Search This Blog



Bercuti lebih, bayar kurang dengan Traveloka Sale-abration

Senangnya dalam hati, kalau dapat bercuti. Seperti dunia, ana yang punya. Wuhoo! Amboi, sukanya Mya hari ni! Sampai menyanyi-nyanyi. Ada apa-apa berita gembira ke? Nak bercuti ke mana pulak tu? Mestilah seronok kalau dapat bercuti di destinasi idaman. Mya dah lama sangat nak pergi ke Sabah and bercuti di pulau-pulaunya yang cantik tu. Tapi, faham-faham sajalah. Tiket flight je pun dah buat Mya sesak nafas. But, now! One of the hundreds reason why I love March, selain dari ianya bulan kelahiran Mya, is, it’s Traveloka Sale-abration time. Apa yang best sangat dengan Traveloka Sale-abration ni sampai Mya menyanyi bagai? Meh dekat sikit. Mya nak cerita. 

Bercuti lebih, bayar kurang dengan Traveloka Sale-abration

Bercuti lebih, bayar kurang dengan Traveloka Sale-abration


Sebelum Mya nak bercerita panjang pasal Traveloka Sale-abration ni, Mya nak cerita pasal Traveloka ni dulu. To be honest, sebelum ni, Mya akan buka dua atau tiga tab pada browser untuk one single trip. Contohnya, Mya nak ke Pulau Langkawi. Mya akan buka dua tab untuk flight reservation. Satu tab lagi untuk booking hotel room. Tapi, bila dah kenal Traveloka ni, Mya cuma perlu login into my account dalam laman web Traveloka dan settlekan semua urusan penerbangan dan hotel kat dalam satu laman web je. Now, lebih mudah. Gunakan app Traveloka dalam smartphone je. Login, reserve and settle!

Tak perlu risau pasal harga atau credibility Traveloka ni. Sebab, mereka ni merupakan salah satu daripada leading online booking platforms dalam seluruh Asia Tenggara ni. Apa harga yang ditulis dalam website Traveloka, itu sajelah jumlah yang perlu awak bayar nanti. Finalized. Tak ada hidden charge tau. Jadi, awak boleh jalankan urusniaga tanpa rasa was-was. In easier words, what you see is what you get. Eh, rasa macam guna ayat programmer pulak. Kekonon~

Why such a fuss about Traveloka Sale-abration?

Bercuti lebih, bayar kurang dengan Traveloka Sale-abration


Mestilah kita kena kongsi berita dan benda best dengan semua orang. Barulah jadi lagi gempak, lagi meriah. Lagipun, bila lagi nak merasa naik flight dengan kadar serendah RM 40 je ke destinasi pilihan awak seluruh Malaysia ni kalau bukan dengan Traveloka Sale-abration? Sebab tu, bila dengar je ada deal terbaik macam ni, memang buatkan Mya rasa nak menari cucuk langit sekarang jugak. Eh, nanti kejap! Cerita belum habis lagi. Untuk penerbangan ke luar negara pun ada jugak tau. Nak pergi mana? Ho Chi Minh? Jakarta? Bangkok? Sampai ke Hong Kong pun ada jugak. Pilih je destinasi yang awak nak kat website Traveloka Sale-abration tu.

Bercuti lebih, bayar kurang dengan Traveloka Sale-abration

Feeling excited? Yes, I know you are. Because I am, too. Tapi cerita tak terhenti sampai di situ. Tadi kita dah selesai bab tiket flight, kita settlekan bab hotel pulak. Benda penting juga ni. Especially, kalau bercuti di luar negara. Kalau tak, nak tidur kat mana, kan? Tapi, jangan risau. Sebab Traveloka ada lebih 100 pilihan penginapan di seluruh Asia Tenggara ni hanya untuk Traveloka user. Pilih je nak yang mana. Tengah bandar ke, tepi pantai ke, bilik suite ke, guesthouse ke, semua jenis ada. Tak kisahlah sama ada awak travel bersendirian atau berkumpulan. Traveloka sudah pilihkan hotel yang sesuai dengan kehendak awak sebagai pengguna. Jadi, bolehlah awak bercuti atau berkerja dengan tenang dan bahagia. Best ke best? 

Peluang terakhir merebut tawaran Traveloka Sale-abration


Kenapa nak pening kepala lagi kan bila semuanya boleh diselesaikan dalam beberapa klik je. Tambah-tambah lagi bila Traveloka dah sediakan mobile app yang sangat membantu dan mudah untuk digunakan. Tak perlu nak bersusah payah dan berhabis wang untuk menempah tiket penerbangan dan bilik hotel. Zaman dah canggih, sayang. Semuanya di hujung jari. 

Jadi, jom cepat-cepat join Mya rebut peluang bercuti ke Kota Kinabalu dan pelbagai destinasi lain dengan tawaran harga yang lebih rendah di Traveloka Sale-abration sekarang jugak! Tawaran ni dah nak habis 31 Mac nanti. Sampai hujung bulan ni je tau. Manalah tahu kalau-kalau kita bertembung dalam flight nanti. Bolehlah kita berdrama dalam kapal terbang tu sama-sama.

Teknik penjagaan rambut bermasalah

Macam tiba-tiba je kan tajuk ni? Actually semalam, Mya sempat pergi potong rambut dengan satu salon muslimah kat Manjung ni. Yalah. Lepas ni, entah bila lagi nak servis rambut ni lagi, kan? Ikut rajin jelah ceritanya akan datang ni. Okey, back to our story. Sambil-sambil cuci and potong rambut tu, sempatlah staf ni cerita pasal penjagaan rambut. Rambut Mya ni memang banyak masalah. So, based on masalah yang dia nampak pada kepala and rambut Mya ni, staff ni pun sempatlah ajar teknik penjagaan rambut yang betul. Bukan khas untuk perempuan je. Lelaki pun boleh cuba.

Teknik penjagaan rambut bermasalah


Teknik penjagaan rambut bermasalah | sumber : google

First, kita kena cuci rambut at least berselang dua atau tiga hari. Which means, dalam sekali atau dua kali saje seminggu. Jangan terlebih. Kerana rambut kita ada natural moisture yang akan membuatkan rambut jadi lembut dan cantik. Tapi, kalau rambut awak jenis yang sangat cepat berminyak atau berminyak teruk macam Mya, awak boleh lah basuh rambut setiap selang sehari dengan sikit saje kuantiti syampu. Bak kata kakak staff salun tadi, sekadar nak mencuci minyak. Bukan apa. Kalau rambut terlalu berminyak, akan sebabkan masalah rambut dan kulit kepala yang lain pulak.

Sesekali kita kena jugak sapukan conditioner pada rambut. Sebabnya, rambut kita ni ada masalahnya sendiri. Maybe terdedah bawah matahari. Mungkin terperap dalam tudung sepanjang hari. Jadi, untuk pastikan kesihatan rambut kita terjaga, kita kenalah sapukan conditioner ataupun minyak argan. Bukan susah pun kan? Cuci rambut, keringkan and sapu conditioner. Barulah rambut kita nampak lagi lembut, lagi flowy... Guna jari pun boleh...

Last sekali, kakak staff tu ada pesan jugak. If kulit kepala jenis berkelemumur tu, at least once a month, cubalah dapatkan rawatan di salun. Kalau biarkan, mungkin akan sebabkan masalah rambut gugur yang teruk. Tapi, Mya ada jugak dapat satu tips dari mama Mya on how to treat dandruff problem. Kiranya cara tradisional yang boleh kita amalkan di rumah je. Caranya mudah sangat pun.

Teknik penjagaan rambut bermasalah | sumber : google

Just perah limau kasturi ataupun lemon dalam bekas. Then kita gosokkan pada kulit kepala. Urut-urut sikit dan cuci dengan air. Bolehlah ulang sekali atau dua dalam seminggu. Ulang sampai kelemumur berkurang ataupun hilang terus.

So, setakat ni je tips atau teknik yang Mya boleh kongsikan. Itupun sebab banyak tu je ilmu yang sempat Mya korek dari kakak staff tu semalam. Anyway, kita boleh cuba sama-sama. And to kakak staff salun berkenaan, thanks sebab dah tolong cuci and potongkan rambut Mya dengan baik. I feel like a shampoo model until this moment. Okey, karut. Bye.

Kekal selesa dalam gaya dengan tudung Tia Lovely

Dari dulu lagi, Mya lagi senang sarung square scarf je kat kepala. Pin satu kat leher, dua lagi kat bawah in straight line. Kalau tanggal, boleh terus sarung balik. Tapi, bila pakai tudung bawal ni, satu je masalahnya. Muka jadi macam makcik-makcik sangat. Dengan pipi dan double chin yang tak tahu nak sorok kat mana lagi dah. Bila pakai Pucci or Satin pulak, tudung sampai ke London dulu sebelum tuan *if you got what I meant* Then one day, my friend suggested to me to try pakai Tia Lovely Bawal Premium ni. I was like, "Apa yang best? Mahal pulak tu." RM 39 for graduate tanam anggur like me, memanglah mahal. Tapi, at the end, I persuaded myself untuk try je beli Tia Lovely ni.

