Search This Blog

Thursday, September 21, 2017

# info # nurani

Ujian Personaliti : Kotak

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Buat apa tu? Dah mula terfikir aktiviti untuk cuti esok ke? Kalau ya, sep sikit. Kita geng. Okey, sementara tengah fikir-fikir pasal aktiviti yang nak dibuat esok, jom kita uji diri sedikit? Ujian ni sebenarnya Mya dapat dari video yang dikongsikan oleh facebook page BuzzFeed. Oleh sebab Mya rasa test ni menarik, Mya nak kongsi dengan semua orang. Jom kita mulakan.

Ujian Personaliti


Cuba bayangkan yang awak sedang berjalan di tengah padang pasir dan ketika ini, awak nampak satu kotak. Dah bayangkan? Okey. Sekarang, jawab semua soalan ni dalam hati. Atau, mungkin ditulis di atas satu kertas kosong. Sebab semua jawapan ini ada kaitan dengan analisis kita di hujung nanti. Bayangkan sekali lalu sahaja. Tak perlu terlalu kreatif.

Berapa besar saiz kotak tersebut?
Kotak tersebut diperbuat daripada bahan apa? 
Dan berapa jauh kotak tersebut dari tanah?

Selesai bahagian pertama. Mari kita teruskan dengan bahagian kedua. Bersedia? Okey. Sekarang, cuba bayangkan pula, berhampiran kotak tersebut ada tangga. Di mana-mana sahaja berhampiran.

Di mana perkaitan tangga itu dengan kotak tadi?
Dan tangga itu diperbuat daripada apa?

Jom kita teruskan dengan bahagian ketiga. Bayangkan pula, di mana-mana berhampiran kotak dan tangga tadi, ada seekor kuda. Adakah kuda tersebut memakai apa-apa kelengkapan seperti tali, saddle penunggang atau sebagainya? Dan apakah yang sedang kuda itu lakukan ketika ini?

Baiklah, langkah terakhir. Tahniah atas kesungguhan dan keteguhan awak. Mari kita teruskan. Bayangkan, untuk kali yang terakhir, ada ribut yang tiba-tiba datang. Berapa jauh ribut tersebut daripada kotak, tangga, kuda dan bunga tadi? Adakah awak takut dengannya?

Analisis Personaliti

Saiz kotak yang awak bayangkan melambangkan saiz ego awak, manakala tahap transparency kotak tersebut melambangkan tahap keterbukaan awak kepada orang lain.Dan seberapa hampir kotak tersebut dengan tanah menunjukkan berapa mendalamnya jiwa awak.

Jarak antara tangga dan kotak pula menunjukkan berapa akrabnya awak dan rakan-rakan awak. Dan sekiranya awak membayangkan tangga tadi bersandar pada kotak, itu bermakna rakan-rakan awak boleh bergantung harap kepada awak. Oh ya. Semakin teguh bahan yang digunakan untuk membuat tangga tersebut,semakin kuat hubungan awak dengan rakan-rakan.

Kuda yang diikat ataupun dipasang peralatan menandakan awak seorang yang mahu lebih kuasa dalam hubungan. Dan semakin bebas kuda yang awak bayangkan, bererti awak juga sukakan hubungan yang bebas. Maksud bebas di sini adalah hubungan yang tidak terlalu terikat dengan terma. Mungkin awak dan pasangan sukakan cabaran atau sama-sama suka melancong dan meneroka tempat baru.

Last but not least, ribut tadi melambangkan stress. Semakin dekat dan semakin menakutkan ribut yang awak bayangkan, menandakan tahap stress yang sedang awak alami.

Jadi, bagaimana keadaan diri awak ketika ini? Adakah betul bayangan awak melambangkan personaliti diri awak yang sebenarnya? Jika personaliti awak lebih menjurus kepada negatif, jangan takut untuk berubah. Jika awak berada dalam kawasan positif, teruskan. Sekian

1 comment: