Search This Blog

Tuesday, November 7, 2017

# info # makan

Ayamas Kitchen tampil dengan koleksi Ready-To-Eat

Assalamualaikum w.b.t. Pada hari Sabtu yang lepas, Mya cukup bertuah kerana dapat menyertai Ayamas Kitchen Ready-To-Eat range Bloggers' Lunch Party yang telah diadakan di Ibu Pejabat Ayamas Kitchen yang berada di Shah Alam. Ramai juga blogger-blogger hebat yang turut terlibat. Rasa kerdil sekejap bila sampai di tempat kejadian. Tapi, bila nampak je barisan produk terbaru Ayamas Kitchen iaitu Ayamas Kitchen Ready-To-Eat siap terhidang di depan mata, terus hilang rasa kerdil tu *dilema seorang food hunter*

Ayamas Kitchen tampil dengan koleksi Ready-To-Eat

Kedai Ayamas yang sebelum ini cukup terkenal dengan rangkaian produk ayam sejuk beku dan sos perasa berkualiti tinggi dan menjadi pilihan pengguna kini tampil dengan rangkaian produk baharu yang sememangnya diilhamkan daripada kehendak dan keperluan kehidupan pengguna yang kian sibuk dan mengejar masa. Dengan koleksi Ready-To-Eat yang terbaru ini, hidangan lengkap dapat disediakan hanya dalam lima minit.

Mya sempat merasa ketiga-tiga jenis hidangan terbaru yang diperkenalkan oleh Ayamas Kitchen, iaitu Briyani Bukhara Ayam, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala. Sememangnya sedap dan lengkap. Tak perlu risau kalau-kalau perlu menyediakan nasi dan lauk secara berasingan kerana bungkusannya telah disekalikan dan awak cuma perlu panaskan dengan microwave sahaja. Kalau awak tak ada microwave pun tak apa. Masih ada cara lain untuk menikmatinya. Awak boleh cuba kaedah kukus pula. Sama seperti di-microwave, awak cuma perlu cucuk bahagian atas dengan garfu beberapa kali, bagi memudahkan proses memasak.

Pilihan Mya semestinya Briyani Bukhara Ayam. Tetapi, yang lain pun tidak kurang enaknya. Awak yang malas nak memasak di hujung minggu atau yang terkejar-kejar masa untuk sediakan makan tengah hari atau makan malam tu, bolehlah cuba dapatkan koleksi Ayamas Kitchen Ready-To-Eat ini dan simpan dalam peti sejuk awak siap-siap. Buat kata orang putih, 'emergency case'. Kat mana nak dapatkan? Cuba check lokasi Kedai Ayamas yang mungkin berada berhampiran di sini.

Untuk lebih banyak info dan maklumat mengenai Ayamas Kitchen Ready-To-Eat range ni, awak boleh like dan follow facebook page rasmi Ayamas Kitchen atau terus ke laman web rasmi www.kedaiayamas.my , okey? Ini baru betul-betul mudah dan sedap!

12 comments:

  1. Bagus ada set ready to eat macam ni...bagus untuk orang bujang macma kita kan

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. betul la Bonde... senang nak bawa travel.. :)

      ...

      Delete
  3. Bagusnyaaa. Senang nak bawa ke mana-mana kan. Sedap pun nampak sodapp tuu. Terliur den hahaha

    ReplyDelete
  4. Wajib jadi kn stok ni. Semua sedap dan mudah nk sediakan.

    ReplyDelete
  5. Wah.. Terliur tgk yg nasik kandar tu.. Mesti yummy kan..

    ReplyDelete
  6. must try ni..! expecially yang Nasi Kandar tu.. :)

    ...

    ReplyDelete
  7. set macam ni senang juga kalo bw utk travel

    ReplyDelete
  8. No alasan tak pandai masak dah lepas ne

    ReplyDelete
  9. Bagus ni..senang nak bawa travel or bila bz kan?

    ReplyDelete
  10. Senang makanan camni. Senang kalau bawa travel jugak kan.

    ReplyDelete