Kekal selesa dalam gaya dengan tudung Tia Lovely


Corak yang printed on Tia Lovely ni sangat eklusif and limited edition tau. Selama hampir setahun Mya sarung their square scarves, memang tak pernah lagilah jumpa orang pakai tudung dengan corak yang sama. Well, you know how people selalu cakap yang perempuan tak suka orang pakai baju yang sama dengan dia, unless planned. Macam bridesmaid ke. Okey, tak kisahlah. Tapi, memang tak pernah nampak lagi.

Tia Lovely | Siap ada kotak uolls.

Yang paling penting, Mya dah tak payah risau nampak batang leher under cahaya matahari. Sebab tudung Tia Lovely ni kainnya tebal, tapi tak panas. And, if you stay dalam bilik berekon, tudung ni pun ikut sejuk sekali. Sound funny, tapi in some occasion, benda tu berguna. Tambah pulak dengan bidang 45" Tia Lovely ni macam bidang 48". Depan belakang elok tertutup. Bab kedut pun tak payah nak fikir sangat. Tak cepat kedut pun tudung Tia Lovely ni.

Walaupun jenis kain dia licin, tudung Tia Lovely ni bukan jenis banyak bergerak tau. So, bila pakai tudung dia, Mya dah tak perlu nak self-conscious sangat. Berhati-hati in everything. Sampai nak makan pun takut-takut. Bercakap pun macam nak tak nak. Takut tudung pergi Germanlah kononnya. Bergambar pun muka ketat je. No no no. Itu kisah lama. Sekarang ni, nak bersorak tengok bola pun tak ada hal. Nak makan menganga luas-luas pun tak ada hal *contoh je tu*

Pergi bercuti pun wajib bawa tudung Tia Lovely

So, sekarang ni awak semua dah nampaklah kenapa Mya so in love dengan tudung-tudung dari Tia Lovely ni kan? Tipikal perempuanlah nak bergaya kan? Tapi, Mya lagi suka bergaya dengan selesa. Oh ya. Kalau awak nak tengok koleksi-koleksi Tia Lovely yang always cantik ni, pergi usha Instagram @anemscarves cepat. Mya selalu borong dengan dia sebab service dia best. Awak trylah pulak.

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 11

RIUH RENDAH rumah Puan Sri Azizah apabila tujuh insan itu berkongsi ruang makan. Anak-anak asyik bertelagah tentang siapa yang telah membuat keputusan lebih baik. Para ibu pula dengan pendapat mereka sendiri. Si bapa mengambil keputusan untuk hanya memerhati dan tidak melibatkan diri.

“Buat apa nak gaduh? Kita buat setakat terdaya saja. Majlis kamu berdua tinggal beberapa minggu saja lagi. Bukan senang nak dapatkan apa yang kamu semua nak dalam masa singkat ni.” Dato’ Wira yang dari tadi hanya diam akhirnya bersuara. 

Nia dan Syazwani berpandangan. Begitu juga Haqiem dan Hadi. Geng anak dara menentang geng anak teruna dikalahkan oleh keputusan juri yang tidak berpihak kepada sesiapa. Memang ada betulnya kata babah Syazwani itu. Nia akhirnya mengangguk bersetuju. Haqiem yang duduk di hadapannya mula khusyuk dengan hidangan makan malam yang terhidang.

“Ummi dengan mama berkenan betul tema warna yang Nia pilih. Sesuai dengan semua orang. Tak sabar pulak Ummi nak tengok kita semua pakai baju rekaan Nia.”

“Nasib baik senior Nia tu boleh tolong. Kalau tidak, pengantin pakai kain sarung je nanti.” Puan Sri Azizah menambah. Itulah yang mungkin terjadi jikalau Nia tidak muncul dan membantu mereka dua keluarga membuat persiapan.

Nia hanya diam. Pujian yang diberikan Datin Marlia dibalas dengan senyuman yang bersahaja. Segalanya hanya kebetulan. Kebetulan dia ada melukis beberapa rekaan baju semasa di Korea. Kebetulan ideanya untuk ahli keluarga kedua-dua pihak berpakaian sedondon diterima. Dan kebetulan juga, Kak Hidayah masih punya kekosongan untuk menerima tempahan keluarga itu.

Haqiem mencuri pandang ke arah Nia yang asyik berbual dengan Syazwani di sebelahnya. Terbit rasa kagum dalam hatinya. Mana tidaknya. Rehatnya singkat. Namun, sejak dari petang Jumaat sehinggalah ke petang ini, tiga hari berturut-turut gadis itu masih gagah menguruskan majlis adiknya. Di wajahnya, tidak pernah sekali dipamer riak penat atau mengalah, walaupun perlu menghadap setiap seorang dari mereka yang pelbagai ragam. Memang ada ciri-ciri seorang perancang perkahwinan yang berjaya. 

“Berapa kali Nia pesan? Mak Timah jangan buat kerja seorang. Panggil Nia.”

Mak Timah hanya tersenyum mendengar ‘bebelan’ Nia yang tiba-tiba muncul di ruang dapur. Disuruh duduk di ruang tamu bersama tetamu lain, gadis itu laju menolak. Katanya, dia tidak selesa. Banyak isi perbualan yang terasa asing. Malah, dia terasa seperti tunggul pula berada di antara mereka.

Begitulah kebiasaannya. Baik di rumah, baik di pejabat. Sejak Hadi memperkenalkan Syazwani di rumah ini, dua keluarga itu bagaikan sudah menjadi satu keluarga besar. Dato’ Wira dan Datin Marlia pun sudah menganggap Puan Sri Azizah seperti kakak mereka sendiri. Akrabnya mereka lebih dari berbesan.

“Nia, mari ke sini kejap.”

Nia yang sedang berbual dengan Mak Timah laju memalingkan wajah. Puan Sri Azizah dan Syazwani yang asyik melambaikan tangan kepadanya dipandang lama. Entah apalah yang dimahukan mereka. Dia yang bukan sebahagian dari dua keluarga itu juga diajak turut serta. Mak Timah sekadar mengisyaratkan dengan gerakan kepala, menyatakan perkara yang sama. Mahu tidak mahu, dia bingkas akhirnya.

“Kenapa ma?” Lembut suara Nia bertanya. 

Duduknya dilabuhkan di sebelah Syazwani yang masih kosong. Serentak enam pasang mata di ruang tamu itu memandangnya. Membuatkan dia mula berasa tidak betah. I can sense an unidentified aura in here right now, hati kecil Nia berbisik. Dia pasti tiada salah pada wajah dan pakaiannya. Tetapi, pasti ada sesuatu yang tidak kena yang membuatkan mereka masih lagi memandangnya.

“Jadi, apa kata semua?” Haqiem mengetuai perbincangan.

Hadi dan Syazwani bertukar pandangan sebelum sama-sama menunjukkan isyarat bagus serentak. Puan Sri Azizah masih lagi tersenyum. Dato’ Wira dan isterinya juga begitu. Haqiem mengangguk kecil sebelum berdiri dan memandang wajah-wajah di hadapannya. Pandangannya terhenti pada Nia yang tampak kebingungan.

“Dengan kuasa yang telah diberi kepada saya, saya melantik cik Nia sebagai Pengarah Projek Majlis Amal bersama Anak-Anak Yatim, usahasama AH Holdings dan Wira Corporation. Sekian.” Serentak dengan itu, semuanya bertepuk tangan tanda keputusan disambut baik. Nia yang masih belum dapat menangkap apa yang disampaikan Haqiem turut sama bertepuk. 

Eh?

Nia berdiri dengan mata yang sedikit terbeliak. Tangannya tidak henti menepuk dada sambil memandang warga mesyuarat tidak rasmi itu satu persatu. Mencari kepastian di sebalik kenyataan yang baru sempat dihadamnya. Syazwani dan Hadi mengangguk dengan senyuman tidak bersalah. Haqiem pula berpura-pura memandang ke arah lain. 

“Kenapa Nia, ma?” Pendek sahaja soalan yang terzahir dari bibir Nia. 

Mendengar sebaris nama Majlis Amal bersama Anak-Anak Yatim itu sahaja sudah mampu membuatkan dia mengangkat tangan tanda menyerah. Mana mampu dia menguruskan majlis sebesar itu. Dia kurang pengalaman dan keyakinan untuk melakukannya. Namun, senang benar enam insan di hadapannya meletakkan tanggungjawab itu di bahunya.

“Sebab kami yakin Nia boleh lakukannya.”

Tapi, Nia tak yakin! Hati kecil Nia menjerit sekuatnya. Dipandang Haqiem yang hanya diam di sisi mamanya. Cuba meminta sokongan lelaki itu. Pasti mamat psiko pun tak setuju dengan cadangan ni. Mesti dia berpura-pura setuju demi menjaga hati mamanya. Tetapi, jika ada seorang yang tidak bersetuju, pasti cadangan itu boleh dirundingkan semula.

“Nia satu-satunya orang yang kami berenam yakin boleh jalankan amanah ni dengan baik. Setidaknya, boleh tak Nia buat untuk mama, ibu dan babah?” Nia melepaskan lelahnya perlahan. Dia bukan sahaja terikat dengan keluarga ibu angkatnya, malahan keluarga bakal besan mamanya juga. Akhirnya, dia mengalah sendiri.

“Baiklah. If all of you insist.”

