Search This Blog

Wednesday, July 19, 2017

Pulangan wang semula apabila berbelanja dengan Shopback

11:50 AM 8 Comments
Percaya tak kalau Mya cakap yang awak boleh dapat duit bila shopping online dengan Shopback? Bayangkanlah. Awak dapat barang, awak jugak dapat pulangan semula dari pembelian awak tu. Dua kali ganda berbaloi. Tapi, apa dia Shopback ni sebenarnya dan macam mana dia berfungsi? Mesti awak tertanya-tanya macam tu jugak, kan. Meh sini Mya nak cerita.

Pulangan wang semula apabila berbelanja dengan Shopback

cashback dengan shopback
ShopBack ni sebenarnya satu platform yang menawarkan sistem cashback, iaitu, kita jana semula pendapatan bila kita ber-online shopping. Menarik kan? Dan sebenarnya, ada lebih dari ratusan online mall yang tawarkan cashback yang mencecah sehingga hampir 30%. Kita bershopping, kita dapat semula pulangan tunai.
cashback dengan shopback
Apa yang paling Mya suka pasal website ni ialah, ShopBack ni tak terhad kepada barangan sahaja. Kalau yang suka travel atau yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk balik ke kampung macam Mya, awak boleh juga gunakan ShopBack untuk menempah tiket bas di BusOnlineTicket mahupun menempah penginapan di destinasi pilihan awak dengan Booking.com atau dengan Homeaway. Atau boleh saja dengan banyak lagi pilihan lain yang ada dalam ShopBack ni.
Masih tertanya-tanya macam mana sebenarnya sistem cashback dalam ShopBack ni berfungsi? Don’t worry. Mya dah sediakan satu video untuk memudahkan awak untuk faham. Kita usha dulu video ni then terus cepat-cepat daftar jadi ahli. Sebab faedahnya memang banyak.
cashback dengan shopback
Nak sign up pun mudah sangat, cuma perlu ke laman ShopBack dan klik menu Sign Up kat sebelah kanan bahagian atas. Cuma masukkan nama dan password, then, you’re one of lucky people now. Lagi bertuah dengan ShopBack bila awak dapat perkenalkan laman ini kepada kawan-kawan lain. RM5 akan dihadiahkan kepada awak. Apa tunggu lagi? Jom ajak kawan-kawan join ShopBack hari ni. Berita baik harus dikongsi kan?
cashback dengan shopback

Tuesday, July 11, 2017

Review Buku Fragile dari Syira Lokman

2:37 PM 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Mya sebenarnya nak berkongsi mengenai buku kedua dari blogger yang juga penulis kepada salah sebuah buku yang tersenarai dalam Bestseller MPH iaitu Cik Syira Lokman. Buku Fragile hasil tulisan Cik Syira ni sebenarnya dah berada di pasaran tempatan sejak awal tahun ini. Bagi yang pernah membaca buku pertama Cik Syira yang bertajuk Serenity, pastinya buku Fragile ini akan berjaya menarik minat awak untuk membacanya.
Review Buku Fragile dari Syira Lokman


Buku Fragile dari Syira Lokman : Hadiah buat hati yang terluka

Bagi awak yang sudah membaca buku ini, awak pastinya akan bersetuju bila Mya katakan yang buku ini sememangnya sebuah buku motivasi yang sangat sesuai untuk mereka yang sedang terluka. Tak perlulah dikhabarkan punca luka tu. Cukup dengan membaca beberapa rangkap kata dari buku ini sahaja, awak akan mengakui kesahihan hasil nukilan Cik Syira ni.
Review Buku Fragile dari Syira Lokman
Mungkin kerana penulisnya muda, Mya terasa isinya cukup dekat dengan hati. Mana tidaknya. Setiap persoalan yang selalu ada dalam kepala Mya seakan berjawab dan terpujuk dengan isi buku ini. Soal hati yang ditinggalkan cinta, pasangan impian, minda yang bercelaru dan banyak lagi. Malah hampir semuanya membuatkan Mya cukup terkesan dan sedar.

