Search This Blog

Friday, August 4, 2017

# makan # review

Bakso RM2 hanya di Rakshee Cafe, Setiawangsa

Assalamualaikum w.b.t. Bila hari jumaat macam ni, mulalah mood nak buat kerja ke laut kan? Walaupun tahu senarai kerja yang nak dibuat dah boleh cecah lantai, mood nak berhujung minggu tu lagi kuat. Tapi sekarang, Mya nak share pasal satu kafe di Setiawangsa yang menjual bakso dengan harga hanya RM 2.00 sebekas. Mana nak dapat bakso dengan harga RM 2.00 kan? Tapi, memang ada dijual di Rakshee Cafe, Setiawangsa.
Rakshee Cafe, Setiawangsa | Menu

Gabungan rasa tradisional dan moden di Rakshee Cafe, Setiawangsa

Rakshee Cafe, Setiawangsa | Interior
First time Mya datang ke sini sebab ada jamuan hari raya yang company tempat Mya bekerja anjurkan. Environment kat sini pun sangat comfortable. Mungkin sebab deco dalam kafe ni yang simple dan minimal makes me feel at home at once. Dapat geng, apa lagi tunggu? Terus ajak repeat makan kat Rakshee Cafe ni.
Rakshee Cafe, Setiawangsa | Soto Bakso
Kalau awak biasa makan boat noodle, mungkin awak boleh ubah selera kepada bakso. Cara hidang pun lebih kurang saja. Bakso dalam mangkuk kecil dengan harga RM2.00 yang Mya jamin akan buatkan awak puas hati. Daging bakso ni sangat sedap dan sambal yang dihidangkan dengan bakso ni confirm akan buatkan deria rasa awak TERANGKAT! 

Kalau tak mahu beli bakso dalm mangkuk kecil pun tak perlu susah hati. Ada pelbagai hidangan lain yang ada di sini. Yang atas ni namanya Soto Bakso. Nampak serabut, katanya. Tapi kenyang. Yang bawah ni pula Classic Aglio Olio. Tengok pun nampak tempting, kan?
Rakshee Cafe, Setiawangsa | Classic Aglio Olio
Mya suka nak suggest makanan yang paling menarik selera Mya kat cafe ni iaitu Grill Lamb. Memang sedap. Marinate untuk grill lamb ni fully their own secret recipe. Mungkin takdelah secret sangat. Tapi, Mya takde la pergi tanya dekat abang cashier tu resepi rahsia behind those delicious grill lamb. A bit pricey, tapi tak menyesal makan. So, kalau tak percaya sedap tahap mana, kenalah cuba kan? Google je Rakshee Setiawangsa kat Maps and you will find it.

6 comments:

  1. Sedapnya. konsep boat noodle kan. okay lah tu.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  2. Dekat dengan rumah adik akak ni.. nanti nak ajak dia pergi try Bakso kat situ.. :)

    TQ Mya bagi suggestion..

    ...

    ReplyDelete
  3. lapa tengok aglio olio tuuuu. huwaaaaaaa!

    ReplyDelete
  4. Temptingnyaaaa. Dah la murahhhhh! Boleh memburu kat sini nanti

    ReplyDelete