Senyuman kembali melebar di bibir Dato’ Wira dan Puan Sri Azizah. Perbincangan mereka kembali berkisar tentang dunia perniagaan yang agak asing buat Nia. Tanpa sebarang kata, kumpulan manusia yang masih rancak berbual itu ditinggalkan. Terasa janggal duduknya di situ. 

Dicari Mak Timah di dapur yang sudah siap dibersihkan. Pasti Mak Timah sudah kembali ke biliknya untuk beristirehat. Hendak dipanjat tangga naik ke bilik, takut dianggap tidak menghormati tetamu yang masih ada. Akhirnya dia mencuri keluar dari pintu dapur ke gazebo di halaman. Satu-satunya tempat yang dirasakan aman.

“Buat apa kat luar ni? Yang lain kan ada kat dalam?” Soalan Haqiem yang muncul tiba-tiba di gazebo dibiarkan tergantung. Perasan pula si mamat psiko ni aku ada kat luar. Betul-betul psiko ni. Mata Nia mengecil tanpa sedar.

“Kenapa buat muka macam tu? Risau? Takut abang buat apa-apa kat Nia ke?” Riak wajah Haqiem berubah. Berpura-pura tegas. Mahu mengusik Nia yang masih diam.

Nia menggeleng bersahaja. Dia yakin Haqiem bukan sebegitu. Setidaknya, itulah yang diberitahu Mak Timah. Bukan baru setahun dua Mak Timah berkhidmat untuk keluarga kecil Puan Sri Azizah. Baik buruk perangai tiga beranak itu semuanya di tangan Mak Timah. Terdetik kata di fikiran, Mak Timah sudah dapat meneka apa mahunya. Wah, berbunga-bunga bahasa aku malam ini! Nia bermonolog dalaman lagi.

“Saya macam tak percaya encik setuju dengan cadangan mereka semua tadi. Saya bukan siapa-siapa dalam dua-dua syarikat. Saya tak rasa saya mampu nak jalankan amanah tu.” Nia meluahkan kebimbangannya dengan suara perlahan. Tidak mahu perbualan mereka didengari sesiapa. Cukuplah hanya antara mereka berdua.

“I don’t think it’s a bad idea. Tak salah you tolong mama dan uncle, kan?”

“Tapi, saya tak rasa saya layak untuk jawatan Pengarah Projek tu. Saya bukannya pakar dalam hal-hal macam ni. Lagipun, boleh saja kalau saya sekadar tolong dari belakang. And, what scares me is, tinggal lebih kurang tiga minggu saja lagi. Mana sempat.” Lingkaran ubat nyamuk kecil yang dibawanya bersama dikepit dengan hujung jari. Perlahan dikibas dibawah meja dan kerusi yang didudukinya. Bunyi dengungan nyamuk kembali bermain di hujung telinga.

“You tak perlu risau. Tugas you cuma menyelia kerja orang bawahan je. I, Hadi dan Wanie akan assist you dari masa ke semasa. Segalanya dah disediakan. Cuma, kami sibuk sedikit untuk beberapa minggu ni. Sebab tu, kami perlukan bantuan daripada you.” Ayat Haqiem separa memujuk. Dia tahu Nia gementar dan takut. Tetapi, itu sahaja jalan penyelesaian yang mereka mampu fikirkan.

“Macam mana kalau majlis ni gagal disebabkan saya?” Nia kian menunduk. 

Takut pula memikirkan kemungkinan yang satu itu. Memanglah dia pernah ikut serta dalam pelbagai majlis syarikat semasa bekerja di Korea. Tetapi, keadaannya berbeza. Dia sekadar jemputan yang terlibat dengan beberapa kerja di belakang pentas. Bukanlah menguruskannya sehingga menjadi sebuah majlis seperti yang perlu dilakukannya kini.

“Tak ada apa pun. Cuma perlu bayar ganti rugi dua kali ganda je.” Riak wajah Haqiem selamba. Padahal dalam hati, sudah tak mampu menahan dekah! 

Mata Nia terbeliak tanpa kata. Gementarnya semakin tidak tertahan. Wajahnya disembam pada meja yang sejuk ditiup angin malam. Ganti rugi dua kali ganda tu, kau boleh kata ‘tak ada apa-apa’? Untunglah kaya. Nia mengeluh sendiri.

“No. I’m just kidding.”

Laju Nia mengangkat muka. Haqiem tersenyum lebar kerana usikannya menjadi. Nia menekup wajah rapat. Aku tengah serius, dia buat lawak hambar pula. Teringin merasa kena cucuh dengan ubat nyamuk gamaknya.


RAFIQ MENGGARU KEPALANYA yang tidak gatal. Dalam keadaan yang sedang genting sebegini, muncul pula bala yang lainnya. Sudahlah dia runsing memikirkan Ellyna yang masih enggan menerima panggilannya. Bukan main lama lagi merajuknya kali ini. Datang pula si Kyra yang gemar betul ‘bertenggek’ di hadapan rumahnya.

“Kan I dah cakap, Haqiem tak ada. I pun tak tahu dia pergi mana.” Rafiq sudah naik malas hendak menjawab. Apa yang penting baginya, Kyra harus segera beredar dari sini. Apa pula kata jiran-jirannya nanti?

Kyra buat muka tidak percaya. Berkali-kali dia menunjuk ke arah Nissan Murano merah milik Haqiem. Bagaimana pula tuannya boleh keluar, kalau keretanya masih ada di rumah? Nampak seperti sudah berhari tidak bergerak.

“Sepatutnya I yang tanya you Haqiem kat mana. Last time I nampak dia hari khamis. Sebelum keluar dengan you. Sampai hari ni, hari ahad, dia masih tak balik. You buat apa dengan kawan baik I? Jangan-jangan, you...” Rafiq sengaja membiarkan ayatnya tergantung.

Riak wajah Kyra berubah. Kata-kata Rafiq seakan mencabar kesabarannya. Langsung dia tidak menoleh dan terus masuk ke dalam kereta. Rafiq yang masih berdiri di sebalik pagar besi dipandang lama. Tak apa. Hari ini aku akan mengalah. Sebab aku malas nak layan mulut busuk kau tu. 

Rafiq menarik nafas lega. Sudahlah dia tinggal seorang di rumah. Bagaimana kalau Kyra tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah semata untuk mencari Haqiem? Lain pula jadinya nanti. Disebabkan itulah dia sengaja berdiri rapat dengan pagar besi itu. Mahu mengelakkan gadis itu dari melakukan perkara luar alam yang tidak dapat dijangka.

Telefon bimbit yang diletakkan di atas sofa dicapai. Malas-malas dia menekan ikon aplikasi Whatsapp pada telefon bimbitnya. Nama penerima yang paling atas dipilihnya. Beberapa baris ayat ditaipnya laju.

‘Kyra dah balik. Kau patut berterima kasih dengan aku sebab selalu selamatkan kau.’

Butang hantar ditekan. Pandangannya dialih ke arah televisyen yang tadinya diabaikan. Dia sudah ketinggalan lebih separuh dari filem kesukaannya itu gara-gara melayan Kyra di luar rumah.

Telefon bimbitnya berbunyi pendek, menandakan ada mesej diterima. Lambat-lambat dia membukanya. Jawapan dari Haqiem membuatkan dia tersenyum sendiri.

‘Nanti aku puji kau habis-habis depan Ellyna. Kau jangan risau.’

Entah kenapa, hatinya disapa rasa tenang, walaupun dia tahu Haqiem hanya bergurau. Idea bernasnya muncul tidak dirancang. Dia perlu berjumpa Ellyna untuk menjelaskan perkara sebenar. Dan satu-satunya orang yang boleh membantu dia tika ini hanya Haqiem.


Cara papar semula hidden files dalam USB Pendrive

Bagi sesetengah orang (pakar IT, mostly) penyelesaian ini mungkin sudah lama dipelajari mereka. Tapi, ignorant person macam Mya ni, ilmu ini agak baru (walaupun bertahun belajar IT, baru praktik few times) sejak Mya dapat tahu awal tahun ni. Ilmu ini sebenarnya sangat mudah. Boleh diamalkan oleh orang yang tidak pandai menggunakan komputer sekalipun. Kita selalu mendengar orang mengadu yang USB atau pendrive mereka berisi tapi kosong bila dibuka. Ini adalah kerana isi di dalam pendrive tersebut ditukar menjadi hidden files selepas dijangkiti virus komputer. Untuk melihat / memaparkan semula isi kandungan pendrive tersebut, cuba lakukan langkah-langkah yang Mya nyatakan di bawah ini:

1. Sila ingat HURUF (dalam bulatan merah) yang dilabel pada USB / PENDRIVE yang ingin dipaparkan semula *setiap storage akan dilabel secara automatik oleh komputer sebaik sahaja disambung*


2. Klik pada button START dan cari aplikasi Command Prompt di dalam komputer anda. Biasanya berada di dalam folder Accessories. Klik untuk mulakan kerja.