Anyway, untuk awak yang belum mendapatkan buku ini, bolehlah dapatkan dengan walk-in into bookstore yang berdekatan. Almost every Popular dan MPH ada menjual buku ini dan semestinya awak kena dapatkan. Kalau bukan untuk diri sendiri, boleh dapatkan untuk kawan-kawan yang sedang menghadapi masalah yang sama. Kalau malas nak keluar, boleh ke Bookcafe.com atau Komradbuku untuk tempahan online.
Review Buku Fragile dari Syira Lokman
Atau, kalau awak nak yang versi ekslusif, siap dengan autograf oleh penulisnya sendiri, cuba hubungi Cik Syira Lokman di Facebook Page beliau. Mya sendiri pun dah dapatkan dari Cik Syira sendiri dengan DM Instagram beliau. Sementara itu, untuk awak yang masih berkira-kira sama ada patut atau tidak dapatkan buku ni, Mya selitkan beberapa halaman dalam buku Fragile ini untuk tatapan awak.
Review Buku Fragile dari Syira Lokman
Review Buku Fragile dari Syira Lokman
Review Buku Fragile dari Syira Lokman

Monday, July 10, 2017

Mini Giveaway : Duit Raya

5:00 PM 3 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Tadi dah serius, kita tukar mood santai sikit petang ni. Dah lama Mya tak join giveaway and segmen kat blog kawan-kawan blogger. So, dah alang-alang melintas kat Reading List tu, Mya tumpanglah join sekali. Tumpang tuah Kak Lea. Manalah tahu boleh menang *kihkih* InsyaAllah. Ada rezeki tertulis untuk Mya, adalah kan.

Klik banner untuk join
Memanjangkan mini giveaway ni baru bermula, makanya, ada banyak sangat masa lagi untuk awak semua ikut Mya join mini giveaway ni. Ada rezeki, entah-entah, awak yang menang duit raya dari Cik Tashira nanti. So, klik je banner tu untuk join ye

Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya?

4:40 PM 1 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Entah macam mana, semalam, masa Mya sekeluarga sedang berehat dan bergotong-royong menyediakan makan malam *kami biasanya berBBQ bila berkumpul di hujung minggu* topik mengenai GOUT tiba-tiba sahaja keluar. Naik jugalah dua tiga persoalan yang menarik mengenai penyakit GOUT ini. Jadi, memandangkan ini melibatkan perihal kesihatan dan kawan Mya yang sebaya yang sudah diagnos dengan penyakit ini, Mya rasa perlu untuk Mya ambil tahu dan berkongsi dengan awak semua.

Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya?


Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya?
Gout ini sebenarnya adalah satu jenis kesakitan yang berpunca dari pemakanan kita sendiri. Ada sustu keadaan yang mana uric acid yang ada dalam badan kita tidak sepenuhnya terhapus dan membentuk kristal berbentuk seakan jarum dan tinggal di dalam sendi mahupun tisu lembut. Bila keadaan macam ni terjadi, itulah yang mengakibatkan bengkak dan sakit. Bahayanya uric acid ni bukan semata sebagai penyebab gout, malahan menjadi batu karang yang terkumpul di dalam buah pinggang.

Siapa yang boleh terkena gout?

Kajian di Amerika sahaja menunjukkan yang lebih dari 2 JUTA orang menderita penyakit ni. Persoalan yang sering timbul ialah, siapa yang boleh terkena penyakit gout ni? Dari sumber yang Mya baca, kebanyakan yang menderita akibat gout adalah lelaki berusia lebih 20 tahun dan ke atas. Selalunya, mereka ini dalam kalangan overweight ataupun menghidap tekanan darah tinggi. Meanwhile, wanita pun berpotensi untuk terkena gout sebenarnya, terutama bagi wanita yang sudah menopaus.

