Search This Blog

Saturday, December 16, 2017

# filem # review

Jumanji: Welcome to the Jungle - dari sisi klasik ke moden

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Dah seminggu since Mya last anjurkan Mystery Giveaway dan hari ni Mya kembali untuk tulis short review on latest movie on the screen, iaitu Jumanji :Welcome to the Jungle. Filem ni sepatutnya mula ditayangkan pada 21 Disember. Tapi entah macam mana, ada pengumuman yang menyatakan Jumanji: Welcome to the Jungle akan mula ditayangkan pada 14  Disember. Sejak dari kali pertama Mya tengok trailer filem ni lagi Mya dah tak sabar nak jejak filem ni. Jadi, memandangkan minggu ni pun Mya tak ada sebarang planning, Mya terus ajak geng pergi tengok.

Jumanji: Welcome to the Jungle - dari sisi klasik ke moden

Masa dalam trailer lagi Mya dah agak tertanya-tanya apa sebenarnya kelainan yang cuba ditampilkan dalam versi Jumanji: Welcome to the Jungle kali ini. Maklumlah saja. Jumanji ni kan dari awalnya lagi dah diperkenal sebagai board game. Tapi dalam trailer filem kali ni, jelas menunjukkan yang empat remaja tu disedut ke dalam video game yang mereka jumpa di dalam basement. Jadi, sebab itulah Mya jadi lagi tak sabar nak tengok filem ni. Secara keseluruhan, Mya bagi 4 bintang untuk Jumanji versi 2017 ni.
Jumanji dalam board game | Jumanji: Welcome to the Jungle 
Macam biasa, I wont comment on cinematography sebab Mya bukanlah pakar sangat pun. Tapi, dapatlah kita tengok suasana hutan dan rimba dari sisi yang lainnya. I was questioning if memang ada kawasan hutan yang cantik macam dalam filem ni. Tapi, encik driver kata memang wujud. Mya memang tak tahulah sebab tak pernah hiking unless once masa sekolah bertahun dulu.

Mya tak tahu bahagian mana paling best atau kelakar sebab throughout the film, Mya memang gelak mengekek je. Nak membayangkan Kevin Hart bawak watak serius tu dah satu hal. Dengan Jack Black lagi. Dwayne 'The Rock' Johnson tu memang macam berada dalam comfort zone dia je dalam filem ni. Sampai Mya tak tahu nak rasa cemas lebih ke nak gelak lebih.

Yang buat Mya bertambah excited is, my first ever crush in Disney Channel is there, as part of the casts and I dont even know about it. Niat asal daripada datang nak tengok Dwayne Johnson dan Kevin Hart berubah kepada nak tengok Nick Jonas semata-mata. Okey, maafkan kakak. Tapi serius. If you are looking for a movie that you can enjoy together with your friends or family this weekend, go to your nearest cinema and book the tickets to this movie now. Tak rugi duit. Memang dari mula, sampai habis, awak akan ketawa tak berhenti.
Hai Nick! | Jumanji: Welcome to the Jungle | sumber : google
Anyway, cepat ajak kawan-kawan dan keluarga pergi tonton filem Jumanji: Welcome to the Jungle ni sebelum terlambat. Be ready to enjoy dan ketawa sakan, guys. Mya nak sambung buat kerja dulu. Roger and Out.

3 comments:

  1. Baru tengok tadi..yeszaaa..best giler..ketawa je dalam panggung..haha

    ReplyDelete
  2. Ha, ni nak tengok...maze runner bulan jan 18 pon nak tengokk..adoi..banyak betul movie lah nak tengokk..hahah..

    ReplyDelete