Cara papar semula hidden files dalam USB Pendrive

3. Bilik dah keluar screen hitam macam dalam gambar di bawah ni, terus taipkan cd.. dan tekan kekunci Enter. Buat dua kali atau sampailah tinggal satu HURUF tunggal saja di sebelah kiri macam dalam gambar dibawah ni. Dalam laptop Mya, huruf tunggal akhir adalah C : \ > _

Cara papar semula hidden files dalam USB Pendrive

4. Kan awal-awal tadi awak kena ingat huruf. So, taipkan HURUF label yang telah diingati macam dalam gambar dibawah dan tekan kekunci Enter. Huruf tunggal pada sebelah kiri akan berubah menjadi HURUF yang telah anda masukkan sebentar tadi. Eh, jangan lupa tanda ':' ni ya. As example, tadi Mya nak bukak hidden files dalam D. So, Mya taip 'D:'.

Cara papar semula hidden files dalam USB Pendrive

5. Kemudian, taipkan 'attrib -s -h -r /s /d' dan tekan kekunci Enter. 
Sesudah itu, awak bolehlah menutup aplikasi Command Prompt ini dan cuba buka semula folder USB / Pendrive yang isinya tersembunyi tadi. *Isi pendrive anda mungkin akan berada di dalam satu folder baru bernama  trash.*

Cara papar semula hidden files dalam USB Pendrive

Selamat mencuba!
*Sebarang masalah, sila tinggalkan komen anda di bahagian bawah*

Bateriku.com bantu wanita hadapi masalah bateri kereta kong

Nak teriak rasanya. Dah kenapa pulak dengan Mya ni, kan? Start entry terus mengadu nak menangis. Mana taknya? Kereta tiba-tiba tak mahu hidup langsung. Bateri kereta kong teruk ya amat. Nasib baik waktu tu siang. Bolehlah lagi nak panggil kawan, nak minta tolong. Cuba bayangkan kalau masa nak jadi tu, waktu dah tengah malam. Masa baru balik kerja ke, balik dari mall ke or balik dari cinema tengah malam ke. Kalau berteman tak adalah nak ngeri sangat. Kalau macam tadi? Seorang diri? Memang berchentalah rasanya kalau nak kena hadap masalah bateri kereta kong ni seorang.

Dahlah selalu sangat dengar kawan-kawan cerita ada operator servis kereta yang dengan tanpa rasa bersalahnya ketuk harga pada pelanggan. Tambah-tambah lagi dengan driver perempuan, yang kebanyakkan tak ambil tahu pasal kereta. Pandai bawak je. Bayangkanlah, berapa banyak duit kena tipu bila manusia-manusia ni ambil kesempatan, kenakan sampai dua kali ganda harga bateri tu. Takkanlah bateri Perodua Kancil Mya ni sampai RM 300, kan?

Kenapa bateriku.com bantuan terbaik untuk wanita?


bateriku.com bantu wanita hadapi bateri kereta kong

I was lucky bila ada kawan yang recommend servis bateriku.com ni. Memang rasa super duper selamat sangat. Mereka ni, memang dari gaya kerja tu dah nampak berpengalaman dan sangat jujur. Mana lagi nak dapat perkhidmatan kelas pertama macam ni? Bayangkan ya. Daripada mula-mula step pemeriksaan, sampailah ke penghantaran dan pemasangan, semuanya PERCUMA. No kidding. Mereka ni ambil duit harga bateri saja. Kalaulah kononnya masa periksa tu, bukan bateri yang masalah, mereka ni tak ambil caj apa-apa pun langsung.

bateriku.com bantu wanita hadapi bateri kereta kong | staff yg berpengalaman

Tak tahu nak kata lega macam mana lagi. Siap ada staff yang tolong teman sementara tunggu bantuan lain sampai pulak tu. Lepas ni nak pindah negeri pun tak risau dah. Sebab warranty bateri dari bateriku.com ni boleh pakai di mana-mana negeri, selagi kawasan tu dalam liputan bateriku.com. Macam sekarang ni, beli dengan cawangan Ipoh. Katakanlah nanti *minta dijauhkan* kalau tengah lepak kat Shah Alam, kereta breakdown. Boleh je tuntut kat cawangan Shah Alam. Tapi, adalah terma dan syarat-syarat dia.

To all my ladies, awak semua sangatlah digalakkan untuk gunakan servis bateriku.com ni. Bukan apa. Selain nak elak dari kena ketuk dengan pomen tak bertauliah, keselamatan pun penting juga. Panggil je staff bateriku.com yang baik hati dan jujur ni tolong awak semua dari mula sampai habis. Hati pun tenang. Duit pun selamat. Serius tau ni. Artis pun ramai dah pakai servis mereka.

bateriku.com bantu wanita hadapi bateri kereta kong | testimoni

Eh, sebelum terlupa, Mya nak bagitahu ni. Bateriku.com dah ada aplikasi sendiri tau. Boleh check jenis bateri yang sesuai dengan model kereta dan banyak lagi fungsi yang lain. Klik je sini untuk download apps.

NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck

Tips Melancong tanpa Masalah

Cuti sekolah dah mula dari hari Jumaat/Sabtu lepas, tapi Mya baru nak bagi tips melancong tanpa masalah ni sekarang. Teruk betul, kan? Okey, anggaplah ini untuk mereka yang baru nak pergi bercuti esok or lusa. Bukan apa. Semua orang pun nak melancong tanpa masalah kan? Boleh sahaja digunakan untuk melancong di lain kali.

Tips melancong tanpa masalah


Siapa yang selalunya akan usha online booking untuk hotel atau homestay? Tak kisahlah trivago atau agoda atau apa sahaja website yang awak selalu usha tu. Ada yang beritahu Mya, bila guna online booking ni, kadang-kadang harga dia berlainan bila gunakan website tu untuk next stay. Maksudnya, booking and stay first time harga sekian. Bila nak booking untuk next stay beberapa minggu kemudian, harga dah naik. Padahal dua-dua bukan musim cuti. Mya memang tak pakar bab ni. Sebab selalunya, Mya booking by phone call.

Tapi, ini ada satu tips dari orang yang pernah alami perkara sebegini. Katanya, sebelum nak booking hotel, pastikan awak gunakan fungsi private browsing. Sebab private browser tak simpan data penggunaan kita. Jadi, cache and cookies akan anggap awak tak pernah guna website tu. Harga pun akan kekal. Selamat pun selamat.


Next. Biasanya bila travel, awak bawak beg apa? Hiking atau suitcase? Okey. soalan sebenarnya adalah, macam mana awak lipat baju dalam beg tu? Lipat kecil-kecil? Letak berlapis-lapis? Cara paling mudah yang bolehkan awak bawak lebih banyak barang, tak kira gunakan beg apa pun adalah dengan menggulung. Memang menjadi. Mya pernah cuba bandingkan bila lipat kecil-kecil dan gulung untuk kedua-dua jenis beg. Memang lebih banyak yang boleh dibawa. 

Barang keperluan pula letakkan dalam satu beg kecil. Senang untuk dibawa keluar dari beg. But, jangan pernah buat macam sedang berada di rumah bila dah sampai di hotel nanti. Keluarkan apa yang perlu saja. Sepasang baju tidur or baju untuk keluar bersiar-siar dan siap! Kenapa? Bila kita dah keluarkan semua barang, kita akan ambil masa yang lama untuk mengemas semula. Jadi, potensi untuk barang tertinggal adalah lebih besar.

melancong tanpa masalah | sumber : BuzzFeed

Kalau naik flight pulak, if dah ada rasa nak ke tandas dalam masa 20 minit sebelum mendarat, terus je pergi tandas. Bukan apa. Nak berebut keluar lepas mendarat tu lagi seksa, tau. Atau pun, bila nampak je lampu seatbelt tu pasang, terus bangun pergi tandas. Jangan lengah-lengah. So, bila dah mendarat nanti, boleh terus pergi baggage claim.

So, jadilah sikit-sikit tips untuk petang ni. Oh ya. Kalau bawak tab or laptop naik flight, balut dalam hoodies atau jaket. Selamat sikit bila simpan dalam beg. Pada yang nak bercuti tu, selamat bercuti. Pada yang tak bercuti tu, kita sama-sama tengok orang bercuti jelah ye?

[LIRIK] Kullul Hubbi - Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Salleh, Mu'adz Dzulkefly

Lagu Kullul Hubbi ini ditulis oleh Faizal Tahir bersama Aizat Amdan, Noh Salleh dan Mu'adz Dzulkefly sebagai sokongan kepada badan organisasi NGO 'Fatiha Shuib and friends' yang membawa misi bantuan kemanusiaan #1Moment4Them ke Syria yang ketika ini diancam peperangan. Menyokong usaha ini, Faizal Tahir yang telah menubuhkan #iamFAITHMEN yang telah disertai oleh ramai artis tanah air dan mencipta lagu ini secara khas yang mana Kullul Hubbi Minna Lahum membawa maksud 'Setiap kasih sayang adalah daripada kami untuk anda semua'.

