Search This Blog

Monday, October 30, 2017

# hiburan

Black : Kelebihan atau Sumpahan?

Assalamualaikum w.b.t. Siapa kat sini ada nampak kat timeline dia, melintas beberapa trailer untuk drama terbaru Korea yang bertajuk Black? Drama Black ni sekarang dimainkan dalam siaran OCN pada setiap sabtu dan ahad dan sudahpun masuk ke episod enam. Spoiler alert! Mya mungkin akan cerita sedikit bahagian daripada episod satu. Lagipun, daripada series of trailers yang awak semua tonton di Facebook sejak beberapa minggu lepas pun rasanya sudah boleh memberi gambaran kasar macam jalan drama ni.

Black : Kelebihan atau Sumpahan?

Ha Ram (Go Ara) adalah seorang gadis yang seorang memakai cermin mata hitam kerana kebolehannya melihat bayangan kematian yang berada berhampiran orang yang akan meninggal dunia. Namun, dia sebenarnya amat membenci kebolehannya itu dan menganggap ianya sebagai suatu sumpahan. Malahan, kerana kebolehannya itu, dianggap gila dan digelar pengganas hanya kerana dia terselamat dari satu kejadian malang yang menimpa sebuah kapal terbang. Namun begitu, dalam suatu kejadian lainnya, dia bertemu dengan Moo Gang (Song Seung Heon) yang dalam diam sedang cuba menyiasat kisah silamnya.

Bagi awak yang sukakan drama yang bercorak dan bergenre separa seram plus thriller plus imaginasi, boleh cuba tengok drama ni. Agak twisty sedikit jalan ceritanya, tapi masih mudah untuk difahami. Bagi Mya, Go Ara berjaya bawakkan watak Ha Ram dengan baik. Sesuai dengan karekter dia sendiri. Mungkin sebab jalan cerita dia yang berentak 'gelap' dan kurang 'mushy-mushy' cintan-cintun leleh-leleh yang sememangnya kurang sesuai dengan Go Ara *pandai-pandai kau je*

Total keseluruhan episod untuk drama Black ini adalah 16 episod dan dijangka tamat pada 3 Disember. Jadi, pada yang baru nak mula tengok, jangan risau. Masih sempat lagi. Oh ya. Kenapa tajuk cerita ni Black? Yang tu, awak kena tengok sendiri. Sebab kalau Mya bagitahu, dah jadi dua kali spoiler alert *gelak nakal* Jangan lupa tengok ye. Nanti komen pendapat awak pula ye.
Roger and Out.

No comments:

Post a Comment