Search This Blog

Friday, July 28, 2017

# fashion # personal

Selesa bergaya dengan Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia

Assalamualaikum w.b.t semua. Salam Jumaat al-Mubarakah. Perempuan dan beg tangan ni umpama isi dengan kulit. Bak kata kawan Mya dulu : macam tak sempurna gaya bila perempuan tak pakai beg tangan. Dulu pun Mya jarang pakai beg tangan. Tapi, dengan Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia ni, memang rasa lebih selesa bila keluar dengan kawan-kawan. Apa yang best dan menarik dengan beg tangan Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia? 

Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia

Sebelum Mya nak sembang panjang mengenai beg Rosalie Feeny ni, Mya nak cerita pasal laman web Mizzue Malaysia ni dulu. Mya pun dapat tahu mengenai laman Mizzue ni dari kawan Mya. Mizzue ni sebenarnya satu laman yang mengetengahkan pelbagai pilihan beg tangan yang sangat cantik dan menarik. Memang akan rambang mata bila masuk ke laman Mizzue ni. Rasa macam nak grab semua. Tak percaya? Boleh cuba usha laman Mizzue Malaysia sekarang dan tengok berapa lama nafsu awak boleh bertahan. 
Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia
Kenapa Mya pilih Rosalie Feeny dari ratusan pilihan yang ada dalam laman Mizzue Malaysia? Well, to be honest, Mya kurang berminat dengan beg tangan bersaiz lebar atau mungkin panjang. Mya lebih sukakan beg tangan bergaya satchel atau bucket dan ada cross body strap. Sebab Mya lebih selesa dan yakin dengan gaya beg sebegitu. Almaklumlah, badan Mya pun bersaiz kecil dan Mya pun agak kasar sikit sebenarnya. Jadi, beg tangan macam ni lebih sesuai dengan orang berperwatakan macam Mya. Nampaklah lebih comel dan feminin. Kononnya *peluh setitik di dahi*

Kenapa Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia?

Setiap beg dari Mizzue ada signature Mizzue yang tersendiri. Contohnya ada dalam gambar di bawah ni. Setiap studs dan charm pada beg pula tertulis perkataan Mizzue diperbuat dari plat keemasan, membuatkan beg Mizzue nampak lebih elegan dan bergaya. Dan, apa yang membuatkan Mya terus memilih Rosalie Feeny ni adalah sebab beg tangan ni didatangkan dengan pouch dari warna yang sama. 

Istimewa atau tidak beg tangan Rosalie Feeny adalah kerana beg ini mampu memuatkan banyak barang pada satu masa. Tapi, tidak terasa membebankan. Nampak tak gambar di atas tu? Mya dah cuba isi pouch  Mizzue, tisu Kleenex, purse, powerbank, eyeshadow palette dan brush set pada satu masa dan sangatlah muat. Siap ada sikit ruang lagi untuk losyen Aloe Vera favorite Mya. Ini serius. 
Rosalie Feeny dari Mizzue Malaysia
Jadinya, keputusan Mya untuk terus pilih Rosalie Feeny tanpa rasa teragak-agak hari tu sangatlah berbaloi. Bukan Mya je yang minat dengan beg ni sekarang. Sampai nyaris berebut dengan mama Mya pulak baru-baru ni. Akhirnya, terpaksa pujuk mama dengan benda lain *sabar je lah ye kak* 

10 comments:

  1. Simple sesuai utk gaya kasual...cantik laaa...comel jer

    ReplyDelete
  2. 7nampak je kecik.. tp mcm2 boleh msuk

    ReplyDelete
  3. Byk boleh isi dlm Tu.. beg pun cantik

    ReplyDelete
  4. warna dia lembut, cantik pula tu..

    ReplyDelete
  5. warna cantik..design beg tu pun cantik..

    ReplyDelete
  6. cantik cantik! saiz tak terlampau besar. okay okay je :)

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/perbezaan-ios-dan-android.html

    ReplyDelete
  7. betul..akak pun suka beg style mcm ni..nmpk kemas and just nice dengan saiz badan akak yg comel mcm mya gak..hehe

    ReplyDelete