Kullul Hubbi | #iamFAITHMEN

Lirik Kullul Hubbi - Faizal Tahir

ft Aizat Amdan, Noh Hujan, Mu'adz Dzulkefly

You can tell from their tears
What they've gone through for years
All their hopes and their dreams
Drying up like a thousand streams
Would you walk in their shoes
Left with nothing to choose
And have everything taken away from you

Through rain and sun
Nowhere to run
Let's make it right
And stand as one

Kullul Hubbi Minna Lahum
One moment for them
Kullul Hubbi Minna Lahum
One moment for them
No we will not let go
We will keep pushing on
Kullul Hubbi Minna Lahum
One moment for them

Have we not seen enough
Or have we lost all love
Does your head turn away
And leave with nothing to say
Let's not wait for this Earth
to be washed out with blood
Now it's time to realize
All the truth from this lies

Where have we been
What have we done
What's going on
We stand as one

Kullul Hubbi Minna Lahum
One moment for them
Kullul Hubbi Minna Lahum
One moment for them
No we will not let go
We will keep pushing on
Kullul Hubbi Minna Lahum
One moment for them

Stand Up!
Rise Up!
One Moment For Them!

Kullul Hubbi Minna Lahum
One moment for them
Kullul Hubbi Minna Lahum
One moment for them
No we will not let go
We will keep pushing on
Kullul Hubbi Minna Lahum
One moment for them

Mari menyokong gerakan #iamFAITHMEN dengan membeli sambil menderma di laman sesawang mereka : https://www.iamfaithmen.com/

Cara Subscribe HyppTV di Telefon

Geram betullah sebab tak dapat tengok drama yang Mya asyik tunggu-tunggu sebab tak ada HyppTV kat rumah. Dah masuk episod kedua dah pun. Terlepas nak tengok hero kegemaran Mya berlakon jadi serba tak kena macam dalam novel. Bila nampak orang share yang mereka dapat tengok, lagilah geram. At last, Mya install jugak aplikasi HyppTV di telefon Mya. Mudah sangat rupanya. Ingatkan banyak benda remeh yang nak kena buat sebelum dapat tengok. Klik klik klik, terus dapat tengok muka Ungku Ismail dan Nazeera Sardi kat screen telefon.

Cara subscribe HyppTV di telefon


Mula-mula, install je aplikasi HyppTV kat smartphone awak. Just bukak PlayStore dan search 'HyppTV'. Akan ada dua aplikasi dengan nama sama. Bezanya cuma satu untuk smartphone biasa dan satu lagi untuk tablet. Pilih yang mana awak nak guna. Download dan tunggu sampai installation selesai. Kemudian, klik je apps tu untuk start next step.

Install dan login | Cara subscribe HyppTV di telefon

Ok, now kita register ID pulak. Kalau login guna Facebook, lebih mudah. Seterusnya, cuma perlu register nombor telefon dan emel je. Mudah sangat. Bila dah settle hal login, awak akan terus dapat masuk ke main page untuk pilih channel bawah HyppTV yang awak nak. Kalau macam Mya yang nak tengok drama melayu, Mya pilih siaran HyppSensasi. Klik je kat logo HyppSensasi tu.

Pilih siaran dan beli | Cara subscribe HyppTV di telefon

Nampak tak senarai rancangan yang ada dalam HyppSensasi ni? Memang best tau semuanya. Memang tak rugi, walaupun kena beli siaran ni sebelum dapat tengok. Anyway, untuk beli siaran ni, klik je button 'BUY' yang kat sebelah logo tu. Ada a few selection yang dia beri. Sama ada nak langgan semua channel dalam HyppTV untuk RM 1.00 sehari atau langgan siaran HyppSensasi sahaja selama 30 hari dengan hanya RM 6.00. Of course, Mya pilih HyppSensasi untuk RM 6.00/30 hari.

Bayar dan Submit | Cara subscribe HyppTV di telefon

Ada beberapa kaedah pembayaran yang kita boleh pilih. Bagi Mya, kalau tak nak pakai Visa card atau sememangnya awak tak ada Streamyx, bayar je guna bill Digi atau Umobile. Kalau tak ada jugak, tumpang je bill kawan-kawan yang ada. Jangan lupa bayar pulak. Dah syok tengok, buat-buat lupa pula, kan? Nanti dia akan suruh masukkan nombor  telefon untuk kod pengesahan subscription.

SELESAI!

Sekarang dah bolehlah nak tonton segala drama yang ada dalam HyppSensasi ni. Banyak jugak drama melayu yang menarik perhatian Mya. Okey. Mya nak sambung layan drama Pembancuh Kopi Mr. Vampire dulu. Bye~ Adios

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 10

“Morning, sunshine!”

Sapaan Hadi hanya dibalas dengan senyuman pendek. Bukan malas mahu melayan. Cuma, tangannya terlalu sibuk menyediakan hidangan sarapan pagi bagi buat tiga beranak itu. Si adik yang cuma menjamah hidangan berjenis roti di waktu pagi. Mama wajib dengan nasi gorengnya. Si abang? Dia masih belum pasti selera lelaki itu.

Hadi yang pertama sekali muncul pagi itu dengan beg galas di tangannya. Itupun kerana dia perlu ke lapangan terbang seawal pagi hari sebegini. Waktu ini, pasti jalan mula dipenuhi kenderaan yang berpusu-pusu ke tempat kerja masing-masing. Ada juga ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke sekolah.

“Here’s your toast. Nak aku hantarkan ke airport ke? Aku boleh bersiap.” Hadi laju menggeleng. 

Bukan dia tidak tahu kawan baiknya itu kepenatan walaupun tidak diluah Nia. Atas alasan itu jugalah dia laju menghubungi Lutfi selepas solat Subuh tadi. Terbit pula rasa bersalah. Sambil menguruskan majlis perkahwinan bagi pihaknya, sambil menguruskan keluarga atas ketiadaan Mak Timah pula.

“Tak apa. Lutfi dah nak sampai. Dia hantar aku dulu. Lepas tu, terus bawa Mak Timah ke hospital.” Nia hanya mengangguk faham. 

Terbit juga rasa lega di hati Nia kerana Hadi menolak pelawaannya. Badannya sudah mula lemah kerana tidak tidur semalaman. Nasi goreng dan roti bakar yang siap disediakan, diletakkan di tengah meja makan. Sebentar lagi pasti Puan Sri Azizah dan Haqiem turun untuk bersarapan pula. Ajak-ajak ayam. Sekadar berbahasa.

“Aku dah hantar draf design kad jemputan ke emel kau. Pilih cepat. Petang ni aku nak hantar design sekali dengan pergi tengok dewan. Aku bawa mama, tau.” Nia sekadar memaklumkan. Bukannya Hadi ada di rumah untuk turut serta dalam rancangan mereka. 

“Terima kasih banyak sebab tolong aku handle semua ni. Lagi nak kahwin, lagi banyak kerja. Besides, aku tak adalah risau sangat nak tinggal mama. Kat rumah, kau boleh tolong tengok-tengokkan. Kat office, abang ada. Adreena, PA mama pun ada.” Manis senyuman Hadi membuatkan Nia mengalihkan pandangannya ke arah dapur, berpura-pura mencari sudu. Ingat janji kau dengan Haqiem, Nia. Dugaan kecil je ni.

Bunyi hon di luar rumah menandakan Lutfi sudah tiba, tepat seperti dijanjikan. Roti yang hanya tinggal sekeping disumbat terus masuk ke dalam mulut tanpa teragak-agak. Beg galas yang tadinya diletakkan di atas meja kecil di tepi pintu dicapai. Mujur awal-awal lagi tadi dia sudah berjumpa mama di dalam bilik.

“Satu lagi. Esok, after lunch, aku nak bawak Wanie fitting baju kat butik. Kalau nak ikut, sila balik awal pagi esok. Meeting kau habis this evening, kan?” Nia menyampaikan pesan di celah tingkap kereta yang terbuka. Mak Timah yang duduk di kerusi penumpang belakang disapa dengan lambaian tangan. Lutfi yang tadinya hanya memerhati, laju menekan butang tingkap automatik.

“Instead of best friend, aku rasa macam ada kakak baru. Atau, should I just call you ‘kakak ipar’?” Mata Hadi membulat. 

Mahu sahaja dia terus mengusik gadis itu yang tiba-tiba terus mendiamkan diri. Si abang yang baru muncul di muka pintu juga menunjukkan reaksi serupa. Lutfi dan Mak Timah berpura-pura tidak mendengar. Padahal, dalam hati sudah tidak mampu menahan dekah!

Belakang tubuh kereta yang sudah lama menghilang di sebalik pagar utama rumah agam itu diekori dengan anak mata. Nafasnya ditarik dalam. Nia sekadar berpura tidak menyedari kehadiran Haqiem yang asyik memandangnya sedari tadi. Tingkahnya terasa terbatas. Mahu mengemas meja makan untuk sarapan pagi pun terasa kekok. Usikan Hadi kembali menyapa telinga umpama gema. Wajahnya terasa panas tidak semena. Terasa lain pula nada usikan lelaki itu pagi ini. Seakan menyembunyikan makna.

“Nia.” 

Lembut suara Haqiem yang memanggil bagaikan tidak singgah di telinganya. Hendak disergah, gadis itu sedang melakukan mencuci pinggan dan cawan di sinki. Tersalah sergah, ada juga pinggan kaca yang menyembah lantai sekejap lagi. Dipanggil nama itu sekali lagi. Nia menoleh lambat. Kuapnya tidak tertahan lagi. Laju ditutup mulut dengan belakang tangan yang bersabun.

“I nak cakap terima kasih sebab masakkan late dinner untuk I semalam.” Nia hanya mengangguk. Memanglah dia ikhlas dengan masakannya malam tadi. Tetapi, itupun bersebab. Mahu memohon maaf lelaki itu dengan cara memujuk lapar. 

