Search This Blog

Thursday, October 19, 2017

Pengalaman berehat di Bukit Tinggi, Pahang

12:35 PM 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. It's been a while since Mya sempat nak update blog ni. Jadi memandangkan Mya dah aada masa ni, Mya nak share sikit gambar-gambar masa Mya naik ke Bukit Tinggi baru-baru ni. Ramai yang datang ke sini sebab struktur bangunan kat sini seolah-olah kita berada di tengah kota Perancis. Terasa macam Disneyland sikit la bila datang jejakkan kaki kat sini. Cuma Mya tak sempat nak masuk ke kawasan lain sebab Mya naik ke atas pun dah agak lewat.

Pengalaman berehat di Bukit Tinggi, Pahang

Untuk masuk ke Colmar Tropicale French Theme Resort atau lebih senang dipanggil sebagai French Town ni, awak cuma perlu bayar di pondok tiket yang juga pintu masuk ke kawasan ini. Teruskan perjalanan ke arah kanan untuk ke French Town atau awak boleh juga meneroka tarikan lain yang juga ada dalam kawasan ini. Antaranya adalah, Horse Trails untuk awak melihat atau menunggang kuda, Rabbit Park untuk melihat arnab-arnab comel ataupun Japanese Village yang turut menampilkan Taman Botani dan Tatami Spa.
Memang hampir semua bangunan di dalam kawasan French Town ni rupanya macam dalam gambar kat atas ni. Aduhai, dah nama pun French Theme Resort kan? Apa yang ada dalam kawasan ni? Untuk yang nak berehat dan makan-makan, ada beberapa restoran dalam kawasan ni. Tapi, Mya tak boleh nak beri kepastian range harga sebab Mya tak cuba pun makan di sini. Tapi, untuk maklumat lanjut, awak boleh je bertanya dengan mana-mana petugas yang ada di sekitar kawasan resort ni.
Oh ya! Kat sini pun ada kolam angsa tau. Betul-betul di bawah jambatan yang menghubungkan jalan dengan French Town ni. Kalau tak salah kiraan Mya, ada lebih kurang empat ekor angka kesemuanya. And dont be shock! Ada angsa hitam tau kat situ. But, it's not the ugly duckling like how we always knew in those fairytale. To me, the black one is the most gorgeous one, out of all . Tapi, Mya dapat tengok dari jauh je. Nak tengok dekat-dekat, belum sempat turun tangga, orang dah berkerumun. Sabar je lah mak, nak.
Selesai cuci mata, kita pun terus balik tanpa menunggu lama. Awak-awak yang lain, if nak datang ke Bukit Tinggi ni, sila datang awal supaya awak ada masa untuk melawat semua tempat dalam kawasan ni. Ada peluang, awak boleh berangan jadi prince atau princess untuk 10 minit dengan menunggang kuda di Horse Trails tu. Sekian.

Friday, October 13, 2017

[LIRIK] Jangan - Aziz Harun (OST Awak Suka Saya Tak?)

7:50 PM 3 Comments
[LIRIK] Jangan - Aziz Harun (OST Awak Suka Saya Tak?)[LIRIK] Jangan - Aziz Harun (OST Awak Suka Saya Tak?)

[LIRIK] Jangan - Aziz Harun
(OST Awak Suka Saya Tak?)


Tiada tiada lain ku cinta,
Hanya dirimu yang ku puja
Di mana saja pun kau berada
Di sini ku selamanya

Biarpun beribu batu
Aku akan setia menunngu
Biarpun harus ku merindu
Hanya satu i ask of you

Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby i love you

Hari demi hari beganti
Sentiasa aku di sini
Menunggu saat kau sedari
Aku yg kau cintai

Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby i love you

Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby i love you

Ku tahu kau mahu
Aku selalu ada dgn dirimu–uuu
Tak perlu ragu ku milik mu
This song is for you

Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan.. merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan aku
Sumpah sakit baby i love you

Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk selalu
Sabar ku tunggu selalu
Sumpah sakit baby i love you

Sunday, October 1, 2017

The Foreigner : Kisah si Ayah yang kehilangan

12:33 PM 7 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Sejauh mana yang sanggup awak lakukan demi menuntut bela atas kematian insan yang tersayang? Sanggupkah awak korbankan semua demi mencari kebenaran atas kejadian malang yang menimpa satu-satunya ahli keluarga yang tinggal? Pastinya kita akan kata "Ya. Saya akan lakukan apa sahaja demi kebenaran sebenar." Tapi, filem The Foreigner akan buat awak berfikir dua kali sebelum menjawab soalan sebegini di lain kali. Lakonan hebat dari pelakon aksi hebat yang sememangnya disanjungi semua di seluruh pelusuk antarabangsa ini tak perlu disangkal lagi. Jackie Chan berjaya membawa kita mendalami hati seorang ayah yang kehilangan anak perempuannya dalam sebuah letupan yang dirancang dalam The Foreigner yang baru mula ditayangkan semalam.

The Foreigner : Jackie Chan vs Pierre Brosnan

Filem The Foreigner ni sebenarnya adalah adaptasi daripada novel The Chinaman yang telah ditulis oleh Stephen Leather yang telah dibukukan pada tahun 1992. Apa yang menariknya, biarpun sudah banyak kali kita mendengar kononnya Jackie Chan akan bersara dari dunia lakonan filem aksi, beliau sentiasa membuatkan kita menantikan yang terbaru dan terbaik. Seperti yang tertulis pada kulit muka novel ini, filem ini penuh dengan aksi dari seorang ayah yang ingin membalas dendam demi kematian anaknya yang menjadi mangsa letupan pengganas.
The Foreigner
Tak banyak yang mampu Mya komen. Sebab, sepanjang tayangan filem ni, Mya sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dengan jalan ceritanya yang sedikit sebanyak tidak diduga. Mya mengakulah yang Mya belum pernah baca novel The Chinaman ni. Tapi, Mya memang banyak terkedu dengan jalan cerita yang seriously terbaik. Lakonan para pelakon tu memang tak payah komenlah. Barisan nama pelakon veteran seperti Jackie Chan dan Pierre Brosnan sudah cukup menunjukkan setinggi mana kualiti filem ini.
Kalau awak nak tengok filem aksi sebagai hidangan sampingan awak di hujung minggu ni, Mya sangat cadangkan untuk pergi menonton The Foreigner ni. Man, I'm so glad to see the Guy is back in action track after his appearance in Skiptrace and KungFu Yoga. Sorry, fans. Those movies really not my kind of cup of tea.

Senarai Peserta Segmen Bloglist Oktober

11:25 AM 1 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Sedar tak sedar, hari ni bulan Oktober sudah pun menjenguk kita. Tinggal tiba bulan lagi sebelum tahun 2017 akan berakhir dan 2018 pula akan bermula. Semoga semua amalan baik kita sepanjang tahun ini dikira baik dari kiraan tahun masihi mahupun hijriah. Baiklah sebelum Mya mula melalut jauh, Mya nak ucapkan terima kasih pada rakan-rakan blogger yang sudi join segmen Mya yang baru je berakhir semalam. InsyaAllah, selewat-lewatnya esok Mya akan umumkan blog yang terpilih sebagai Bloglist Oktober Mya beserta seorang pemenang hadiah misteri daripada Mya. Sekarang, Mya akan senaraikan blog yang sudah pun mengambil bahagian. Terima kasih sekali lagi. Readers yang baik hati bolehlah jalan-jalan di blog mereka juga.