Search This Blog

Wednesday, August 16, 2017

# filem # hiburan

Bad Genius: filem wajib tonton

Assalamualaikum w.b.t. Atas permintaan beberapa kawan dan kenalan, Mya hari ni nak ambil sedikit masa untuk review dua buah filem yang baru saje keluar, iaitu Annabelle Creation dan Bad Genius. Mya akan mulakan dulu dengan Bad Genius yang mendapat rating tinggi di mana-mana laman review filem. Filem bergenre thriller ni berasal dari Thailand dan telah disempurnakan di bawah arahan pengarah Nattawut Poonpiriya. Thanks to my partner yang teman pergi tengok semalam walaupun dia penat. 

Bad Genius (2017)

Filem Bad Genius ni sememangnya keluar dari genre biasa yang selalunya melibatkan pelajar sekolah. Mya memang salute dengan barisan pelakon yang kru filem ni pilih. Sangat sesuai dan kena dengan watak. Sebagai permulaan, watak Lynn yang dibawa Chutimon Chuengcharoensukying sememangnya diperkenalkan sebagai seorang genius yang biasa kita tengok dalam televisyen. Bercermin mata, boleh menyelesaikan soalan matematik dengan mengintai hujung mata dan semestinya, mempunyai kawan yang boleh dikatakan 'kurang pandai' bernama Grace dan Pat. Well, disebabkan kawan yang kurang pandai nilah, Bad Genius ni terjadi. Oh, elok kita jangan lupakan Bank, competitor Lynn di sekolah untuk biasiswa antarabangsa. Si genius yang suka menghafal katanya.
Mya boleh katakan yang filem ni betul-betul mencabar rasa tenang Mya. Bayangkanlah *spoiler sikit* macam mana nak meniru bila kertas soalan awak dengan kertas soalan kawan awak yang bijak tu berbeza? Macam mana nak elakkan daripada terkantoi depan cikgu? Macam mana pulak nak berkongsi jawapan dalam masa yang makin singkat? Sedar-sedar, cikgu dah berdiri depan muka. 

Tahap risiko jadi semakin tinggi bila si genius ni perlu mendapatkan jawapan dari peperiksaan bertaraf antarabangsa tanpa sebarang masalah. Memang nerve-wrecking sangat-sangat. Mya terpaksa mengakulah yang masa ni, dengan Mya sekali join rasa takut, terkejut, serba salah, tak tenteram dan seribu satu perasaan yang memang bercampur dalam satu. Memang rasa macam Mya sekali ada dalam filem tu. Cinematography dia memang patut dapat pujian sebab berjaya buat penonton terasa sama-sama macam apa yang watak rasa. Cuba bayangkan pula bila dikatakan filem ini adalah diinspirasikan dari kisah benar. Mau terkeluar isi perut kalau Mya jadi pihak yang terlibat ni.

Sayangnya bila dapat tahu tak banyak pawagam yang tayang filem ni dan tempoh tayangan pun singkat. Jadinya, siapa yang ada kesempatan untuk menonton tu, cepat-cepat tonton filem Bad Genius ni dulu di pawagam. Tak rugi dan memang selayaknya dapat rating yang tinggi oleh semua pakar filem.

15 comments:

  1. ramainya shre pasal ni.. terus teringin nk tgk wwlpun x minta sgt tgk movie ni..hihihihihi

    ReplyDelete
  2. Since kat tmpat kak pip mmg teda pawagam, maklumlah pekan kecil kan, so mmg kena cari kat kedai cd, tapi terpaksalah tunggu bluray ...

    ReplyDelete
  3. dah lama tak masuk panggung bila ada cite best macam ne lah buat lagi excited nak jejak panggung

    ReplyDelete
  4. Teringin nak tengok....kat ipoh xde lagi 😭

    ReplyDelete
  5. mmg teringin nak tengok cite ni...

    ReplyDelete
  6. Sinopsis macam menarik..Boleh imagine situasi dlm cerita ni dari entry mya ni...

    ReplyDelete
  7. ramai yg kata drama ni. aina pun tgh survey cite korea apa best sbb cite jepun dah habis tgk hehe

    ReplyDelete
  8. Wah mcm best je.. Nak try tgok jgk la.. Tq share review..

    ReplyDelete
  9. Ramai cakap best citer ni..kena pi tgok ni

    ReplyDelete
  10. adoiiii teringinnya nak tengok bad genius ni. dah la lynn ni paling genius dalam subjek maths kan haha.

    ReplyDelete
  11. Best sangat! Dah lama tak rasa berdebor macam ni tengok filem.
    Highly recommended!

    ReplyDelete
  12. macam best jeee...suami ade tiket free ni leh guna laaa...huhu

    ReplyDelete
  13. baca Mya review ni rasa nak terus pergi cari Mya pun ada juga...!! nak suruh Mya cerita je dari mula sampai habis.. hehehehehe.. best la Mya buat review.. keep it up bebehhh..! :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi. sampai cam itu eh kak Ain? meh KL meh . haha

      Delete