Search This Blog

Wednesday, August 30, 2017

# filem # review

[Review] The Hitman's Bodyguard

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Lama tak update, kan? Sebenarnya, bukan Mya sengaja tak nak update blog kesayangan Mya ni. Tapi, disebabkan Mya sekarang berada di luar bandar atas urusan kerja, terpaksalah tangguhkan niat nak menulis ni. Tapi, hati ni tak sabar sangat rasanya nak berkongsi mengenai filem terbaru lakonan Ryan Reynold dan Samuel L. Jackson iaitu The Hitman’s Bodyguard. Dari tajuk pun kita dah boleh agak genre filem ni macam mana. Tapi, jangan risau. Walaupun rate filem ni untuk 18 tahun ke atas, filem The Hitman's Bodyguard ni taklah seserius mana. Malah, siap diselitkan dengan beberapa mesej pendek yang agak penting dan berguna.

The Hitman's Bodyguard


Sejujurnya, jalan cerita filem ni sangat mudah dan senang nak faham. Tak ada terbelit kat mana-mana pun. Malah, ada antara pengkritik barat yang berpendapat filem ini terlalu cliche dan mudah. Tapi, bagi Mya, watak Kincaid dan Bryce yang dibawakan Samuel L. Jackson dan Ryan Reynold masing-masingnya ada keistimewaan sendiri yang membuatkan kita rasa terikat dengan filem ni. Ayat-ayat dalam filem ni pun mudah dan ada antaranya membuatkan kita rasa related *mungkin Mya je rasa macam tu*

Samuel L. Jackson ni memang pandai bawak watak yang berkarakter ganas tapi kelakar. Mungkin sebab ekspresi muka dia sendiri yang selalunya memang bersahaja tu buatkan lakonannya memang menjadi *amboi, bajet pengkritik dan pelakon hebat ke?* My favorite, Mr. Reynold ni macam biasa lah. Kalau tak, takdelah Mya minat dia, kan? Oh ya. Salma Hayek pun ada. Berlakon sebagai isteri kepada pembunuh upahan terhebat, dia memang ada karakter yang tersendiri. 

Nak cerita panjang-panjang, takut tercerita jalan cerita pulak. Dah jadi spoiler. Tapi, kalau awak nak tengok cerita dengan jalan cerita yang ringan, yang confirm boleh buatkan awak ketawa, pergilah ajak kawan-kawan menonton filem The Hitman's Bodyguard ni. Ramai juga yang masih belum pergi menonton filem ini khabarnya walaupun sudah keluar di panggung sejak 18 Ogos lepas. 

3 comments:

  1. Macam best je.. nanti nak try tengok..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.
    Hi..Saya datang menjenguk..
    nak follow mya.. tp tengok-tengok button dah dah jadi unfollow.
    Dah pernah follow rupanya. hehehe!
    #AfbDotMy
    #AFBians

    ReplyDelete
  3. filem ni menarik sebab 2 pelakon utama tu mantap, cuma masa tengok kat wayang hari tu aku penat sangat lepas balik dari ofis,banyak part jugaj tertidur, tak boleh bukak mata aku

    ReplyDelete