Search This Blog

Wednesday, December 20, 2017

# libur # personal

Team Building di Kombat Zone Paintball, Kemensah

Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang Mya beritahu dalam entri sebelum ni, company tempat Mya bekerja baru je selesai dengan aktiviti team building di Kemensah baru-baru ini. Kena dengan tema problem-solving dan membentuk komunikasi antara ahli, kami sepakat untuk berperang peluru warna. Mya pun sebenarnya baru tahu yang dekat Kemensah ni ada kombat zone untuk paintball. Maklumlah. Selalunya google tempat makan je. Sebab tu pipi makin lebar.
marshall tunjukkan cara pemakaian dan penggunaan utiliti
Sebelum perang bermula, Marshall (penjaga kombat zone) sempat memberi arahan dan amaran tentang apa yang boleh dan tak boleh dilakukan bila dah masuk kombat zone. Masa tengok je  dia bawa keluar senapang angin tu, satu benda je yang terlintas dalam fikiran Mya: ni mesti berat ni. Semua orang pun macam tak fokus dengan penerangan marshall sebab asyik fikir yang masing-masing akan jadi mangsa, terutama geng perempuan.
geng bunga
Bila dah dapat menembak, memang macam tak ingat dunia. Seronok main target geng lawan. Tapi, sakit bila kena tembak tu, Tuhan je yang tahu. Masa tu macam ingat tak ingat je bab kena tembak sebab geram. Rasa hati nak balas balik je. Tapi, seriuslah Mya tak reti nak tembak orang dalam keadaan bergerak. Kalau sharp-shooting target tak bergerak tu, memang Mya boleh. Well, dari mula belajar main kat arcade dulu, Mya asyik main tembak zombie je. Mya mana reti nak main game racing ni.
pinjam gambar kawan kita satulah
Anyway, team Mya berjaya dapat tempat ketiga daripada empat dengan kemenangan bermaruah. Tapi, bila dah main paintball ni, mula rasa nak main arcade balik macam dulu. Seronok jugak kalau sekali-sekala jadi budak tak cukup umur ni. Boleh masuk 'To-do-list' untuk tahun 2018 nanti ni *tak sedar diri umur dah nak masuk 26 ke?* Nasiblah kawan-kawan semua dah jadi mak-mak semuanya. Kalau tak, memang Mya ajak jugak main paintball untuk next reunion *gelak kejam* So, if awak semua stay area Ulu Kelang and mencari tempat untuk main paintball dengan kawan-kawan, awak klik je maps kat bawah ni ye. Roger and Out.

1 comment:

  1. mmg seronok main paintball ni kan tapi tak seronok bila kena tembak. berminggu2 nak ilangkan lebam tu

    ReplyDelete