Search This Blog

Sunday, August 13, 2017

# makan # personal

Projek Food Hunting di Melaka dan Johor

Assalamualaikum w.b.t. Mungkin ada antara awak yang sudah sedia tahu mengenai projek food hunting yang Mya dan kawan-kawan baik Mya dah sempurnakan semasa hujung minggu lepas. Tapi, bagi yang belum tahu, Mya sebenarnya baru sahaja selesai menjelajah dua negeri di selatan tanah air untuk mencari makanan-makanan yang boleh dikira viral dalam kalangan penduduk setempat di Melaka dan beberapa daerah dalam negeri Johor. Nak tahu makanan apa yang dah Mya cuba di Melaka dan Johor? Jom kita mulakan pengembaraan masa kita.

Klebang Original Coconut Shake, Klebang, Melaka

Klebang Original Coconut Shake ni memang terkenal sangat. Semua orang pun mesti pernah dengar pasal coconut shake kat Klebang ni walaupun tak pernah sampai kat sini. Memang beratur panjang bila nak beli minuman ni. Dahlah badan tengah panas sebab pergi meredah Padang Pasir Klebang *buat hal* Tiba-tiba dapat minum coconut shake sejukkkkk je. Memang puas hati dan rasa macam tak cukup. Sebekas pun taklah mahal mana kalau nak dibandingkan rasanya yang memang tak cukup sebekas. Memang patutlah coconut shake Klebang Original ni viral.

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball, Melaka

Yang ini sebenarnya, out of nowhere je kami punya plan makan tengah hari kat sini. Lunch yang tak berapa nak lunch sangat sebab dah pukul tiga petang masa kami sampai. Boleh tahan ramai jugak orang yang datang ke kedai ni. Sampaikan kami bertiga perlu berkongsi meja dengan satu pasangan ni. Rasanya mereka berdua pun food hunting macam kami jugak *jahatnya Mya curi dengar orang bersembang* Ampun ya, awak berdua.

Paling famous kat sini sebenarnya Chicken Rice Ball. Tapi, disebabkan kami bertiga dah lapar sangat dan rasa macam nak makan something yang berat terus, kami sepakat memesan Chicken Rice Plate. Tak berapa banyak kuantitinya kalau nak dibandingkan harga. Tapi, memang sedap. Seriously kami bertiga makan sampai licin pinggan *ke licin sebab lapar?*
Baru-baru ni viral pasal kes tuan kedai ni tampar pekerja Indonesia-nya yang agak slow bila buat kerja. Tapi, Mya tak nak cerita pasal tu. Bab tu, awak kena pergi ke kedai ni. Tengok dan nilai sendiri. Sebab, ada benda yang kita nampak macam lain, tapi hakikatnya lain. Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu *ambil ayat iklan tahun 2000 something*

Mee Bandung Muar

Orang kata, kalau dah berniat ke Johor tu, kena pekena Mee Bandung Muar dulu. Kami ambil langkah mudah dengan terus ke pekan Muar. Sebenarnya, banyak je kedai yang jual Mee Bandung Muar ni. Tapi, bak kata Cik Dee, kenalah pandai cari kedai yang sediakan mee yang betul-betul sedap. Tapi, disebabkan kami tak tahu mana kedai terbaik, kami singgah di Maharani Uptown. Tak banyak yang boleh Mya komen sebab jujurnya, Mya tak makan pun. Tapi, kalau tengok dari visual, ada rasa menyesal sikit sebab tak cuba Mee Bandung ni hari tu.

Kacang Pool Haji, Larkin, Johor

Misi food hunting disambung ke episod dua keesokkan harinya. Kami decided untuk mulakan hari dengan makanan yang paling disebut-sebut oleh orang Johor Bahru. Asal tanya je, mesti nama kacang pool ni akan disebut. Tapi, sekarang, kira kami dah tahulah kenapa ramai yang suggest untuk cuba kacang pool ni. Memang sedap. Verdict on it? Meh Mya nak quote ayat kawan Mya
Daging kisar berkuah dengan kacang merah, ditambah dengan telur mata kerbau. Cili potong dan bawang sebagai penyeri rasa.
Ada peluang tak beliau nak ganti Gordon Ramsay suatu hari nanti? Tapi, no joke. Memang makanan terbaik untuk mulakan hari. Makan sebagai brunch pun boleh kenyang sampai dinner time. Lepas ni memang Mya akan suggest sesiapa pun untuk breakfast kacang pool kalau dia ke Johor Bahru.

Let's Get Cereal, Kilang Bateri, Tampoi, Johor

Ini satu lagi kawasan yang tak akan terlepas dari mulut orang-orang Johor. Kilang bateri ni sebenarnya memang kilang bateri yang dah ditutup dan diubahsuai jadi kawasan tumpuan. Basically, tempat ni akan lebih meriah bermula lewat petang sampai tengah malam. Tapi, disebabkan Mya dan kawan-kawan agak mengejar masa, kami singgah di sini untuk berehat sekejap dan mencari barang yang diperlukan. Disebabkan cuaca agak panas, Mya mula teringin nak makan something yang sejuk. Terus mata ni nampak gerai Let's Get Cereal ni.
Kita boleh pilih perisa aiskrim, topping dan cereal yang kita nak sendiri. Kalau nak tambah buah macam yang Mya pilih dalam gambar kat atas ni pun tak ada masalah. Ada banyak jenis cereal sebenarnya. Boleh pilih nak yang local or imported. Chocolate lover macam Mya memang kerjanya pilih yang perisa coklat je dari A sampai Z. 

Nasi Lemak, Yong Peng, Johor

Yang ni, special case. Sebab sebenarnya, gerai ni terletak dalam satu kawasan perumahan di Yong Peng dan pemiliknya adalah parents kepada kawan kami jugak. Tapi, agak ramai yang dah tahu pasal gerai ni. Terutamanya, warga Johorlah sebab dah pernah viral di Facebook. Sangat recommended untuk cuba makan disini. Bukan sebab gerai ni milik family kawan kami. Tapi, sebab makanannya sangat sedap dan harga berpatutan. Sampai sekarang Mya rasa nak makan lagi. Nasib baiklah Yong Peng tu jauh dari rumah Mya ni. Untuk berlaku adil, Mya kongsikan jugak lokasi gerai tersebut dalam entri ni. Tak adalah nanti yang kata Mya nak makan sorang je.
Jadi, dengan berkongsinya lokasi gerai nasi lemak ayam yang serius sedap di Yong Peng tadi, berakhirlah sudah eksplorasi deria rasa Mya selama dua hari di belah selatan. Sekarang ni Mya tengah mencari tempat makan sedap di negeri lain pula. Ada yang nak cadangkan tempat makanan kesukaan awak pada Mya? Kalau boleh, biarlah dalam semenanjung Malaysia ye. Hehe. Okey, kita jumpa lagi esok ye

5 comments:

  1. wahhh rajin tu jalan2 cari makan.. kokonat sek klebang tu femes jugak yek..

    ReplyDelete
  2. Kumenangis...
    ğŸ˜­ğŸ˜­ğŸ˜­ğŸ˜­ğŸ°ğŸŽ‚ğŸ½

    ReplyDelete
  3. Kumenangis...
    ğŸ˜­ğŸ˜­ğŸ˜­ğŸ˜­ğŸ°ğŸŽ‚ğŸ½

    ReplyDelete
  4. banyaknya tempat makan sedap kat sana...

    ReplyDelete