Search This Blog

Thursday, November 30, 2017

# hiburan

Video Nabila Razali Menangis Viral, Kecewa dengan Aedy?

Assalamualaikum w.b.t. Baru-baru ni viral cerita kononnya, Nabila Razali, penyanyi lagu Cemburu dan Pematah Hati menangis teruk akibat dicurangi pelakon muda yang kini dikatakan rapat dengannya iaitu Aedy Ashraf. Penyanyi itu siap meminta peminat untuk tidak lagi bertanya mengenai perihal dia dan Aedy di akhir video yang viral di Twitter dan Instagram. Aikk, baru je lagi video kononnya Aedy ada bersama semasa sambutan hari lahir Nabila tempoh hari. Nampak mesra je.
Pihak Nabila mahupun Aedy hanya mendiamkan diri selepas video itu mula viral dan netizen mula membuat spekulasi yang pelbagai dari video yang satu tu. Mya pun nyaris terjebak. Nasib baik masa tu tengah sibuk dengan kerja. Jadinya, Mya just biarkan cerita hangat ni berlalu macam angin je. Aedy yang pada masa sama sibuk dengan kerjayanya memang Mya tengok langsung tidak membalas komen negatif netizen kepadanya. 

Haa, ambik kau. Sekali Hael Husaini dan Nabila Razali memuat naik serentak video di sebalik tabir pengambaran MV Pematah Hati. Maka terjawablah semua soalan. Termasuklah mengenai hubungan baik antara Nabila dan Aedy yang dikatakan sangat mesra. Nabila siap memberitahu bahawa video dia menangis yang viral hari tu hanya gimik untuk mempromosikan music video terbarunya. Jadi, maknanya, semua ni cuma lakonan semata-matalah. Amboi, taktik promo. Habis satu Malaysia terkena.

Anyway, jom kita tengok music video terbaru dari Nabila Razali ni. Sambil-sambil layan hati lepas kena game dengan Nabila dan Aedy pasal hubungan cinta tak jadi mereka. Roger and Out.

No comments:

Post a Comment