Search This Blog

Thursday, November 23, 2017

# kecantikan # personal

Rahsia Mya jaga kulit wajah

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni macam terasa nak berkongsi rahsia Mya jaga kulit wajah supaya tak kerap dikunjungi Cik J. Perghh. Tajuk dengan intro nak kontroversi aje, kan? Memanglah ada orang yang kata, masalah Cik J ni sebenarnya bergantung kepada hormon dan jenis kulit muka kita sendiri. Tapi, sebenarnya, walau apa pun puncanya, kita kena jaga supaya kulit muka kita tak cepat naik jerawat ataupun bekas dia tak tinggal teruk atas muka kita.

Rahsia jaga kulit wajah untuk cegah jerawat

Banyak orang yang cakap dengan Mya yang Mya ni bertuah sebab muka susah nak naik jerawat ataupun bekas jerawat tak tinggal lama kat muka. Yang menjadi penambah perasa adalah bila mereka dapat tahu yang Mya sejenis yang sangat malas cuci muka dengan pencuci. Jadi, konklusinya, ramai yang fikir kulit muka Mya ni originally normal dan memang susah naik jerawat.

To be honest, dulu, kulit muka Mya jenis berminyak terlampau sebab banyak berjemur tengah panas. Tu yang dari kulit cerah manis jadi dayang senandung sejak dari zaman sekolah menengah sampailah Mya habis belajar diploma. Jerawat senang naik walaupun senang hilang. Tapi, then, Mya mula belajar nak jaga kulit muka. Mya study semua cara termasuklah cara tradisional, organik, kimia semuanya. Mana yang elok, mana yang tak kena dengan kulit muka. Memang agak banyaklah produk yang Mya dah cuba pakai.
Current savior :)
Tapi, sebenarnya, sebelum kita usaha nak hilangkan jerawat, kita kena belajar punca jerawat tu muncul dulu. Mula dengan kenali kulit wajah kita jenis yang macam mana. Kalau jenis berminyak, cuba cari pencuci yang sesuai dengan kulit berminyak tu. Sama juga mekap. Cari produk yang betul-betul sesuai. Oh ya. Lepas pakai mekap, jangan lupa cuci dengan makeup remover dan pencuci. 

Seeloknya, cari makeup remover yang jenis air. Pakai sekali untuk tanggalkan mekap dan cuci dengan pencuci muka. Selepas itu, oles lembut dengan makeup remover sekali lagi sekadar untuk memastikan tak ada lagi mekap yang tinggal atas kulit. Pakar kulit banyak menyatakan yang antara punca jerawat adalah mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya. Bila kulit muka dah bersih, boleh la sapukan pelembab atas muka. Kalau boleh, cari yang ada serum yang boleh bantu baiki kulit sekali. Once in a while, pakai mask pula instead of moisturizer. Kulit muka akan jadi lebih segar dan nampak glowing dengan cara macam ni.

So, itulah serba sedikit caranya macam mana kita nak jaga kulit muka kita. Cegah sebelum rawat. Cari punca sebelum penyelesaiannya. Barulah senang untuk kita nak rawat masalah kat kulit muka kita ni. Okey? Roger and Out.

2 comments:

  1. kite pun sekarang guna product garnier je kak.memang alhamdulillah jerawat kurang.

    ReplyDelete
  2. Kak Ain sekarang pakai produk homemade organic.
    Mula-mula naik jerawat teruuuukkk..!! proses detox kulit wajah. Jerawat2 lama tu keluar banyak..hahahahaha.. Gerun tengok muka sendiri.. :(

    Tapi sekarang dah beransur pulih. Slow but steady.. hehehehehe.. and yes, kak ain jatuh hati dengan Face Oil. Rasa lain macam best.. :)

    ...

    ReplyDelete