Punca gout?

Ada beberapa punca yang pasti termasuklah keturunan dan pemakanan. Kalau ahli keluarga awak ada yang menderita sakit gout, awak turut berkemungkinan terdedah kepada penyakit ini dalam lingkungan lebih kurang 20 ke 80 peratus.

Ada juga yang disebabkan oleh pemakanan. Daging dan makanan laut merupakan salah satu punca utama. Namun, ini berkemungkinan juga didorong oleh masalah berat badan berlebihan, hypothyroidism (thyroid gland tidak aktif), tekanan darah tinggi dan diabetes.

Jadi, awasi pemakanan dan cara hidup kita. Permulaan kehidupan yang sihat dan selesa adalah bermula dari diri kita sendiri. Cuba amalkan untuk bersenam walaupun hanya untuk 15 minit sehari. Eh, kononlah dia tu bersenam hari-hari, kan? *berpeluh dahi*

Wednesday, July 5, 2017

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin 31 Oktober

10:15 AM 2 Comments

Berita gembira untuk semua peminat setia drama Korea yang sangat terkenal ke seluruh pelusuk dunia, Descendants of The Sun (DOTS). Mya yakin, tajuk kali ini sebenarnya amat mematahkan hati peminat Song Joong Ki yang sangat terkenal dengan watak Kapten Yoo Si Jin. Maybe ada jugak yang terlebih gembira. Sebab dapat melihat dua bintang kesayangan mereka * Song Joong Ki dan Song Hye Kyo * ini akhirnya betul-betul berkahwin pada penghujung Oktober nanti. Berita ini disahkan sendiri oleh agensi masing-masing bahawa Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin pada 31 Oktober nanti.

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin 31 Oktober

Dari khabar dan cerita yang Mya risik dari beberapa laman web gosip artis di Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo sebenarnya dah lama menjalin hubungan cinta. Katanya, dari tahun 2015, iaitu semasa dalam pengambaran DOTS lagi. Boleh dikatakan sebagai cinta lokasilah ni. Agaknya, usaha keras Song Joong Ki memikat hati Song Hye Kyo bukan hanya di dalam drama, malahan di luar set juga.

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin
Song Hye Kyo sebelum ini pernah juga bercinta dengan beberapa jejaka dari kalangan artis. Jadi, pada asalnya, dia menolak konsep bercinta sesama selebriti. Siapa sangka, Song Joong Ki berjaya melembutkan hati kerasnya tu dan kini akhirnya mereka mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan hubungan mereka berdua, sekaligus membuat pengumuman mengenai perkahwinan yang akan dilangsungkan pada hari Halloween nanti. 

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin
Kenyataan rasmi dari wakil syarikat

Bukan sekali dua peminat nampak mereka keluar bersama dalam any casual occasion. Walaupun ada rakan artis atau krew produksi yang lain, tapi kemesraan dan chemistry antara mereka memang tak boleh disangkal lagi. Jadi, memandangkan mereka berdua dah jumpa keluarga masing-masing dan dah keluarkan kenyataan rasmi begini, kira confirmlah ni.

Tuesday, July 4, 2017

Masalah kulit kering hilang dengan Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion

9:22 PM 3 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Kejap je dah masuk hari ke sepuluh dalam bulan Syawal, kan? Macam sedar tak sedar je. Tapi, sekarang ni, Mya sebenarnya nak share pasal Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion ni. Mya kebetulan beli masa keluar shopping raya hari tu. Asalnya, kawan baik Mya yang beli untuk sapu pada luka-luka dia yang dah kering tu. Teringat kawan Mya beritahu yang Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion ni elok untuk kulit kering, Mya pun capai jelah masa tu. Tak fikir panjang pun.

Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion

Sebelum Mya cerita panjang pasal losyen ni, Mya cerita sikitlah pasal masalah sebenar Mya dulu eh? Kulit lengan Mya ni jenis kering ya amat. Sampai ada masanya memang gatal sangat rasanya. Punca? Mya tak pernah dapatkan nasihat doktor pun pasal masalah ni. Jadi, memang tak tahu. My bad. So, bila dah gatal tu, memang tangan pun dengan gatalnya juga, rajin menggaru. Sampai merah-merah. Kadang-kadang tu berdarah jugaklah. Menggelupas macam nak bersalin kulit tu memang selalu sangat dah.

Then, one day, masa si kawan baik ni ikut Mya pergi shopping, Mya ternampak dia ada beli satu losyen ni. Dah masuk kereta baru Mya rajinkan mulut bertanya. Belek punya belek botol losyen ni, baru Mya perasan yang losyen ni sesuai untuk orang kulit kering. Tapi, masa tu Mya buat tak layan lagi. Sebab, Mya dah try banyak losyen untuk legakan masalah kulit kering pada lengan Mya ni. Satu pun tak jalan. Elok pun masa sapu losyen je. Lepas tu? Kulit jadi balik masalah yang sama. Beli la yang ada extract aloe vera lah, tumbuhan herbalah, macam-macamlah. Tak ada kesan pun.

Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion
Hari ni, hari ke sebelas sejak hari Mya beli Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion ni. Dan masuk hari ni jugak, baru empat kali pakai *sejenis pemalas dan tak konsisten* Perangai pakai pun ikut suka. Just picit atas tapak tangan lebih kurang besar 10 sen *terlebih sikit selalunya* Sapu rata atas tapak tangan dan terus sapu kat dua-dua belah lengan sado Mya ni *sado sangat* Till this moment, no more rashes, no more dry skin. Menggelupas pun tak ada. Gatal-gatal tu jauh sekali.

Awak-awak yang ada masalah macam Mya ni, rajinkanlah diri untuk pergi cari losyen Vaseline ni kalau belum ada. If sejenis pemalas macam Mya jugak, letak somewhere yang visible 24/7 depan mata. Tak kisahlah atas meja study ke, almari solek ke, or where-so-ever pun. Yang penting, ada initiative nak pakai. Jangan biarkan. Setakat menggelupas tak apa lagi. Bila dah jadi rashes tu yang tak best tu. Menggaru dah macam beruk pulak.

Saturday, July 1, 2017

Sambutan Rumah Terbuka Syawal ke-3

9:00 AM 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t. Hari ni genap seminggu kita menyambut Syawal bulan kemenangan ni. Kepada yang dah mula berpuasa enam, teruskan usaha awak untuk habiskan sehingga hari ke-enam nanti. Kepada yang masih beraya, kita raya sepuas hati. Memandangkan baru semalam ada masa nak transfer semua gambar raya, hari ni Mya nak share beberapa gambar semasa sambutan rumah terbuka di rumah Mya pada hari raya ketiga tempoh hari.

Terlebih dahulu, Mya nak ucapkan terima kasih untuk teman-teman, sahabat handai dan jugak kaum keluarga yang melapangkan masa untuk memenuhi jemputan Mya. Almaklumlah, raya ketiga. Masing-masing masih sibuk beraya dengan keluarga sendiri. Tapi, ramai juga yang mencari peluang dan kesempatan untuk datang jugak ke majlis kecil-kecilan ni *ayat dah macam jemputan apa je* Terima kasih sebenarnya sebab tolong habiskan makanan yang banyak tu. Kalau tidak, pengsan Mya nak kena habiskan semua.





Harapnya, hidangan rumah terbuka kali ni kena dengan selera semua oranglah, ya? Sebab kebanyakkan disiapkan mengikut selera tekak Mya. Terlebih terkurang tu, minta halal dan minta maaf dengan seikhlas hati. Kalau okey tu, lain kali bolehlah Mya masakkan lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.