Search This Blog

Thursday, October 19, 2017

# personal # travelog

Pengalaman berehat di Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. It's been a while since Mya sempat nak update blog ni. Jadi memandangkan Mya dah aada masa ni, Mya nak share sikit gambar-gambar masa Mya naik ke Bukit Tinggi baru-baru ni. Ramai yang datang ke sini sebab struktur bangunan kat sini seolah-olah kita berada di tengah kota Perancis. Terasa macam Disneyland sikit la bila datang jejakkan kaki kat sini. Cuma Mya tak sempat nak masuk ke kawasan lain sebab Mya naik ke atas pun dah agak lewat.

Pengalaman berehat di Bukit Tinggi, Pahang

Untuk masuk ke Colmar Tropicale French Theme Resort atau lebih senang dipanggil sebagai French Town ni, awak cuma perlu bayar di pondok tiket yang juga pintu masuk ke kawasan ini. Teruskan perjalanan ke arah kanan untuk ke French Town atau awak boleh juga meneroka tarikan lain yang juga ada dalam kawasan ini. Antaranya adalah, Horse Trails untuk awak melihat atau menunggang kuda, Rabbit Park untuk melihat arnab-arnab comel ataupun Japanese Village yang turut menampilkan Taman Botani dan Tatami Spa.
Memang hampir semua bangunan di dalam kawasan French Town ni rupanya macam dalam gambar kat atas ni. Aduhai, dah nama pun French Theme Resort kan? Apa yang ada dalam kawasan ni? Untuk yang nak berehat dan makan-makan, ada beberapa restoran dalam kawasan ni. Tapi, Mya tak boleh nak beri kepastian range harga sebab Mya tak cuba pun makan di sini. Tapi, untuk maklumat lanjut, awak boleh je bertanya dengan mana-mana petugas yang ada di sekitar kawasan resort ni.
Oh ya! Kat sini pun ada kolam angsa tau. Betul-betul di bawah jambatan yang menghubungkan jalan dengan French Town ni. Kalau tak salah kiraan Mya, ada lebih kurang empat ekor angka kesemuanya. And dont be shock! Ada angsa hitam tau kat situ. But, it's not the ugly duckling like how we always knew in those fairytale. To me, the black one is the most gorgeous one, out of all . Tapi, Mya dapat tengok dari jauh je. Nak tengok dekat-dekat, belum sempat turun tangga, orang dah berkerumun. Sabar je lah mak, nak.
Selesai cuci mata, kita pun terus balik tanpa menunggu lama. Awak-awak yang lain, if nak datang ke Bukit Tinggi ni, sila datang awal supaya awak ada masa untuk melawat semua tempat dalam kawasan ni. Ada peluang, awak boleh berangan jadi prince atau princess untuk 10 minit dengan menunggang kuda di Horse Trails tu. Sekian.

4 comments:

  1. Singgah sini, wah mya,, fefeeling dok kota perancis jap.. cantik la pemenadangan sana

    ReplyDelete
  2. mahal makan kt sini. standard oversea.. tu pun ada member bgtau la.. sy xpnah jejak lg.. nanti inshaAllah nak pegi jugak bergambar. nampak cantik! :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah. Jom join GA saya, anda dijemput! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  4. Dah pernah pergi..tapi sini tak sesejuk GH and CH kan...boleh la

    ReplyDelete