sebagai horcrux.
If you love this series as much as I do, find out which house you belongs to in Pottermore.com. Jadi, sampai di sini saja trivia yang dapat Mya sediakan untuk pembaca semua sebagai persediaan kepada next trivia mengenai Wizarding World. May it be mengenai Newton Scamander atau Gellert Grindelward? Atau mungkin mengenai tiga benda yang paling Grindelward dan Voldemort obseskan iaitu Deathly Hallows? Tunggu... Roger and Out.

Wednesday, October 17, 2018

Business Grand Opening Flowers: Finding the Best Deals to Save on Cost

8:00 PM 0 Comments
In buying Flowers for Business Grand Opening of a business, you will need to find the best deals in order to save on cost. As there are plenty of options for Flower Delivery in Singapore, there are also choices to buy them on great deals. The Florist can point you to different approaches that can help you save a bit of money on the cost of the business grand opening flowers. When you have the florist in Singapore beside you, finding the best deals on flower stands can be easier. Here are some of the things you can do to get affordable flowers and cheap delivery services: 

Look for promos

Promotions are one of the best ways to get beautiful and Grand Opening Flower Stand. Whether you are sending to a friend or family or you are buying one for your own shop, you will find the flower shop with plenty of offerings for great promos and deals. On the other hand, you can also ask help from the online florist and make your flower shopping less expensive.

·      Look for discounted arrangements

Another way to find deals on flowers for the grand opening is to look for the flower arrangements offered on discounts. The florist creates wonderful designs of flower stands with meaningful messages and cheerful greetings suitable for the grand opening day of the business. Ask the florist for deals of the day that are offered on discounted price.

Look for discount coupon codes


Coupon codes allow you to buy a lovely and elegant flower arrangement for less the price. When you subscribe to the florist’s website, they will send you coupon codes monthly and you can use them to buy flowers on discounts. There are also codes available online at the social media pages of the florist while some coupon codes are inserted in magazines or newspapers.

Look for free delivery


The florist also offers free delivery charge on same day flower delivery. If you need urgent flowers to greet a family or friend on the grand opening day of his or her business, it is best to place your orders before the cut off time and have the flowers delivered within the day. The florist will deliver the flowers to local areas for free of delivery charge.

Sending any Flower Delivery is more enjoyable when you can afford it. These helpful tips in finding deals for cheap flowers will help you save on the cost of flowers.