“Lain kali bolehlah masakkan lagi. Sedap.” Puji Haqiem, ikhlas. Namun, dengan suara yang lebih tinggi.

Nia menoleh ke kiri dan kanan. Bimbang andai Puan Sri Azizah tiba-tiba muncul dan mendengar isi perbualan mereka. Silap-silap, ia boleh mengakibatkan salah sangka. Jari telunjuknya dibawa ke hadapan mulut. Tanda meminta Haqiem untuk berhenti berbicara. Haqiem sekadar tersenyum melihat Nia yang jelas serba tidak kena.

“Morning, mama.” 

Haqiem melambai dengan wajah riang. Nia yang sedang berdiri menghadapnya terkejut dan terus berpaling. Turut ikut melambaikan tangannya tanpa teragak-agak. Namun, belum sempat dia berkata apa-apa, lambaiannya mati. Hampir sahaja dia mengepal penumbuk.

“You lambai siapa?” Perlahan suara Haqiem bertanya di hujung telinganya. Biarpun kepalanya bersarung tudung, terasa nafasnya berada dekat benar. Ketawa Haqiem bagaikan stereo yang bergema lantang tanpa dipinta. Pintu dapur yang masih bertutup rapat dipandang lama. Tiada Puan Sri Azizah. Hanya ruang kosong yang baru mula disapa cahaya mentari pagi.

Elok sangatlah perangai budak tidak cukup umur si mamat psiko ni. Sabar Nia. Dia tuan rumah, kau cuma menumpang. Nia menarik nafas panjang. Kata-kata yang sama diulang bagai mantera dalam hati berkali-kali. Tanpa sedar, membuahkan kuap yang sudah masuk kali ketiga.

“Encik mahukan apa-apa? Saya boleh tolong ambilkan. Sarapan pun saya dah sediakan di ruang makan. Bukan di dapur ni.” Senyuman manisnya dibuat-buat. 

Bahasa yang keluar dari bibir pun seakan mengikut skema Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6 yang dipelajarinya dulu. Kalau diikutkan hati, ada yang nak kena ketukan senduk sakti Mak Timah ni. Dari muncul tadi asyik menyibuk di dapur. Kalau membantu, tidak mengapalah juga. Ini asyik mengekor saja ke sana ke mari.

“You ni tak tidur atau woke up too early? I perasan dari tadi you asyik menguap sahaja. Risau juga I kut ada yang hangus terbakar dapur ni sekejap lagi.” Nia hanya diam. 

Dasar mamat psiko. Benda remeh macam ni pun dia boleh perasan. Aku syak dia ada belajar ilmu bukan-bukan semasa tinggal lama di luar negara. Eh, kat London wujudkah benda sebegitu? Wujudlah agaknya. Di Korea dulu pun dia pernah melihat perkara-perkara aneh sebegitu.

“Saya okey. Encik tidak perlu risau.” Matanya dibulatkan dalam paksa. Macamlah mamat psiko ni nak risaukan kau. Dia cuma nak elakkan kau dari merosakkan harta benda mama dia sahaja. 

“Your answer menandakan tekaan I mengena.” Tangan Nia berhenti menyusun gelas.

Berkerut-kerut dahi saat bibirnya terkumat-kamit memarahi diri sendiri. Apa sajalah kau ni, Nia. Selalu sangat kantoikan diri depan mamat psiko ni. Atau, kau sebenarnya perlukan mikrofon untuk beritahu semua orang yang kau tak cukup tidur? Bebelan Nia dalam hati kian berjela.

“Tak apa. Pagi ni, biar I temankan mama makan. You boleh naik atas berehat. You have done enough.” Haqiem bersuara lembut. 

“Tapi, nanti apa pula kata mama...” Diintai anak sulung Puan Sri Azizah dengan hujung mata. Melihat Haqiem memeluk tubuh dengan wajah serius yang jelas terpamer, tingkah Nia menjadi bungkam.

“Naik atas. Pergi rehat.” Haqiem mengulang. Pendek dan jelas. 

Kata-kata Nia mati. Mata Haqiem yang membulat membuatkan dia terpaksa mengalah. Hendak melawan, dia jadi tidak berani. Riak wajah Haqiem yang itu pernah dilihatnya. Sekali. Pada malam rahsianya terbongkar. Matilah kakak, dik! 



HAQIEM MELANGKAH KELUAR dari pintu lif yang terbuka. Tangannya masih ligat mencari nama seseorang di dalam senarai kenalan telefon bimbitnya. Entah berapa kali terlepas pandang, barulah dia menemui nama Mak Timah dalam log panggilannya. Langkahnya mati betul-betul di hadapan pintu pejabat.

“Mak Timah dah sampai rumah ke?” Soalan itu ditanya sebaik lafaz salamnya bersambut. Pintu pejabat dikuak lambat. Fidzreen dan gadis si penyambut tetamu memberi salam dengan suara perlahan.

“Abang cuma nak bagitahu yang abang rasa Nia tu tak cukup tidur… Abang cuma kasihan… Mak Timah, anak angkat kesayangan mama tu… Okey. Bye.” Fidzreen mengekor sahaja langkah majikannya dalam diam. Sesekali telinganya dapat menangkap isi perbualan Haqiem dengan si penerima panggilan. Mungkin Mak Timah. Tapi, siapa Nia?

“Yes, Reen. Jadual I hari ni, please.” Haqiem melabuhkan duduk di kerusi empuk miliknya. Hal rumah sudah boleh letak di tepi. Sekarang masa untuk fokus dengan hal pejabat. Fail-fail yang bersusun, dibelek satu persatu.

“Bos cuma ada satu appointment sahaja untuk hari ni. Pukul 10 pagi, dengan Cik Syazwani.” 

Haqiem menarik nafas panjang apabila teringatkan janji temunya dengan bakal adik iparnya tengah hari itu. Mesyuarat yang sepatutnya dihadiri dia, Syazwani dan Hadi. Namun, memandangkan masa kian suntuk, mesyuarat itu diteruskan walau tanpa kehadiran Hadi. 

“Okey. You boleh sambung kerja. Oh, ya! Petang ni I tak masuk office. Kalau ada apa-apa, setkan ke minggu hadapan.” Fidzreen mengangguk kecil sambil mencatat pesanan Haqiem. Sejak mengandungkan anak sulungnya, penyakit lupanya semakin menjadi-jadi. Jadi, sebelum terjadi apa-apa, semua pesanan orang atasan terus ditulis ke dalam memo. 


NIA MENGGOSOK MATANYA yang berpinar terkena cahaya matahari. Tubuh yang keletihan diregang sepuasnya di atas katil. Jam dinding yang menyambar pandangan dipandang sejenak. Jarum panjang dan pendek hampir menyentuh angka dua belas. Digolek tubuhnya malas ke kiri dan kanan. Saat tubuhnya dipusing ke arah jendela yang sedikit terbuka dilambai angin, Nia tersentak. Laju tubuhnya berdiri tanpa dipaksa. Riak wajahnya berubah serta-merta.

Diintai ruang tamu yang sunyi. Pasti Puan Sri Azizah berada di dalam biliknya. Biasanya begitulah. Jika tidak ke pejabat atau perjumpaan persatuan, pasti wanita itu berehat di dalam biliknya sambal membaca rekod prestasi syarikat ataupun buku motivasi yang dibelinya di hujung minggu.

Serba salah dibuatnya. Walaupun dia dilayan dengan baik di dalam rumah itu, tidak sepatutnya dia bangun lewat dan mengambil mudah pesanan Mak Timah lewat petang semalam. Laju kaki Nia menuruni tangga, terus menuju ke dapur. Namun, langkahnya mati tiba-tiba. Susuk tubuh Mak Timah yang sedang membancuh minuman menampar pandangannya. Nia mencubit belakang telapak tangannya sendiri. Sakit.

“Bila Mak Timah balik?” Mak Timah hanya tersenyum mendengar soalan luar alam Nia kepadanya. Sudah namanya tidur mati, perang dunia ketiga meletus pun belum tentu sedar.

Lauk juadah makan tengah hari keluarga itu sudah siap dihidangnya di atas meja makan. Tunggu Haqiem saja pulang dari pejabat untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari bersama Puan Sri Azizah. Begitulah rutin kebiasaannya.

“Mak Timah okey ke? Apa kata doktor?” 

“Mak Timah bukannya sakit. Puan Sri yang tetapkan Mak Timah untuk periksa kesihatan setiap tiga bulan. Kalau Mak Timah sakit, siapa yang akan menjaga keluarga ni, kan?” Senyum Mak Timah membawa maksud mendalam. Namun, masih belum bisa difahami Nia.

Bukannya apa. Melihat keadaan rumah yang jelas teratur ketika sampai di rumah tadi, buat dia tersedar. Nia bukannya gadis remaja yang mula-mula datang ke rumah itu enam tahun yang lalu. Dia sudah dewasa. Kebanyakkan gadis sebayanya sudah bergelar isteri. Bahkan, ada yang sudah bergelar ibu. 

“Tak kisahlah Mak Timah sakit teruk ke atau tak sakit langsung sekalipun, lain kali Mak Timah kena ajak Nia buat kerja rumah sama-sama. Bukan sikit kerja yang Mak Timah kena buat hari-hari. Kalau Nia tidur, Mak Timah kena kejut Nia sampai bangun.” Dicapai tangan Mak Timah yang sudah selesai mengemas dapur. 

Ralat rasanya bila dia tidak dapat membantu wanita sebaya ayahnya itu. Bukan kerana apa, tetapi sudah terbiasa. Dia dan adik beradik lainnya diajar sebegitu. Jika di rumah ayah, pantang liat bergerak sedikit, pasti terpaksa menahan telinga sudahnya. Nia menarik nafas panjang. Bagaimana keadaan ayah di kampung agaknya? Hati kecilnya sebak bertanya.

“Abang beritahu Mak Timah yang Nia tak cukup rehat. Sebab tu, Mak Timah berat hati nak kejut.” Nia mengukir senyuman tawar. Apa lagi yang disampaikan si mamat psiko tu? Semua benda nak mengadu dengan Mak Timah. 

“Mak Timah nak cakap terima kasih pada Nia, sebab dah ganti tugas Mak Timah dengan baik. Balik sini tadi, Mak Timah tengok semuanya dah selesai. Baju dah basuh, dapur pun dah kemas. Tinggal nak memasak sahaja lagi. Nia dah buat banyak dah. Sebab tu Mak Timah tak kejut. Nia jangan marah, ya?” 

Lambat Nia menarik senyum segaris. Dia bukannya marah. Tetapi, dia kasihankan Mak Timah yang terpaksa dari bangun pagi hingga lewat malam. Belum sampai 24 jam pun dia menggantikan tempat Mak Timah, dia sudah keletihan. Tercalar rekodnya mampu berjaga selama 59 jam hanya kerana menjaga Puan Sri Azizah sekeluarga.


TELEFON BIMBIT YANG MATI sejak sampai di Singapura awal pagi tadi dihidupkan semula. Hadi memperbetul baringnya di atas katil sementara menunggu telefon bimbitnya berjaya masuk ke sambungan wi-fi percuma yang disediakan pihak hotel. Pasti ada orang yang menghubunginya sepanjang hari ini. 

Beberapa keping gambar dihantar bersama pesanan pendek melalui aplikasi Whatsapp oleh Nia dan Wanie dimuatturun. Lebih kurang sahaja. Pasti Wanie ikut serta semasa proses melihat dan menempah dewan petang tadi. Gambar dewan, kerusi untuk pelamin dan hiasannya. Laju sahaja jarinya menyelunsur di atas skrin. Di gambar yang terakhir dihantar Wanie, isinya ditenung lama.

Entah kenapa fikirannya berpatah semula ke enam belas jam sebelumnya. Ke saat dia berjaga awal pagi itu dan mahu turun mencari minuman di dapur. Namun, langkahnya mati di balik pintu yang baru setengah kaki terbuka. Dia kembali mengintai jam di tepi katil. Dia yakin pandangannya tidak salah. Jam tika itu sememangnya baru 5.33 pagi. 

Nia yang sedang berlegar di dalam bilik tetamu kedua diintai dari celah pintu bilik yang dibuka sedikit. Risau juga andai gadis itu sedar kewujudannya di situ. Tetapi, dia benar curiga dan ingin tahu apa sebenarnya yang sedang dilakukan Nia. Tentu ada sesuatu yang sedang dicarinya.

Nia yang muncul semula dengan comforter diekori hingga ke hujung tangga. Dari berdiri, dia merangkak pula. Semuanya gara-gara mahu meneruskan misi mengintai dan mencari jawapan kepada soalan yang ada dalam fikirannya tika ini.

Takkanlah Nia mahu tidur di ruang tamu? Hati Hadi bermonolog sendirian.

Oh, Nia bawakan selimut untuk abang rupanya. Eh, Nia bawakan selimut untuk abang? Semata-mata? Ada sesuatu yang aku ketinggalankah? Perangai abang yang suka tertidur di ruang tamu bukanlah benda baru. Apatah lagi ketika musim bola sepak. Tetapi, apa yang sedang berlaku di hadapannya kini, itu perkara baru.

Hadi mengukir senyum sendiri. Jika benar sekalipun abang dan Nia menjalin hubungan, dia tidak akan melarang. Bahkan, dia akan menjadi orang pertama yang menyokong. Dia yakin Haqiem pasti akan menjaga sahabatnya yang seorang itu dengan baik. Begitu juga Nia. Benarlah seperti yang tertulis dalam Qalam Allah: wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kisah Seram Asrama Perempuan (Bahagian 2)

Untuk bahagian kedua kisah seram asrama perempuan ni, Mya nak minta maaf dulu sebab kisah ni bukan Mya alami sendiri. Tapi I was there masa empunya kisah bercerita. Back then, of course, memang ingat bulat-bulat cerita beliau. Tetapi, dah lapan tahun. Memang dah berkarat sikitlah kalau nak ceritakan dengan terlalu detail, kan? Anyway, Mya dah nak sambung kisah seram asrama perempuan ni. Harap sudi baca walaupun cara Mya bercerita tak berapa menyeramkan.

Kisah Seram Asrama Perempuan

It was half an hour past midnight. Mya dan beberapa kawan lain tengah berehat dalam surau, sambil tengok-tengokkan adik junior sementara siapkan few homework yang cikgu bagi. Biasanya, bila dah nak dekat trial exam, student Form 3 dan Form 5 akan spend time beramai-ramai di surau sepanjang malam dan bangun awal untuk qiyamullail berjemaah. To be honest, masa Mya form 5 nilah, paling banyak kejadian luar alam yang jadi.

Kawan Mya ni pula, baru lepas singgah surau tengok pelapisnya berlatih. Tepat jam 11.30 malam, dia lepaskan adik-adik junior kami balik bilik dan berborak pasal beberapa perkara dengan kami. Puas jugak kami ajak si kawan ni bermalam di surau. Tapi, dia dan dua orang lagi kawan berkeras nak balik juga malam tu. Dah orang tak nak, takkan kami nak paksa. So, we waved them goodbye dan masuk semula dalam surau. Tak sampai sepuluh minit, these girls datang balik ke surau dengan nafas tercungap-cungap, terus kata nak bermalam je kat sini dengan kami. Malas nak bertanya banyak, kami biarkan je.

The next day, si kawan ni datang ke sekolah dan bertanya dengan kami: "Nak tahu kenapa kami berlari patah balik ke surau semalam?" Bunyi macam ada cerita best, kami pun mengangguk dan pasang telinga je dari mula dia bercerita, sampai ke habis. But, before that, Mya nak beritahu, kawan-kawan Mya ni sebilik dengan Mya. Bilik paling hujung. Okey. Here's her story.

"Kami keluar dari surau macam biasa lepas kau orang masuk. Masa lalu kat bangku batu depan surau tu, kami nampak ada beg merah atas bangku tu. Si A ni pergi tegur. Dia kata, siapalah yang semangat sangat nak pergi sekolah sampai dah letak beg siap-siap kat sini? Juniorlah tu. Kami gelakkan je sebab rasa ayat dia ni kelakar.

gambaran beg merah di atas bangku batu

Masa lalu kat kawasan ampaian antara blok kita dan blok sebelah tu, aku dengar orang menyanyi. Ingatkan si B yang nyanyi sebab macam suara dia. Tapi, bila aku tengok dia, dia tak menyanyi pun. Dan suara menyanyi tu masih ada. Bila tengok muka dia orang berdua, aku tahu dia orang pun dengar jugak suara menyanyi tu. Langkah kami terhenti kejap kat depan tempat ampaian tu. Tanpa sengaja, kami macam mencari arah datang suara tu. Yang pasti, bukan dari dua-dua blok. Tapi, makin lama, suara tu macam makin dekat. Macam dari kawasan ampaian tu jugak.

Tu yang kami terus tak jadi balik bilik. Sebab terfikir jugak, kalau nak balik bilik kena lalu depan bilik kosong tu. Adik-adik banyak dah mengadu pasal bilik tu. Terus lari pergi surau. Bila dah sampai depan gate surau tu, kami tertoleh arah bangku batu depan surau tu. Beg merah tu dah tak ada. Kalau betul beg tu bertuan, kami tak nampak ada orang lain kat luar blok masing-masing since keluar dari surau."

Lepas kawan ni bercerita, kami masih teruskan berqiyamullail di surau. Tapi, kami hadkan masa lepak sampai jam 11.45 malam je. Wajib balik bilik sebelum midnight. Yang nak berqiyamullail, wajib masuk dalam surau sebelum midnight. Cerita ni pun kami hadkan hanya di telinga kami dan orang tertentu sahaja. Bukan apa. Tak nak adik-adik junior jadi takut. Tapi, sampai sekarang, bila lalu kawasan ampaian mana-mana hostel, Mya akan teringatkan cerita ni. 

Cinta Syafiq Kyle hanya untuk Mawar

Sekali sekala buat tajuk kontroversi. Jangan marah aaa~ Siapa geng dengan Mya layan drama Suamiku Paling Sweet setiap petang Isnin hingga Khamis? Meh Mya nak bagi flying kiss. And pada masa sama, Mya nak ucapkan tahniah untuk penulis ANJELL kerana satu lagi novel beliau sudah diadaptasikan kepada drama. Agak lambat sebenarnya entry ni sebab hari ni dah masuk episod ke 19 drama ni kat TV3. My life was a bit hectic lately *buat muka minta kesian* Tapi, pilihan pengarah drama ini iaitu my everlasting favorite actor, Zulhuzaimy memang tak salah apabila gandingan Mawar Rashid dan Syafiq Kyle cukup menjadi di layar.


Sekarang ni, asal scroll je Instagram kat bahagian Discover, mesti akan naik part atau scene yang bersemut bergula dari drama ni. Boleh dikatakan lapan dari dua belas thumbnails di bahagian tu, semuanya berkaitan drama Suamiku Paling Sweet. Yang dah tengok pun, Mya akan ulang dua kali. Untuk puaskan hatilah kononnya. Almaklumlah. Encik suami yang sweet dan hanya cintakan isterinya seorang saja. Tak dapat in reality, berangan or tengok dalam drama pun jadilah.

My most favorite character dalam drama ni sebenarnya adalah Hafiey. Although it's a bit different berbanding novel *umur Hafiey should be 5, bukan 7* tapi lakonan yang dibawa oleh adik comel Nik Adam Mika memang selalu buatkan Mya senyum sendiri. Mana tidaknya, dahlah digandingkan dengan mummy dan daddy yang comel dan segak. Dengan keletah dan ragam yang buas dan pelbagai akal pulak tu. This boy really deserves triple thumbs up *please include ibu jari kaki*


Permainan watak memang menjadi sangat. Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal, si suami yang sweet and considerate, Mawar sebagai Qisha Iriz, gadis muda yang dipaksa kahwin, Fazren Rafi dan Aedy Ashraf sebagai adik beradik yang sangat supportive sampai everybody puji and suka sangat-sangat dan, yang paling penting peranan Natasha sebagai Maya. Memang asyik kena sumpah seranah je watak ni. Nampak tak betapa menjadinya watak masing-masing?

Anyway, good luck for both my sweet Mekwa and hero malaya Syafiq untuk next project. Semoga akan terus berjaya dan bertahan dalam bidang lakonan yang awak berdua ceburi ni.

Kisah Seram Asrama Perempuan (Bahagian 1)

Dah kenapa tiba-tiba Mya nak bercerita pasal kisah seram asrama perempuan pulak kan? Semuanya gara-gara team AFB *geng blogger yang best and banyak membantu* yang buka topik ni pagi tadi. Disebabkan sekarang ni waktu siang, bolehlah kalau Mya nak bercerita. Mungkin ada yang tak tahu yang Mya ni pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh perempuan dulu *bukan SBPA ya* melainkan kawan sekolahlah kan. So, Mya nak beritahu awal-awal yang compilation kisah seram asrama perempuan yang Mya nak ceritakan ni sebenarnya adalah kisah benar yang Mya dan kawan-kawan Mya sendiri alami. Kita tolak kisah adik-adik junior histeria beramai-ramai, kita tolak kisah-kisah biasa macam ada makhluk atas loker dan sebagainya. So, ini kisah seram kami. 

Kisah Seram Asrama Perempuan

Mya takkan susun cerita ikut tahun. Sebab Mya akan tulis apa yang terlintas je. Sebab banyak sangat yang kami dah rasa sepanjang 5 tahun di sekolah ni. Kadang-kadang, ada orang yang kata, dah lali sangat. Cuma bila jadi kat diri sendiri tu, seramnya tetap ada. Tapi, kami simpan jadi kenangan dan pengalaman. Sebab, setiap yang jadi tu, mesti ada puncanya.


Cerita pertama Mya ni terjadi masa Mya di tingkatan menengah atas *tak pasti form 4 atau form 5*. Biasanya, bila dah dekat dengan hari sukan, semua ahli rumah sukan akan berkumpul di satu tempat dan berkumpul sampai lewat sangat. Dah jadi rutin setiap malam akan buat segala kerja siapkan baju untuk pasukan kawad, pasukan sorak dan sebagainya. Biasanya juga, adik-adik junior ni akan dilepaskan awal. Jadinya, kakak-kakak senior ni akan teruskan buat kerja sampai badan dah tak larat sangat.

Nak jadikan cerita, bilik Mya terletak paling jauh dari bilik port kami berkumpul. Dan, sebelah bilik Mya adalah bilik kosong yang tak digunakan. Dulu ada tingkatan 6 yang stay bilik tu. Tapi, kakak-kakak ni diamanahkan untuk jaga adik-adik junor yang banyak sangat kes lemah semangat. So, disebabkan bilik kami ni hujung, nak pergi mana-mana pun mesti akan lalu depan bilik kosong ni. 

It was almost 3AM masa Mya dan dua junior Mya balik dari siapkan bahan untuk hari sukan. Hari sukan tinggal lagi dua hari, mestilah kerja keras sikit bila ada banyak lagi yang belum siap. Dengan lagak tenang, kami berjalan dari bilik port yang berada di blok lain, balik ke blok kami. Memang tak pandang kiri kanan, and jalan pun seiringan macam 3 bujang lapok. It was a very, very calm night. Tak ada angin, tak ada tanda-tanda nak hujan. Nothing was out of its place.

Kami pun jalan ke bilik sambil bincang pasal baju dan pergerakan pasukan kawad yang masih ada sedikit sumbang. Sedar tak sedar, kami dah berada depan bilik kosong tu. Memang tak sedar langsung dah nak sampai bilik until...

PAPP!

Ada bunyi something tampar tingkap masa kami lalu depan bilik kosong tu. Out of reflex, kami bertiga serentak menoleh. It was nothing. Nothing at all. Except, sekeping kalendar yang memang dah lama tergantung kat tingkap tu. Mesti awak nak kata angin tiup kalendar, kan? Remember I did say tak ada angin earlier? Memang tak ada angin. And if ada angin pun, scientifically, bunyi tu tak mungkin dari kalendar tu sebab tingkap bilik bertutup.

Memang tak tunggu lamalah. Pandang depan, terus lari pecut. Nasib baiklah kami bertiga ni wakil pecut rumah sukan. Terus basuh kaki, naik katil, baca doa, dan tidur. Bukan semata sebab takut. Sebab badan dah penat. Esok hari terakhir untuk buat persiapan. Yang pasti, kami bertiga janji tak akan buat kerja sampai 3AM lagi. Baik bawak kerja tu balik bilik dari kena lalu depan bilik tu tengah malam sunyi lagi. Dahlah malam jumaat. Taubat!

Nanti Mya sambung cerita seram versi lain pula. Versi Mya ni banyak yang seram-suram-sepi macam kat atas ni. Mya kongsi versi kawan Mya nanti. Ada banyak lagi. Bonus kisah seram apartment dan jalan raya sekali nanti .

Patut ke pilih hard drive Adata?

Stress betullah dengan external hard disk lama Mya ni. Pantang usik sikit, terus disconnected dari PC or laptop. Sikit je tu. Kalau banyak, mungkin undetected terus selama-lamanya. Tapi, biasalah kan? Dah sebut awal-awal lagi. Barang lama. Memanglah ada masalah. Bila transfer file pun lambat je. So, sambil-sambil tunggu masa nak keluar dengan kawan-kawan lama tadi, sempatlah google latest hard drive yang ada sekarang. Ternampaklah dekat list ada Adata - 11 Street MY. Since, ada kawan-kawan yang pernah guna servis platform ni before, Mya pun klik  je lah link Adata - 11 Street MY tu.

Terbaik. Macam-macam jenis hard drive and flash drive ada. Tapi yang paling Mya suka adalah flash drive Jewel dari Adata ni. Comel and unik sangat. Dahlah flash drive ni warna merah and hitam. Rasa hati macam nak beli je dua-dua warna. Boleh buat koleksi or hadiah. Nak simpan pun senang. Letak je dalam coin purse tu. Kalau nak stay plugged kat laptop pun tak ganggu ruang .

Hard drive Adata | Sumber gambar : Adata - 11 Street MY

Hard drive dia pulak Mya tengok macam trendy jugak. Corak-corak askar gitu. Tapi, yang buat Mya suka dengan hard drive Adata ni bukan sebab corak tu. Tapi, sebab hard drive jenama ni jenis tahan lasak. Dahlah Mya ni jenis perangai letak je semua barang dalam satu beg, angkut ke sana ke mari. Kadang-kadang tu, kalau malas nak berat beg, main tinggal je atas meja. Bercuti lama sikit, balik-balik tengok hard drive dah berhabuk. So, bila tengok yang hard drive Adata ni jenis shockproof, waterproof and dustproof *berapa banyak proof daa~*, memang sesuai sangat la untuk Mya. Dah lah transfer rate cecah 5 gbps . Double times suitable for me yang kelam kabut, ganas, and ikut suka ni.

Hard drive Adata | Sumber gambar : Adata - 11 Street MY

So, sementara harga barang Adata kat 11 Street tengah best ni, Mya nak grab satu jugaklah. Hard disk dah nyawa-nyawa ikan ni. Tahap memang wajib beli hard disk baru. Kalau awak nak jugak, google or klik je Adata - 11 Street My.
Copyright © 2015 Mya Farisha
| Distributed By Gooyaabi Templates