Search This Blog

Wednesday, August 2, 2017

# makan # resepi

Resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Resepi yang Mya nak share hari ni simple je sebenarnya. Almaklumlah, orang bujang la katakan. Masak pun untuk makan sendiri je. Sotong tu pun kebetulan Mya beli buat simpanan kalau-kalau mood nak makan seafood muncul tiba-tiba. Fikir punya fikir, terasa nak makan Sotong Goreng Kunyit Cili Padi pulak. Jadinya, Mya geledah dapur, tengok bahan-bahan yang ada cukup ke tidak. Taraa... maka siaplah Sotong Goreng Kunyit Cili Padi cara Mya.
Resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi

Resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi

Bahan-bahan:
Sotong
Minyak (dua sudu besar)
Bawang kecil
Bawang putih
Cili Padi (sesuka hati)
Sos tiram
Air (untuk kuah)
Gula / Garam / MSG 

Cara Memasak:
Bersihkan sotong dan perapkan dengan kunyit dan garam secukupnya. Biarkan sekejap sementara memotong bawang dan cili padi. Untuk lebih rasa, potongkan cili padi secara menyerong. 

Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau. Masukkan sedikit sos tiram untuk menambahkan rasa. Gaul sebati. Masukkan pula sotong yang sudah diperap dengan kunyit tadi. Kalau awak mahukan ia sedikit berkuah, tambahkan air dan gaul lagi hingga sebati. Kacau sehingga sotong mula masak. Masukkan cili padi dan gaul lagi. Adjust rasa dengan gula dan garam. Biasanya tak perlu gunakan banyak garam pun sebab rasa garam masa perap tadi sudah ada.

2 comments:

  1. Seafood is always my fav...especially sotong...

    ReplyDelete
  2. wahhh..rasa petg ni kena makn sotong.hahahahahah

    ReplyDelete