Search This Blog

Monday, November 27, 2017

# info # personal

Kemaskini maklumat BR1M bermula hari ini

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni semua dah boleh mula kemaskini maklumat BR1M masing-masing di https://ebr1m.hasil.gov.my/ untuk tahun 2018. Jadi, Mya nak kongsi sikit cara guna website baru ebrim untuk awak kemaskini maklumat awak. Sama juga untuk awak yang perlu membuat permohonan baru. Proses yang ada mungkin masih sama. Cuma paparan sahaja yang banyak berubah.

Kemaskini Maklumat BR1M

Kalau dulu, ada menu jelas untuk permohonan baru dan kemaskini maklumat. Untuk kali ini, untuk kemaskini maklumat, awak perlu klik pada menu MyBR1M di sebelah menu Permohonan Baru. Seterusnya, awak akan dibawa ke satu laman yang memerlukan awak memasukkan nombor kad pengenalan awak. Klik pada log masuk ye. 
Kalau maklumat awak masih valid di dalam sistem, awak akan dibawa ke laman seterusnya yang memaparkan beberapa menu seperti Semakan Status Permohonan, Kemaskini Permohonan, Cetakan Permohonan, Peti Mel dan Maklumbalas. Klik pada Kemaskini Permohonan untuk kemaskini sebarang maklumat yang perlu. Jika tiada yang mahu dikemaskini, terus scroll ke bawah untuk masukkan kod pengesahan dan klik pada akuan pemohon (popup). 

Jika maklumat awak sudah tidak valid, sistem akan memaparkan makluman di bawah ruang carian dan awak bolehlah teruskan ke bahagian seterusnya, iaitu PERMOHONAN BARU.

Permohonan Baru BR1M

Sama seperti dalam bahagian kemaskini, awak cuma perlu klik Permohonan Baru dan kemudiannya awak akan dibawa ke laman seterusnya yang memerlukan awak memasukkan nombor kad pengenalan. Klik Hantar dan sistem akan menunjukkan borang kosong yang sudah diisikan nama penuh dan nombor kad pengenalan awak. Isi ruangan yang perlu dan klik hantar. Jangan lupa masukkan kod pengesahan dan klik pada akuan pemohon. 
So, selamat mengemaskini dan membuat permohonan BR1M 2018 ye semua. Now, bermula episod menunggu pulak . Marilah kita semua bertabah bersama-sama ye. Roger and Out.

4 comments: